February 20, 2020

Restoran Arab Marakesh di Harbour Place Masih Beroperasi.

Aku pernah menjamu selera di restoran Arab Marakesh pada tahun 2013. Setelah sekian lama, sekali lagi aku ke sana sempena hari jadi Umi aku. Pada awalnya, aku ingatkan restoran yang terletak di Harbour Place, Klang sudah tutup. Kebanyakan restoran yang terletak di Harbour Place ini sudah gulung tikar.

Rasanya ini satu-satunya restoran yang masih kekal beroperasi. Jika nak dibandingkan kemeriahan pelanggan pada tahun 2013 dengan hari ini, jauh beza bagai langit dengan bumi.

Tapi takpe, memandangkan Restoran Marakesh ini masih beroperasi, kita bagi “support” kali ini.

Kami sampai di sini lebih kurang jam 8 malam. Hiasan dalaman masih kekal cantik dan unik seperti di belah-belah Arab. Banyak tempat kosong, hanya satu keluarga sahaja yang sedang menjamu selera. Kami mengambil tempat di bahagian utama restoran, meja bersofa. Lebih selesa berbanding kerusi biasa.

Seorang waiter melayan kami sehingga duduk di meja kesukaan kami. Menu dihulurkan untuk pilihan. Waiter kat sini diimport daripada negara belah-belah sana. Komunikasi dalam bahasa Inggeris. Menu yang terpapar di buku menu tak jauh beza dengan menu semasa kunjungan aku yang lepas.

Menu Restoran Marakesh
menu restoran arab

Kami tidak mengambil masa yang lama untuk membuat order. Almaklumlah, perut masing-masing dah berbunyi minta diisi. Lagi cepat kami pesan, lagi cepat kami boleh makan. hehe..

Birthday girl/Nekmi memesan Mandy Chicken, isteri pula memesan Kabsa Chicken, aku plak teringin Shawarma Lamb Sandwich dan Chicken Pizza untuk Dayyan + Danish. Untuk appetizer, aku pesan Samosak Chicken.

Dayyan + Danish manja betul dengan Nekmi.
Set teh susu 1 pot – 10.90 Ringgit

Aku ada terbaca review negatif daripada pelanggan lain tentang servis di Marakesh ni terutama bab servis yang perlahan. Risau juga jika kunjungan kami kali ini pun kena hadap isu yang sama.

Tapi Alhamdulillah, hidangan air kami sampai dalam masa singkat. Begitu juga dengan menu-menu lain, tidak sampai 30 minit, semua menu yang dipesan sudah selamat sampai di meja kami.

Bismillah…

Mandy Chicken – 14.90 Ringgit

Makanan Arab memang terkenal dengan kuantiti yang banyak. Dari awal lagi aku sudah dapat agak, Umi & isteri aku takkan boleh habiskan untuk 1 set pesanan mereka. Nasi sedak, cuma ayam tu yang kecil berbanding restoran Arab lain.

Sambusak Chicken – 11.50 Ringgit

Sambusak ini sebijik seperti samosa yang biasa kita jumpa tu kan. Makan panas-panas memang sedap. Isi ayam pula padat.

Chicken Pizza – 17.90 Ringgit

Chicken Pizza ni sedap. Serius. Aku ingatkan orang Itali je pandai buat piza sedap, belah-belah Arab pun sama juga rupanya. Cheese memang leleh gila. Saiz pun besar. Aku makan sekeping tu pun dah rasa kenyang gila nak nak bila setiap gigitan aku, penuh dengan cheese! Dayyan + Danish memang layanlah bila dapat piza macam ni.

Shawarma Lamb Sandwich – 11.90 Ringgit

Ingat nak diet, jadi aku orderlah sandwich kambing ni. Isi banyak, perapan cukup sebati. Pada aku, set ini pun dah cukup mengenyangkan. Apatah lagi bila aku terpaksa habiskan Mandy Chcken Nekmi dan isteri aky punya Kabsa Chicken sekali. Jawabnya, akulah yang paling kenyang pada malam tu!

Burpp alhamdulillah.. tidak komplen yang kami perlu ketengahkan. Asalkan Umi dan anak isteri aku gembira semasa menjamu selera di restoran Marakesh ini pun sudah memadai bagi aku.

Nak kata makanan kat sini terlalu sedap pun tak juga. Yang boleh aku katakan, ianya masih berbaloi dengan nilai ringgit yang aku keluarkan pada kali ini.

Potret Keluarga kecil kami.
Ice Cream Cake – 9.50 Ringgit

Selesai sahaja menu utama, Dayyan + Danish request ice cream cake Oreo untuk Nekmi diorang ni. Ada macam-macam pilihan ice cream cake. Dengan harga 9.50 Ringgit, aku rasa berbaloi!

marrakesh harbour place
Restoran Marakesh Harbour Place, Klang.

Alamat Marakesh Harbous Place:

The Harbour Place, Taman Suria, 42000 Pelabuhan Klang

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *