February 20, 2020

Danish Turns 4. Hotwheels Cake by Moon House Cake Sedap Giler!

Danish dah mencecah usia 4 tahun pada 12 Julai 2019 lepas. Terasa masa sangat pantas berlalu. Pengalaman menunggu isteri yang bertarung nyawa bersalinkan Danish pada bulan puasa masih segar diingatan. Tup tup hari ini, Danish aktif berlari ke sana ke sini dengan mulut petah berkata-kata.

Biasanya, aku celebrate birthday anak-anak dan isteri kat luar. Pilih kat mana, nak makan apa kemudian bayar. Nak plan birthday party ni bukan kerja senang. Pernah sekali buat birthday party untuk celebrate Dayyan, boleh tahan penat dia. Sekali tu je buat kat rumah, tahun-tahun lain, buat kat luar je..

Kali ini, since Umi dan famili adik perempuan aku stay kat rumag aku, jadi setup la sikit sebanyak surprise birthday party untuk Danish. Kredit to isteri aku sebab prepare deko untuk tema sambutan kali ini iaitu Hotwheels.

hotwheels fan

Hotwheels memang favourite toys Danish. Selain daripada koleksi kereta Hotwheels yang dah tak terkira tu, Danish juga sukakan koleksi set Hotwheels, nak nak yang koleksi City. Jadi, untuk hadiah hari jadi, aku dah siap siap belikannya awal seminggu. Balik rumah, aku sorok dalam bilik bawah. Dan, hari hari dia tanya mana hadiah dia..hehe..

Untuk kek hari jadi pula, isteri aku dah tempah kek Hotwheels daripada Moon Cake House. So far, dah banyak kali tempah kek daripada diorang. Deko customeize cake daripada Moon Cake House memang aku berpuas hati. Rasa kek pun memang sedap, bukan sekadar luar je cantik tau. Servis tip-top. Ko cakap je nak macam mana, diorang akan usahkan untuk jadikan idea kau orang satu realiti. Ini pun last minit kontek diorang. Order 2,3 hari sebelum, tengah hari masa hari jadi Danish dah boleh ambil.

hotwheels city set
Danish dan Hotwheels Mega Car Wash

Aku ada belikan sate dan pizza untuk makan makan masa hari jadi Danish ni. Tu pun Danish yang request nak. Tapi, bila tengok kek dan dah buka hadiah hari jadi, bukan dia kisah dah pun. Tengok tu, bukan main seronok dapat hadiah hari jadi kesukaan dia. Janji dia happy.

Semoga menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah-Nya, membesar dengan sihat dan bijak dan jadi insan berguna kepada seluruh alam. Selamat hari jadi Danish. We love you!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *