April 25, 2024

Cara Didik Amalan Menyimpan Pada Anak

Nak didik sesuatu amalan pada anak, masa yang terbaik adalah ketika mereka masih kecil. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” Amalan menyimpan ni jika boleh biarlah menjadi tabiat hidup anak-anak. Sebab bila dah menjadi tabiat, melakukan amalan menyimpan akan menjadi lebih seronok.

Satu kelebihan mendidik anak-anak menyimpan adalah akan membantu berubah masa depan mereka!

Ada pelbagai idea dan cara untuk mendidik amalan menyimpan dalam diri anak-anak.

5 Cara Didik Amalan Menyimpan Pada Anak.

Cara 1# Didik anak menyimpan duit di dalam instrumen pelaburan rendah risiko seperti ASB, Tabung Haji atau Unit Trust. Tunjukkan dividen setiap awal tahun untuk meningkatkan semangat mereka. Ajar mereka secara ringkas bagaimana dividen terhasil atau nak lebih best, ajar mereka keunikan “Compounding Interest”

Cara 2# Ajar anak cara berbelanja dengan bijak. Kanak-kanak perlu dibentuk untuk membeli mengikut keperluan. Beri mereka kefahaman ringkas tentang perbezaan keperluan dan kehendak.

Cara 3# Simpan lebihan duit belanja harian di dalam tabung. Jangan biarkan duit lebihan ada di tangan mereka. Sebab akan mendorong anak-anak berbelanja tanpa kawalan.

Minta anak anda lukiskan impian mereka atau lukiskan barang mainan yang mereka nak dapatkan pada sepotong kertas dan kertas tersebut dilekatkan pada setiap tabung atau sampul.

Lukislah mengikut kreativiti anak-anak anda supaya mereka seronok dan bersemangat untuk menabung.

Cara 4# Ajar anak bersedekah. The Power of Sedeqah. Boleh ajar dengan cara berkongsi makanan bersama rakan-rakan. Ibu bapa juga boleh lebihkan sedikit makanan yang dibawa oleh anak-anak. Sifat permurah ini la yang akan dibawa oleh anak-anak hingga mereka besar!

Cara 5# Didik anak cara membeli. Latih mereka agar mereka tahu nilai watawang yang digunakan dengan harga barangan yang dibeli. Latih juga mereka cara membandingkan harga sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang.

Boleh juga ajar anak bersedekah kepada yang lebih memerlukan dengan cara memberi duit kepada anak anda dan minta mereka masukkan dalam tabung masjid atau mana-mana tabung derma yang mereka jumpa semasa berjalan bersama.

Selain amalan sebegini, jadikan juga amalan meminum susu sejak kecil menjadi amalan anak-anak, kerana membantu mereka memperoleh sumber kalsium yang mencukupi, mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat, memberikan tenaga, kesihatan pada otak dan tulang!

Anak adalah tanggungjawab ibu bapa sejak mereka kecil sehinggalah mereka pandai berdikari. Jadi, berikanlah mereka didikan dan pendedahan awal yang baik tentang pengurusan kewangan. Ops sebelum tu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang bagus kepada anak-anak. Agak sukar untuk memupuk amalan menyimpan dalam diri anak-anak sekiranya ibu bapa sendiri mengamalkan sikap yang boros dan pengurusan kewangan yang buruk.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Cara Didik Amalan Menyimpan Pada Anak

  1. terima kasih untuk tips berguna di atas tu…. buat masa ni saya memang ajar aiyan untuk simpan dalam tabung lebihan duit saku dia. no 4 tu yang ajar bersedekah pun biasa ajar pada dia, so kalau dia nampak org minta sedekah, dia akan minat rm1 dari kita dan beri pada peminta sedekah itu. Kadang ada tabung sedekah pun dia minta duit nk masukkan. Cuma saya masih lagi susah nk ajar dia untuk berbelanja dengan bijak waktu di sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *