Tahun ini, Dayyan akan menamatkan pengajian di peringkat pra-sekolah. Dua tahun menuntut ilmu di Little Caliph (5 tahun di Kelana Jaya dan 6 tahun di The Strand), insyaAllah tahun depan Dayyan akan mula bersekolah rendah. Alhamdulillah, perkembangan Dayyan selama 2 tahun di Little Caliph amat memuaskan hati kami, terutama isteri aku.
Walaupun aku mengharapkan lebih lagi, namun pada anggapan isteri aku, Dayyan dah menjangkaui prestasi kebanyakan pelajar lain. Memandangkan isteri lebih banyak meluangkan masa dalam memantau prestasi Dayyan, aku terima.
Tahun depan juga, Danish akan mula memasuki masa pra-sekolah. Aku dan isteri dah tak fikir panjang, dan mungkin akan menghantar ke Danish juga di Little Caliph The Strand. Itu pilihan terbaik yang kami ada buat masa sekarang.
Ada dua sebab utama kami menempatkan Danish di Little Caliph yang sama seperti Dayyan:
- Berdekatan dengan pejabat isteri. Tiada overtime kos dikenakan selepas jam 6 petang.
- Berpuas hati dengan ihak pengurusan Little Caliph cawangan ini.
Jadi, minggu lepas berkesempatan membawa Danish melawat (site visit) sekolah barunya nanti. Sementara aku dan isteri diberi penerangan tentang beberapa perkara berkaitan sesi pembelajaran di Little Caliph pada tahun 2020, teacher membawa Danish dan Dayyan ke tingkat atas.

Danish bertambah seronok dan tak sabar nak bersekolah di sini apabila berada di tingkat atas. Mana taknya, tingkat atas menempatkan ruang bermain dengan peralatan yang pelbagai. Ada set permainan gelongsor dan pelbagai set permainan lain.

Secara asasnya, modul pembelajaran tak banyak berubah berbanding sesi sebelum tahun 2020. Yuran pengajian juga tak banyak berbeza, cuma ada sedikit peningkatan. Aku juga mempertikaikan beberapa kos yang dikenakan, namun apabila diberi perjelasan, aku boleh menerimanya.
Memandangkan Dayyan adalah bekas pelajar di tempat yang sama, ada beberapa kos boleh dikecualikan. Jumlah keseluruhan untuk program penuh (Pagi + Day Care) adalah RM2827. Setelah dikira-kira penolakan yang boleh dilakukan, jumlah pendaftaran untuk Danish adalah sekitar RM2000. Alhamdulillah, dapatkan jimat sedikit bajet yang diperlukan. Kalau tak, menggigil juga nak keluarkan sejumlah duit tu. hehehe..





Semoga Danish diberi kesihatan yang baik, otak yang cerdas untuk memula dan meneruskan proses pencarian ilmu di Little Caliph ini. Paling penting, ilmu yang diperoleh nanti, Danish akan gunakan ke jalan Allah dan membanggakan famili, insyaAllah.
4 comments
waduh duh, imut nya anaknya, salam kenal ya mbak
bayarn tadika LC memang agak mahal tp berpadanan, aiyan yang anak istimewa tu boleh membaca sebab didikan di tadika LC. Alhamdulillah masa dia darjah 1 dia dh boleh membaca sedangkan ramai kawan-kawan di ppki yang masih tak boleh membaca lagi.
tak dinafikan… anak ammi yg sulung dan kedua memang alumni LC. Sangat cepat membaca, menghafal, mengira.
Anak yang ke-3 takde rezeki ke LC sebab ammi lambat daftar and dah penuh. Tapi alhamdulillah..pencapaian agak sama dengan abang dan kakaknya.
Terima kasih atas perkongsian. Perkembangan anak menjadi lebih positif dgn bantuan/support ibu bapa di rumah juga kan?