March 31, 2020

Pengalaman Pertama Dayyan Berpuasa Di Bulan Ramadan

Hari ni dah masuk 22 Ramadan 1440H. Maksud kata, dah 22 hari kita umat Islam berpuasa, Rukun Islam ke-3 yang wajib ditunaikan. Jadi apa macam puasa kau orang? Puas hati tak? Tinggal tak sampai baki 10 hari je pun lagi ni. Ke masing-masing dah sibuk buat persiapan hari raya?

Alhamdulillah, puasa kami pada tahun ini besar maknanya. Jika 6 tahun sebelum ini, hanya aku dan isteri yang bersahur dan iftar, tapi kali ini, Dayyan turut sama menahan diri daripada lapar dan dahaga.

Setakat hari ini, lebih 6.5 hari dia tinggal puasa. Tinggal puasa pun bukan sebab tak larat, tapi sebab tak taha dengan dugaan di sekelilingnya. Sebenarnya aku dan isteri agak terkejut dengan energi dia. Ye la, tahun lepas semasa berusia 5 tahun, langsung dia tak belajar berpuasa. Tup tup bila masuk 6 tahun, terus puasa penuh. Ops..masa hari pertama berpuasa, hanya bertahan setengah hari saja. Kawan-kawan di school minum susu, dia join sama. Tapi Dayyan tak makan. Sekali dia salah faham maksud berpuasa, ingatkan hanya tak boleh minum..haha..

Hari hari seterusnya Dayyan gigih berpuasa tak maka dan tak minum. Aku tak pasti dia gigih sebab faham itu satu kewajipan atau dijanjikan dengan wang ringgit..haha..tak pe, aku anggap je puasa tahun ini sebagai latihan pada dia. Cikgu di pre-schoole pun ada nasihatkan dia juga, kalau tak tahan boleh bebuka. Risau juga tengok Dayyan terlebih kering bibir. Kurang air agaknya.

Bercuti di rumah onyang

Hari hari lain yang Dayyan gagal puasa penuh tu bukan disebabkan dia tak larat. Sungguh. Aku saksi sendiri ketika berpuasa di rumah pada hujung minggu. Cabaran bila ada Danish bersama. Tak pernah pernah sebelum ini, Danish ambilkan abang segelas air. Lepas tu, ada masanya Danish baik hati suapkan abang dia lauk pauk yang dia makan. Kalau dah disuap ke mulut, manalah budak 6 tahun boleh tahan. haha..

Yang lain-lain, semasa balik kampung. Jam 10 pagi, Nekmi dah membakar chocolate chip. Bapak Dayyan pun tercabar gak dengan bau-bauan chocolate chip. Bergetak gak usus menahan respon daripada deria bau. Tang tu jugalah Danish, ambil sekeping chocolate chip, hulur kat Dayyan minta dia cuba. Alang-alang dah makan chocolate chip sekeping, setelkan terus satu balang je lah bang..haha

Walaupun aku agak pasti, Dayyan berpuasa kerana berpegang pada janji aku untuk “award”kan dia dengan tunai untuk mendapat toys Hotwheel terbaru dia, tapi jauh dalam lubuk hati aku, agar dia sedikit sebanyak mengerti maksud kewajipan berpuasa. Budak budak ni nak kena ada pemangkin sebegini, barulah diorang boleh berusaha dengan lebih tekun.

Betul tak? Ke cara aku ini salah?..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Pengalaman Pertama Dayyan Berpuasa Di Bulan Ramadan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *