April 9, 2020

Hotel Ibis Melaka. Berbaloi Atau Tidak?

Opss..Review hotel di Melaka lagi? Mesti ramai yang tertanya soalan ini setiap kali baca review hotel di blog JMR23. Bukan kau orang je, aku sendiri pun bertanya soalan yang sama. Rasanya dah lebih 10 blogpost review hotel di Melaka aku ‘write up’ di sini. Tak percaya, silalah belek blogpost satu per satu hehe..

Ibis Hotel Melaka vis https://generalabout.blogspot.my

Ye, post kali ini adalah review Hotel Ibis Melaka berdasarkan pengalaman kami menginap di sana, seminggu selepas cuti Deepavali yang lepas. Dua hari satu malam sahaja. Keputusan untuk menginap di Hotel Ibis Melaka dibuat di saat-saat akhir, iaitu sehari sebelum ke sana. Aku sahkan penginapan menggunakan OTA Agoda.

Untuk 1 bilik, 1 malam, tanpa sarapan pagi, aku membayar secara atas talian RM203.96 termasuk hotel tax & service charge. Inilahb eza Melaka dan negeri lain, aku perlu membayar RM2 untuk Heritage Tax. Rm203.96 + RM2 ini adalah rate terbaik yang aku dapat sehari sebelum aku sahkan penginapan di Hotel Ibis Melaka.

hotel best di Melaka
Lobi Hotel Ibis Melaka

Masalah parking penuh atau jauh seringkali menjadi isu semasa menginap di hotel di Melaka. Ye la, bandar raya Melaka ini besar mana je kan, pengunjung pula padat. Semasa menetap di The Shore tempoh hari, mencabar juga nak dapat parking yang terdekat. Bestnya di Ibis ini, parking khas untuk pelanggan hotel hanyalah bersebelah. Luas. Banyak pula tu parkir lot. InsyaAllah cukup sebab Ibis Hotel hanyalah ada 5 tingkat. Berapa bilik je boleh muat kan. Minimalis gitu..Dari parkir ke lobi hotel pun dekat saja.

hotel best di Melaka

Hotel Ibis Melaka terletak betul-betul dalam tapak UNESCO World Heritage. Penginapan paling strategik jika kau orang nak melawat ke Kota A Famosa, Chris Church, Dutch Square, Cheng Hoon Teng Temple & Jonker Street.

Keluasan bilik yang kami dapat kali ini takdelah terlalu luas, tak terlalu sempit. Ok la, muat untuk kami 4 beranak. Lagi pun, perancangan awal memang tak spend banyak masa di dalam bilik. Semua OK. Puas hatilah, melainkan bila ada 1 insiden berlalu.

Kami naik ke bilik kami selepas Danish dan Dayyan penat mandi kolam, tetiba ada seorang wanita cuba membuka pintu bilik. Mujurlah wife awal-awal lagi dah double lock. Wanita tu dah boleh access tapi tersangkut pada kunci dari dalam. Bila diberitahu dia tersalah bilik, katanya dia baru sahaja check-in sedangkan kami dah check in dari jam 3 petang. Setelah dibuat report ke frontdesk, barulah tahu, staff dekat kaunter tersalah daftar bilik kami. Patutnya no bilik lain, tapi terbagi dan rekod no bilik kami yang sekarang ni. Aku pun malas nak panjangkan isu ini, just tukar detail dalam rekod hotel dan kami stay dalam bilik yang sama. Pada aku perkara ini tak sepatutnya terjadi. Dan ini pertama kali aku lalui pengalaman sebegini. Hope tak terjadi lagi in future.

hotel best di Melaka
Lupa bawa berus gigi, takde hallah!
Power outlet ada USB Port. Ini best!
hotel best di Melaka

Berdasarkan pengalaman aku, kat Melaka la paling banyak hotel yang menyediakan kolam mandi dengan waterpark yang best untuk anak-anak. So far, paling best di The Shore Hotel. Tapi kat situ, Danish dan Dayyan cepat kesejukan sebab kolam tu terletak di tingkat atas. Kat ibis Melaka ni pula terletak bersebelah dengan ground parking. Jadi, takat 2,3 jam memang steady lagi dua orang ni.

Kali ini, satu pengalaman best bagi Danish dan Dayyan. Jika sebelum ini, nak lepaskan Danish dan pelampung di kolam sedalam 1.2m pun dia gayat dan menjerit. Kali ini berbeza. Dia dah berani berenang dengan pelbagai style di kolam untuk dewasa. Air sedalam 1.2m. Gerakan renang kaki dan tangan pula makin selari dan serasi. Aku dah terfikir untuk hantar Dayyan dan Danish ke kelas renang supaya mereka lebih cekap.

hotel best di Melaka
Wifi Percuma. Wifi Laju

ibis Melaka, berbaloi atau tidak?

Pada pendapat aku, berbaloi atau tidak itu bergantung kepada keseronokan yang dikecapi oleh anak-anak. Bila aku tanya Dayyan dan Danish, “Seronok ke tak stay ini?”..serentak diorang jawab,

“Seronok!!!”

Ye la, walaupun gelongsor air tu takdelah sebesar dan sehebat tempat lain, tapi sebab diorang dah berani terjun kolam 1.2meter, itu yang diorang lagi suka.. Jadi, jawapan aku, ye, berbaloi menetap di ibis Melaka!

Tawaran Hebat: Dapatkan Ebook 21 Cerita Murah Rezeki hari ini!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Hotel Ibis Melaka. Berbaloi Atau Tidak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *