April 9, 2020

Grand Ihtifal & Year End Concert 2019 Little Caliph

Alhamdulillah, Dayyan dah berjaya menamatkan sesi pembelajaran di peringkat pra-sekolah di Little Caliph Kelana Jaya (2018) dan Little Caliph The Strand (2019). Rasa macam sekejap pula masa berlalu. Aku masih ingat lagi tahap kerisauan aku semasa hari pertama di jejak kaki di LC. Tup-tup hari ini, nama dia dah pun tersenarai dalam majlis Grand Ihtifal & Year End Concert 2019 yang diadakan di Chancellor Hall, MSU Shah Alam.

Ini pertama kali aku hadir majlis konvokesyen untuk anak-anak pra-sekolah. Amazing! Kagum betul aku dengan pihak pengurusan Little Caliph ini. Gah giler majlis mereka. Susun atur dewan dan aturcara dah seperti majlis graduasi untuk pelajar universiti. Pendek kata, dah seperti majlis konvokesyen peringkat ijazah ok!

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh founder Little Caliph, Hajjah Sabariah Faridah. Menarik ucapan beliau walaupun agak panjang. Bukanlah ucapan kosong tapi luar biasa dia punya konten. Paling aku pegang, pesanan beliau untuk terus istiqamah mendidik anak kecil ini. Mereka, sebelum masuk ke LC, tidak tahu apa-apa, membaca, solat, menghafal surah, langsung tak tahu. Selepas 2 tahun di LC, alhamdulillah, anak-anak ni boleh solat, menghafal doa, membaca iqra’ dan ABC dan pelbagai lagi.

Cerita beliau berdasarkan pengalaman, anak-anak ini akan mula melupa segala ilmu ini selepas 3 bulan sekiranya ibu bapa tidak istiqamah melatih dan mendidik supaya terus mengamalkan ilmu-ilmu itu semua. Kongsi beliau lagi yang turut mempunyai rumah perlindungan untuk remaja yang bermasalah. Segala masalah remaja dan anak Muda hari ini dapat diselesaikan dengan 3 perkara; SOLAT, AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.

Sebelum aturcara penganugerahan sijil tamat belajar, pelajar LC ada membuat persembahan dengan topik berkaitan perjuangan Islam. Hebat-hebat belaka, kecil-kecil cili api. Masing-masing all out. Dayyan pun turut berlakon. Jadi pengganas di Gaza. 2,3 minggu gak Dayyan dok hafal skrip dan lagu We Will Not Go Down.

Semasa menonton persembahan daripada group Dayyan, aku berdiri betul-betul depan stage sambil buat recording. Terasa sebak gak tengok kemampuan dia sekarang. Cepat betul masa berlalu. Sometime rasa tak puas spend masa bersama anak-anak masih baby.

Tup-tup dah besar, tahun depan dah nak masuk Darjah 1 pun 🙁

Sesi penganugerahan sijil tamat belajar dimulakan dengan perarakan masuk para graduan. Wow..terpegun gak aku tengok cara mereka. Dengan rob jubah lengkap bertopi, diiringi alunan gemelan, sebiji macam graduan Universiti.

Aku upload gambar Dayyan di sini untuk tatapan dia pada masa hadapan.

grand ihtifal Dayyan
graduan little caliph

Tahniah Dayyan. Ddy & Mmy proud of you! Semoga terus diterangi hati untuk menerima ilmu di peringkat selanjutnya. Ddy & Mmy sentiasa sokong setiap perjuangan abang. Love you!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Grand Ihtifal & Year End Concert 2019 Little Caliph

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *