April 9, 2020

The Shore Hotel & Residences Melaka. Berbaloi Atau Tidak?

Jangan ditanya kenapa aku dan keluarga kerap sangat ber’shortvacay’ ke Melaka. Tiada sebab khusus. Mungkin persekitaran dan makanan yang terdapat di Melaka berjaya menambat nafsu kami sekeluarga. Cuma, dalam mencari tempat penginapan di Melaka ini, aku dan isteri akan pastikan hotel atau homestay yang kami inap mempunyai kolam mandi atau taman air yang boleh menggembirakan Dayyan dan Danish.

Trip kali ini, atas cadangan isteri aku, The Shore Hotel & Residences Melaka menjadi pilihan untuk penginapan 2 hari 1 malam kami di Melaka. Pada mulanya, aku menempah bilik di Amverton Heritage Resort tetapi terpaksa membatalkan tempahan tersebut selepas mendapat notis penutupan Children’s Pool di sana.

Kebetulan pula selepas aku konfemkan pembatalan tu, aku mendapat notis tawaran bilik harga rendah Super Hot Deal di The Shore Hotel melalui apps Shopback. Ini yang bestnya guna Shopback. Dah la dapat harga rendah, dapat pula pulangan tunai! Nak rasa nikmat macam ni, cepat cepat sign up di link yang aku bagi tu.

Jadi, here we go – The Shore Hotel & Residences Melaka, Studio Suite 178.74 Ringgit Semalam!

Studio Suite ni berkeluasan 40m2, ada dua katil besar, toilet besar, buka je balkoni terus nampak pemandangan bandar Melaka. Agak-agak berbaloi ke tak? Sebelum aku jawab, sedikit kecewa dengan sambungan Wifi yang dapat tak dapat je. Tapi aku tak kisah sangat, sebab memang nak habiskan masa bersama anak dan isteri.

Jadi, dengan apa yang aku dapat dengan harga serendah tu, pada aku sangat berbaloi. Oh ye, harga aku tu tidak termasuk pakej buffet breakfast. Untuk trip kali in, memang dah niat untuk jalan-jalan cari sarapan pagi sedap di Melaka. Yang tu nanti aku kongsi di post lain.

Parking di Shopping Gallery.

Untuk makluman, The Shore Hotel ni attach dengan The Shore Shopping Gallery. Tapi aku tak pasti macam mana diorang buat bisnes kat mall ni. Sangat suram dan macam hidup mati segan tak mahu. haha..yang nampak “hidup bergaya” pun kat Oceanarium. Aku baca review pasal Ocenarium, ramai cakap best. Tapi aku tak masuklah, sebab macam lebih kurang dengan Aquaria KLCC je..hehe..Eh cakap pasal parking ye. Aku parking kat Tingkat 5. Sebenarnya boleh je nak parking di Tingkat 5-6.

Then naik lif untuk turun ke Lobi hotel. Nak ke bilik, kena guna lif yang lain. Dah tu, kena touch kad dulu sebelum lif bergerak ke tingkat yang kau pilih. Kalau salah lif, sampai pagi esoklah tak sampai-sampai ke bilik..haha

Dari masa check-in membawa ke saat masuk ke bilik kami di Tingkat 31, memang tiada masalah. Tip-top. Pantas je. Kecuali masa kaunter minta deposit. Deposit? hahaha..

Walaupun aku bayar penuh untuk harga bilik ini, tetapi semasa check-in, pihak hotel perlukan RM100 untuk deposit. Baru aku teringat, aku takde duit tunai dalam wallet. Tanya isteri pun, dia bawa debit kad je, takde cash..haha..apa ni hoi..

Mujur dapat kawtim untuk deposit tu. Just bayar RM2 untuk Heritage tax.. haha. Kalau tak, mau aku kena berlari-lari anak mencari mesin ATM di The Shore Shopping Gallery..dah nak masuk tahun 2020, patutnya kenalah kurangkan penggunaan tunai kan. Digitalizekan semua transaksi la..haha

Pemandangan dari Tingkat 31 The Shore Melaka

Cantik kan pemandangan dari balkoni bilik kami. Setiap bilik di The Shore Hotel ada balkoni untuk guest lepak-lepak sambil menikmati angin luar. Menariknya di sini, setiap kali aku buka pintu balkoni, aircond bilik akan diOFF secara otomatik. Bila aku tutup pintu tu, aircond tu akan berfungsi kembali. Bagus sistem hotel ini sebab diorang mempraktikkan konsep green environment. Tak de lah berlaku pembaziran kan.

the shore hotel and residences melaka

Tengok je pemandangan water park ni dari atas, Dayyan dan Danish dah tak keruan. Baru jam 2.30 petang nak oi..Sabar, tak lari pool tu dikejar. Aku dah la penat. Plannya nak tidur sejam dulu sebelum turun bermain air. Nampaknya aku sorang je yang tidur. Hero aku 2 orang tu memang dah tak sabar. Nak nak bila jelas kedengaran sorak tempik kawan-kawan lain dari bawah tu..hehe..

Selesai je solat Asar..here we go!

Water Park Besar!

Memang meriah situasi di kawasan water park ni. Water park ni terletak di antara The Shore Hotel dan Swiss Garden di Tingkat 9. Kiranya kolam ni dikhaskan untuk pengunjung dua hotel ini. Tapi serius, tempat ni luas giler kot. Ada kolam untuk anak kecil, ada yang 1.2m dalam dan ada infinit pool. Permainan air untuk anak kecil pun sangat menarik perhatian diorang. Kalau tak nak mandi, takde hal. Korang nak bersenam, ada gym, ada court basketball, ada sauna dan banyaakkk lagi hoi!

the shore hotel and residences melaka
Dayyan dan Danish seronok bermain gelungsur air.

So far, aku rasa ini hotel yang paling best untuk Dayyan & Danish di Melaka. Sebelum ini, kami pernah menginap di Hotel Equatorial Melaka yang mempunyai kolam renang besar. Tetapi di situ tiada permainan air yang menarik seperti di The Shore Hotel ni.

Buat masa sekarang, Hotel Equatorial Melaka ditutup kerana ada kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Mungkin selepas ini, hotel tersebut kembali dengan dibuka dengan servis yang lebih best!

the shore hotel and residences melaka

Jam 5 turun berendam, dekat jam 7 petang baru naik bilik. Tu pun sebab dah mengigil. Kalau tak, mungkin tak naik lagi. Ye la, water park ni terletak di Tingkat 9. Tinggi ok. Jadi, kawasan sekitar ni lebih berangin. Paling lama mampu berendam pun, sejam lebih sikit je kot. Tu pasal, walaupun ramai orang, tempat ni masih belum sesak. Sebab diorang ni keluar masuk sentiasa. Mana tahan nak berendam lama-lama kan.

the shore hotel and residences melaka
Dayyan dan Danish bersantai selepas mandi kolam.
the shore hotel and residences melaka
Keluarga kecil kami.

Apa Yang Tak Best Tentang The Shore Hotel Melaka?

Kalau ditanya aku apa yang tak best tentang hotel ini, jawapan aku pasti tentang lifnya yang teramat perlahan. Eh maksud aku bukan pergerakan kelajuan lif turun naik. Tapi kami terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk turun ke tingkat bawah. Paling kritikal, selepas kami checkout. Ye la kan, tu kira waktu puncak la kan, dekat setengah jam aku terpaksa menunggu.

Nak tak nak, aku terpaksa break the rules. Ambil lif menuju ke tingkat atas terlebih dahulu untuk reserve tempat di dalam lif menuju ke lobi..sebenarnya aku tak suka melakukan tindakan sebegitu. Tapi kalau aku tak buat, silap silap sejam aku menunggu baru dapat tempat..hahaha

the shore hotel and residences melaka
Menunggu dengan penuh sabar untuk ke Lobi.

2 sesi bermain di water park The Shore pada petang Sabtu dan pagi Ahad dah cukup menggembirakan Dayyan dan Danish sepanjang hujung minggu lepas. InsyaAllah kalau tak jumpa tempat/hotel lain yang lebih best, kami akan ke sini lagi untuk trip yang akan datang.

TEMPAH THE SHORE MELAKA

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “The Shore Hotel & Residences Melaka. Berbaloi Atau Tidak?

  1. The Shore Hotel & Residences Melaka adalah diantara hotel terbaik di Melaka. Beruntungnya tuan dapat menginap di hotel yang cantik dan selesa ini.
    Terima kasih atas info yang tuan kongsikan. Hebatttt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *