February 26, 2020

Cerita Syawal 1440H

Ini adalah kesinambungan Cerita Syawal 1439H pada tahun lepas. Alhamdulillah, dah masuk dua hari aku bekerja selepas cuti panjang sempena Aidilfitri pada tahun ini, tahun 2019. Sebelum aku teruskan coretan cerita Syawal aku, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca lama blog JMR23 ini. Semoga Syawal tahun ini terus memberi kebahagian dan kenangan manis dalam hidup kalian.

Memandangkan Syawal tahun ini jatuh di pertengahan minggu, aku mengambil peluang ini untuk bercuti raya selama seminggu. Aku dan famili bertolak balik ke Besut pada petang Sabtu dan kembali semula ke rumah kami pada petang Sabtu. Perjalanan pulang ke kampung sangat best kerana aku berjaya elakkan diri daripada kesesakan lalulintas. Perjalanan balik kampung kami hanya mengambil masa 7 jam.

Malangnya, perjalanan pulang dari kampung selepas berhari raya mengambil masa jauh lebih panjang. Bertolak dari rumah Nekmi pada jam 2.45petang, sampai di Kota Damansara untuk solat Subah pada jam 6.30 pagi keesokan harinya..haha..ada yang bertanya, tidak stress-kah aku dengan perjalanan yang lama? Tak. Sebabnya, bukan selalu pun..setahun sekali jer pun..haha..lagi satu bukan selalu itu aku memandu menghadap “traffic jamm”, tapi aku mengambil langkah bijak dengan tidur di RnR selepas merujuk kepada keadaan semasa lebuhraya Karak membawa ke Tol Gombak. Dari jam 1 pagi aku tidur di RnR Temerloh dan RnR Lanchang. Jam 4 pagi, bila keadaan “tenang” barulah aku bergerak mengharungi lautan kereta yang mula bergerak lancar menuju ke Tol Gombak. Cuma yang agak teruk, perjalanan dari Besut ke Kuala Terengganu yang sepatutnya memakan masa selama sejam, menjadi 3 jam! Dah kenapa aku bercerita tentang “traffic jamm”, inikan cerita Syawal!

Pada aku, setiap tahun ketibaan Syawal memberi cerita yang berbeza. Dan semua cerita ini adalah cerita bahagia!

Potret Raya Keluarga Kecil Aku.

Berbanding tahun lepas, Syawal tahun ini lebih meriah apabila adik bongsu aku mendapat cuti raya. Tak silap aku, dah 2 tahun dia terpaksa bertugas semasa takbir raya. Raya kami lebih meriah jika adik kedua aku yang menetap di Jepun dapat pulang berhari raya di Malaysia bersama. Dah banyak tahun kot dia dan anak isteri tidak beraya bersama keluarga di Malaysia. Nak buat macam mana, dah jalan punca rezeki sebegitu yang dipilih. Satu pengorbanan juga.

khutbah aidilfitri
Dayyan kusyuk mendengar khutbah Aidilfitri

Solat Aidilfitri

Syawal tahun ini mungkin lebih bermakna buat isteri kerana berpeluang solat Aidilfitri bersama di masjid. Maklumlah, sebelum ini perlu menjaga Danish yang masih kecil. Tahun ini, Danish dah besar. Patutnya dia ikut bersama ke masjid, tetapi tetiba je mood dia berubah tak nak ke masjid. Dayyan je yang mengikuti kami bersolat Aidilfitri di masjid.

Selesai solat Aidilfitri, barulah sesi bermaafan seperti tahun-tahun sebelum. Mana-mana dosa yang sengaja dan tidak sengaja, harap diampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Setel bergambar dan bersalaman, barulah kami berkunjung ke rumah pakcik makcik dan jiran tetangga. Lewat petang baru setel sesi Raya Pertama. Berapa banyak nasi dagang, ketupat, rendang dna kueh raya tak yah cakaplah, memang tak terkira kalorinya!

Juadah Rumah Terbuka

Seperti tahun sebelum, hari raya kedua menjadi masa kegemaran Umi aku untuk mengadakan sesi rumah terbuka. Terbuka gitu-gtu je. Sekadar menjemput sanak saudara dan kawan rapat untuk menjamu beberapa juadah istimewa hari raya.

Juadah tahun ini lebih istimewa berbanding tahun sebelum ini. Kuantiti pun lebih banyak. Ada sate ayam, sate daging yang dibakar oleh pakar bakar sate, nasi dagang ikan tongkong, makaroni goreng istimewa Nekmi, pulut panggang, ketupat lemang dan biskut raya homemade!

Rasanya tahun ni paling banyak aku melantak nasi dagang. Oh ye, nasi dagang tu homemade yang ditempah daripada kawan Umi. Serius, nasi dagang tu sangat sedap. Dengan gulai ikan tongkol yang hampir sempurna masaknya. Dari pagi membawa ke pagi esoknya aku asyik dok makan nasi dagang tu!

Tugasan Hari Ini- Bakar Sate!
Potret Syawal Ke-2
Cucu-cucu Perempuan A.Rahman
Sebelah aku tu, anak sepupu aku, masih bersekolah, tapi tinggi giler!

Satu masa dahulu, aku paling tinggi & besar dalam famili..hari ni, ada yang laaagi besaaarrr! Oh ye, sebenarnya ada lagi adik sepupu aku yang laaagi tinggi drp yang sebelah aku…harap takde yang tanya lagi selepas ni “ besar tinggi molek ni makey gapo??”

Raya Ke-3 dan Laksam Tersedap Di Dunia

Ini satu lagi juadah istimewa yang tidak aku lepaskan setiap tahun. Jemputan daripada keluarga adik ipar aku juga sentiasa dinanti-nanti. Selain untuk berhari raya, menu istimewa , laksam, buatan air tangan keluarga adik ipar menjadi menu kegemaran aku. Tidak pernah lagi aku merasa laksam sesedap ini di tempat-tempat lain.

Sayangnya, kau orang hanya boleh #jilatskrin di sini memandangkan laksam ini hanyalah untuk jamuan ahli keluarga. Tidak dijual di pasaran semasa. hehe

Tengok gambar kat atas ni je pun aku dah kecur air liur. Betul tak? Itu belum lagi aku tempek gambar kuah ikan, ulam-ulaman dan belacan yang digaul bersama. Serius sedap weh!

Cuti Sudah Habis Bro!

Dari Hari Raya pertama sehingga Raya ke-4, aku terasa masa sangat pantas berlalu. Tup-tup dah hari Sabtu. Masa untuk kami pulang ke bandar meneruskan perjuangan mencari rezeki. Ikutkan hati, nak cuti raya lebih panjang. Tapi apakan daya, rezeki aku ada di sana..

Trip pulang kali ini, aku merancang untuk menggunakan Lebuhraya Pantai Timur memandangkan perjalanan melalui Gua Musang berisiko untuk sesak teruk. Sangkaan aku meleset, sebab LPT juga sesak teruk! 1 jam masa yang patut diambil, menjadi 3 jam! hahaha

Sebelum itu, aku sempat singgah beraya di rumah sahabat karib aku di Kuala Terengganu. Sahabat aku ini juga merupakan pelabur besar unit trust di bawah jagaan aku. Jadi, kenalah beraya kan! hehehe..

DrawBridge Terengganu

Selain itu, aku turut mengambil peluang untuk menggunakan Jambatan Angkat (DRaw Bridge) yang baru dibuka untuk test run pada 2 Jun lepas. Mercu tanda gah terbaru Terengganu ini sangat unik dan sebagai anak jati Terengganu, aku sangat berbangga dengan kewujudannya! Jadi, kau orang yang datang ke Terengganu nanti, jangan lupa untuk menggunakan jambatan ini dan bersantai di pesisir pantai di sini ya!

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin daripada JMR & keluarga. Tak sabar nak berhari raya be

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *