March 19, 2024

6 Langkah Hidup Bebas Hutang

Aku pasti ramai yang sedang mencari langkah terbaik untuk hidup bebas tanpa hutang. Oh ye, sebelum tu nak tanya, siapa yang tak pernah berhutang dalam hidupnya? Jika dijadikan hidup aku dan rakan-rakan di sekeliling aku sebagai rujukan, setiap orang pasti berhutang. Sama ada hutang untuk menampung perbelanjaan pelajaran, pembelian rumah atau kereta dan sebagainya. Itu normal.

Yang menjadi luar biasa, sepantas mana kita berjaya keluar daripada belenggu hutang ini. Jom aku kongsikan perkongsian seorang wanita hebat, 6 langkah hidup bebas hutang:

1# Dana kecemasan

Sekurang-kurangnya ada RM 1,000. Penting tau kalau berlaku kecemasan yang tidak sangka-sangka ni.

2# Settle kan semua hutang

Selesaikan kesemuanya dan utamakan hutang yang mempunyai kadar bunga yang tertinggi.

3# Simpanan 3-6 bulan gaji

Penting juga ni kalau tiba-tiba jatuh sakit sampai terpaksa berhenti kerja atau diberhentikan kerja secara tiba-tiba! Simpanan ini la yang akan jadi wang untuk persaraan hidup kita.

4# Melabur sekurang-kurangnya 15%

One day kita akan pencen kan. InshaAllah dengan ambil 15% dari jumlah duit simpanan kita, laburkan dekat mana-mana pelaburan yang dipercayai untuk masa depan. Contoh membeli rumah sebagai aset pelaburan sama ada untuk disewa atau dijadikan homestay murah yang mampu menjana pendapatan pasif setiap bulan.

5# Perbelanjaan Pendidikan Anak

Kos anak untuk sambung belajar semakin meningkat, mula kan simpanan pembelajaran mereka seawal mungkin. Ianya dapat membantu anak-anak belajar dengan keadaan yang baik dan selesa.

6# Bersedekah

Ni semua tahu kan? Yang penting sekali, jangan pernah rasa berkira dalam menghulur. Kerana setiap sedekah yang diberi, mendatangkan ganjaran berlipat ganda pada kita! The more you give the more you get.

Alhamdulillah, bila hutang dah selesai semua, apa kata kita terus melangkah ke depan. Lebihan duit tu bolehlah dijadikan modal untuk melabur dan gandakan asset yang ada sekarang ini.

Macam mana tu? Salah satu instrumen pelaburan jangka masa panjang yang aku cadang adalah melabur dalam unit trust/saham amanah. Nak tahu lebih lanjut, bolehlah hubungi aku (017-2101292) untuk kita set temujanji pertama kita 🙂

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *