April 10, 2020

Cantik Sungguh Masjid Sri Sendayan

Sewaktu perjalanan kami ke Melaka pada hujung minggu lepas, alang-alang dah melalui kawasan Sendayan, singgah sebentar untuk tunaikan solat sunat dhuha di Masjid Sri Sendayan. Sebuah masjid baru, wakaf daripada seorang tokoh yang sangat berjaya dalan industri perbankan negara, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, pemilik RHB Bank.

Sebaik sampai di ruang letak kereta masjid, dari jauh aku dah terpegun dengan keindahan reka bentuk masjid ini. Bukan aku sahaja, isteri dan anak-anak turut terpesona dengan hiasan cantik di ruang luar dan dalam masjid ini.

Ruang utama masjid.

Masjid Sri Sendayan ini terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan memuatkan seramai 5,000 jemaah. Masjid turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni dan turut dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan.

Bukan Sekadar Singgah Di Masjid Sri Sendayan.

Aku sangat kagum dengan Tan Sri Rashid yang menggunakan harta kekayaan untuk membina majid sebesar dan seindah ini untuk kegunaan ummah. Dan ini bukanlah masjid pertama yang diwakafkan oleh beliau! Serius, ini menjadi sumber inspirasi untuk aku lebih bekerja kuat, menjadi lebih kaya supaya dapat menyumbang ‘sesuatu’ kepada orang Islam. Kalau pun aku tidak sekaya beliau, didoakan supaya Dayyan dan Danish menjadi sekaya ini dan menyumbang lebih daripada ini. InsyaAllah..

Bergambar di ruang utama Masjid.

Tarikan utama Masjid Sri Sendayan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China. Sangat cantik dan teliti ukiran di masjid ini.

Diharap semoga masjid ini dijaga rapi dan diimarahkan sebaik mungkin oleh jemaah tempatan dan juga daripada luar Bandar Sri Sendayan.

Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia.

Masjid “lama”. Semoga ianya terus utuh sehingga akhir hayat.
Semoga anak-anakku menjadi kaya dan berjaya dunia akhirat.

PERNAH TAK ANDA RASA ‘DOWN’ SANGAT…APABILA ANDA BERUSAHA HABIS-HABISAN UNTUK DAPATKAN SESUATU… …NAMUN REZEKI TIDAK MEMIHAK KEPADA ANDA?

EBOOK 21 CERITA MURAH REZEKI.

KLIK LINK DI BAWAH:

https://bykhm.onpay.my/order/form/21cmr/736

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Cantik Sungguh Masjid Sri Sendayan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *