March 29, 2024

5 Sebab Boboiboy Movie 2 Dapat Kutipan Tinggi.

Minggu lepas, aku berkesempatan membawa Dayyan dan Danish ke TGV Sunway Pyramid untuk menonton filem animasi anak tempatan, Boboiboy Movie 2. Kami lewat seminggu menonton filem animasi no.1 di Malaysia ini memandangkan minggu pertama tayangan, kami berada di kampung halaman.

Ingatkan bila dah masuk minggu ke-2 tayangan, penonton dah tak ramai. Sangkaan aku meleset. Dewan tayangan kami penuh. Bukan setakat anak-anak kecil dengan mak ayah masing-masing tetapi pasangan tanpa anak juga banyak. Wah, maknanya, Boboiboy Movie 2 ni bukan sekadar mendapat tempat di hati anak-anak, yang bujang terlajak pun layan sama!

Jadi, bila aku membaca berita filem ini berjaya mengutip RM21 Juta dalam masa 11 hari tayangannya di Malaysia, aku tak hairan. Boboiboy Movie 2 memang layak mendapat kutipan tinggi. Aku menyokong bukan hanya disebabkan filem ini adalah produk tempatan, tetapi 5 sebab ini.

5 Sebab Boboiboy Movie 2 Layak Mendapat Kutipan Tertinggi.

#1 Penonton Ketawa Berdekah

Aku boleh katakan, sepanjang tayangan dari awal hingga akhir, penonton aku ketawa dengan punchline dialog yang dilontarkan oleh watak dalam filem ini. Filem ini bukanlah filem animasi kosong.

Jalan ceritanya sarat dengan aksi dan mesej berguna untuk anak-anak. Lawak dalam ni juga ringan dan mudah difahami oleh anak kecil. Apatah lagi yang dewasa, memang gelak golek-golek sepanjang tayangan.

#2 Grafik Cun

Percaya atau tidak, 15 minit minit terawal saja sudah membuatkan penonton terpegun terutamanya melihat perkembangan grafik ditampilkan. Wajah BoBoiBoy dan watak-watak dalam filem ini jauh lebih cantik berganda-ganda daripada filem pertama. Penataan cahaya, bayang, pergerakan animasi semuanya hampir sempurna!

Malah penghasilan grafik pada hidupan flora dan fauna pada planet yang ditampilkan dalam filem ini juga cantik. 

Tidak juga keterlaluan jika aku katakan, filem ini sangat bertaraf antarabangsa. Apa ingat WaltDisney atau Pixar saja ke yang boleh hasilkan animasi yang baik?

#3 Kesan Bunyi Yang Gempak

Efek bunyi dan skor muzik yang digunakan dari babak ke babak sangat kena dengan kehendak halwa telinga aku. Mungkin kedengaran agak keterlaluan, tapi ini pendapat akulah. Hasil ‘sound effect’ ala-ala filem animasi Hollywood ok.
 
Kalau tak percaya kau orang boleh dengar saja efek bunyi dan skor muzik yang digunakan dalam trailer BoBoiBoy, boleh buat bulu roma meremang.
 
Inikan pula jika anda menontonnya di wayang, memang bergemalah.
 
Pendek kata, efek bunyi yang produksi filem ini gunakan sangat mempunyai ‘vibes’ filem supehero. Sesekali teringat filem terbitan Marvel Studio.

4# Elemen Kejutan

Serius, dalam Boboiboy Movie 2 ini ada banyak elemen kejutan. Kau tak akan expect pun, sama ada scene kelakar atau pun sedih. Watak Pipizola dan Hang Kasa yang paling aku suka. Punchline setiap masa!

#5 End Credit

Rasanya ini filem animasi tempatan pertama yang guna konsep end kredit seperti filem Marvel dan omputih lain. Jadi, selepas tayangan, pastikan korang tak keluar dulu, tunggu end credit. Bagi yang belum tengok, jangan lari dari tempat duduk korang tengok sampai habis tau!

Boboiboy Movie 2 – Kutipan Tertinggi Filem Animasi Malaysia

Filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal sebelum ini mencatat kutipan filem animasi tempatan tertinggi, iaitu sebanyak RM25 juta sepanjang tayangannya.

Dengan kutipan terkini serta tayangan BoboiBoy Movie 2 yang dijadualkan sehingga 4 September, filem animasi terbitan Animonsta Studio itu dijangka memecah rekod baru industri filem animasi tempatan.

Terbaikkkkkk!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “5 Sebab Boboiboy Movie 2 Dapat Kutipan Tinggi.

Leave a Reply to Jiwa Sihat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *