July 2, 2020

Retro Game, Imbau Memori Lama

Semasa berada di kampung ketika hari raya lepas, aku tertarik dengan permainan tangan yang sedang dimainkan oleh Dayyan. Dipinjam daripada pakcik Dayyan atau adik ipar aku. Yang menarik perhatian aku, ada pelbagai permainan yang pernah menjadi kegilaan anak-anak suatu masa dahulu, termasuklah aku.

Ada lebih kurang 200 permainan menarik seperti, Super Mario, Rambo, Pacman, Bomberman dan pelbagai lagi. Mendengar nama-nama permainan itu, memori aku segera mengimbau kenangan semasa kanak-kanak. Pada masa itu, permainan video Micro Genius sangat popular. Paling lejen, permainan Super Mario dan Rambo.

Pada waktu tu, kedai-kedai permainan video wujud bak cendawan tumbu selepas hujan. Pertarungan permainan Rambo memang rancak di setiap kedai. Siapa paling champion dicari dan diagungkan. Duit dihabiskan di kedai permainan sama ada untuk training atau membeli cartridge game yang boleh tahan mahal pada masa itu.

Kegemilangan permainan video Micro Genius tenggelam dek kemunculan permainan video berteknologi tinggi seperti Sony Playstation, Game Boy dan XBOX. Hampir dilupai setelah sekian lama.

Hari ini, aku pula yang teruja melihat kemunculan retro game. Walaupun lebih kecil, tetapi tetap mengimbau memori lalu. Tak nak memori ni hilang begitu sahaja, aku belikan Dayyan sebiji retro game dari Lazada.Bukan yang ada konsol tu, tapi ala-ala Game Boy. Ada 200 jenis permainan dengan harga RM34! haha..

Aku harapkan Dayyan kurang kacau aku dan PS4 aku nanti.

Nampaknya harapan tu tak menjadi. Ye la, bila aku test main, layan juga hoi! Dah macam lepas rindu pun ada. Mula-mula layan Super Mario, pastu Pacman, pastu sambung layan Rambo. Ingatkan nak stop, tapi terlayan Galaga pula! Belum kira layan Tetris lagi..makan jam jugalah nak setelkan rindu aku tu.

Dayyan kat sebelah dah jeling tunggu turn dia..

Senyum lebar dapat game!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Retro Game, Imbau Memori Lama

Leave a Reply to Nunu Eera Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *