April 20, 2024

6 Hak Sesama Muslim

Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) antara pencemarah agama yang menjadi kegemaran aku. Setiap ceramah yang disampaikan oleh beliau memang dekat dengan kehidupan seharian. Strategi ceramah beliau juga best. Dengan kebolehan DUKE meniru percakapan selebriti lain dan bersuara lunak, 2 jam mendengar ceramah beliau tidak terasa seperti lama.

Jumaat lepas, aku berpeluang menghadiri ceramah oleh Ustaz Kazim di masjid taman aku, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.

Ceramah bermula selepas isyak. 8.30 malam sehingga 10.30 malam, penuh dengan pengisian dan punchline yang best. Serius tak terasa pun. Konten utama ceramah pada malam itu adalah tentang HAK sesama muslim.

Sempat juga aku take note point-point penting yang disampaikan oleh beliau. Aku kongsikan di sini supaya lebih ramai yang tahu untuk mereka yang baru tahu dan sebagai revision untuk mereka yang dah tahu tapi lupa.

6 Hak Sesama Muslim.

1# Sebarkan Salam.

Seringkas memberi salam “Assalamualaikum..” dan yang mendengar wajib menjawab salam. Berilah juga salam pada mereka yang tidak dikenali. Contohnya, apabila berselisih dengan muslim lain. Dengan cara ini, hubungan silaturrahim boleh dieratkan lagi.

2# Bila Dijemput, Pergilah. Penuhi Undangan.

Walimatururus. Apabila dijemput untuk ke majlis perkahwinan etc, carilah masa untuk memenuhi undangan tersebut. Walaupun hanya sekadar ziarah (tanpa menjamu selera) ini cara terbaik untuk lebih mengeratkan silaturrahim. Namun, adab memenuhi jemputan ini juga perlu dijaga. Janganlah duduk menjamu selera terlalu lama. Janganlah dibungkus makanan selagi tidak diizinkan oleh tuan rumah. Jagalah mulut ketika melihat suasana majlis orang lain. Tak perlu nak jadi “makcik bawang”, komplen sana komplen sini.

3# Bila Bersin, Jawab Doanya.

Tahukah anda, ketika bersin, mata akan terkatup rapat dan jantung akan berhenti seketika. Sedetik itu, kita akan mengucapkan syukur “Alhamdulillah” kerana masih dipanjangkan usia. Bagi yang mendengar, jawablah “YarhamukAllah”. Perbuatan bersin itu juga dikatakan dapat menghembus keluar bakteria-bakteria yang ada dalam badan yang mampu memberi penyakit. Jadi, Alhamdulillah kerana Allah s.w.t memberi peluang untuk bersin supaya menjadi lebih sihat.

4# Bila Muslim Datang Meminta Nasihat, Bagilah Nasihat.

Kadang-kadang rakan kita datang mengadu tentang masalahnya, pujuklah hatinya. Berilah sedikit nasihat yang dapat melegakan hatinya.

5# Mengiringi Jenazah Ke Kubur.

Datuk Ustaz Kazim ada bercerita tentang hikmat mengiringi jenazah ke kubur. Zaman dahulu lagi real, keranda diusung dari rumah si mati menuju ke kubur. Sepanjang laluan diiringi oleh rakan dan sanak saudara. Pastinya sedikit sebanyak akan mengingat mereka yang bertembung dengan jenazah ini tentang MATI. Apatah lagi untuk mereka yang mengiringinya.

6# Bila Dia Sakit, Ziarahlah.

Ziarah orang sakit adalah hak yang mesti ditunaikan oleh orang sihat. Kehadiran kita itu pastinya akan meninggalkan kesan kepada jiwanya yang sedang berduka. Sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan beban penderitaan yang dialaminya, malah membantu menyembuhkan sakitnya dengan keizinan Allah SWT atas iringan doa kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)​

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “6 Hak Sesama Muslim

  1. Alhamdullilah, terima kasih atas ilmu yang bermanafaat. Pahala yang besar menunggu untuk sesiapa sahaja yang buat 6 hak diatas. Kalau boleh buat yang #5, pasti insaf selalu.

    Terima kasih
    Ryan

Leave a Reply to Siti Norhidanah Mohd Miswan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *