April 10, 2020

Jalan-jalan Penang 2019 Part 1

Selain daripada Melaka dan Terengganu, rasanya Penang menjadi feveret kami sekeluarga. Setiap tahun wajib mai ke Penang. Selain tempat menarik, makanan-makanan best tu yang paling utama. Nasi kandar, rojak pasembor, jeruk, ini antara makanan yang wajib kami telan. Jika tahun-tahun sebelum ini aku dan isteri je melantak semua ini, sekarang ini bajet kena tambah sebab Dayyan & Danish pun dah pandai melantak semua ini..haha..

Jadi, sehari sebelum kami “check in” di Hard Rock Hotel Penang, kami dah luangkan masa sehari semalam di bandar Georgetown. Elok sampai di Georgetown dalam jam 2 petang, setel sahaja check in hotel, terus beratur di Restoran Deen Maju. Beratur buat apa? Buat apa lagi, kalau bukan tunggu giliran untuk sepinggan nasi kandar!

Restoran Deen Maju – Nasi Kandar Sedap di Penang

Q panjang, mujur pergerakan laju. Kalau slow, aku lari pergi makan di Mc Donald lagi bagus..haha
Sebenarnya nasi kandar ni bukanlah feveret aku sangat pun. Tapi alang-alang dah sampai Penang, kenalah amik feel menjamu sepinggan dua kan ..
Nasi kandar lauk ayam goreng. telur sebijik. Telur sotong sesenduk. Bendi 2 batang..syurga ok! Alhamdulillah.

Dah selesai sesi di Restoran Deen Maju, kami balik ke sebilik untuk berehat sejam dua. Lagi pun, kalau nak keluar berjalan masa ini (jam 3 petang), matahari masih panas terik. Musim panas sekarang ni kan. Risau gak Dayyan & Danish “overheat”. Bagi matahari jatuh sikit lagi, barulah kami plan nak ke Bukit Bendera a.k.a Penang Hill. Sampai ke hari ni, kena dipanggil Penang Hill dalam bahasa omputih, kenapa tak panggil Flag Hill?

Jam 5 petang baru kami ke Penang Hill. Dari bandar Georgetown, lebih kurang setengah jam. Masa kami cun, sebab kalau lewat je beberapa minit, mungkin kami akan tersangkut dalam traffic jamm. Maklumlah, hari Jumaat. Rush hour nak balik rumah. Sampai je di depan pintu masuk, aku drop off isteri dan anak-anak sebelum aku park kereta di parkir bertingkat yang terletak di bangunan sebelah. Sementara itu, isteri belikan tiket tren untuk ke puncak Penang Hill. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan untuk pengesahan warganegara Malaysia atau orang asing. Kemampuan berbahasa Melayu bukan gerenti kau orang Malaysia ye, sebab bangla pun masih berbahasa Melayu!

Penang Hill @ Bukit Bendera, Penang

Barisan di depan kaunter tiket ini takdelah panjang sangat. Sekejap je dah dapat tiket.
Danish memang suka baca map. Pergi mana-mana tempat yang ada map, memang dia pegang map tu setiap masa.
Pengalaman pertama menaiki tren menuju ke puncak Penang Hill.
Ada sesetengah terasa gayat berada di lokasi paling depan di dalam tren.
Pemandangan Pulau Pinang dari puncak Penang Hill.
Salah satu port menarik untuk bergambar di puncak Penang Hill.

Kami meluangkan masa lebih kurang 2 jam di puncak Penang Hill. Funicular Tren kat sini bermula jam 6.30 pagi, dan last tren adalah pada jam 11 malam. Ikutkan hati, teringin nak menikmati suasana malam dari puncak Penang Hill ni. Boleh tengok pemandangan malam kotaraya Pulau Penang. Tetapi faham-faham je la dengan Dayyan dan Danish yang cepat bosan dengan tempat sebegini.

Tak sabar sabar diorang ajak kami turun untuk ke tempat lain pula. Lagi pun, Danish dah membebel sebab penat berjalan. Mana tak penat, di puncak ni, kawasan tak rata. Ada tempat kena mendaki, ada tempat ke naik tangga. Tempat-tempat sebegini biasanya aku takkan bawa stroller.

Perjalanan turun lebih sesak berbanding perjalanan ke atas tadi. Kali ini lebih mencabar. Aku dan Dayyan berjaya berada di seat paling depan, seronok melayan tren bergerak turun dalam rel yang curam hampir 45 darjah ke bawah. Dah macam naik roller coaster, bezanya kelajuan tren ini tidaklah selaju itu.

Sampai je di pintu masuk, perut berkeroncong minta diisi. Bincang punya bincang, aku dan isteri decide untuk cari makan di Padang Kota Lama. Sebelum sampai, macam-macam menu sedap yang aku nak makan di sini. Tapi bila tiba di sini, terus aku menuju ke kiosk Hussain Penang Famous. Terus pilih bahan-bahan untuk rojak pasembor aku pada malam ni.

Hussain Penang Famous – Padang Kota Lama Penang

Ikut nafsu nak ambil semua bahan rojak pasembor ni. Tapi boleh habis ke?
Rojak Pasembor dan aku.

Rasanya macam ambil dah tak banyak. Tapi bila sampai, mak aii boleh habis tak ni? Harga sepingga tu lebih kurang RM22. Harga tak tetap, bergantung pada apa yang kita ambil. Nak lebih pasti, boleh tanya harga setiap benda tu sebelum diorang potong-potong untuk dirojakkan.

Hussain Rojak Pasembor. Ada yang cakap ini bukanlah yang tersedap. Ada lagi sedap. Kat mana tu?
Percaya tak, kami share satu famili sepinggan ni tapi tetap tak habis haha
Suasana meriah di Padang Kota Lama.

Makan. Jalan. Makan Jalan..dah pun malam. Setel hari pertama di Penang untuk trip kali ini. Nanti aku sambung cerita makan & jalan kami dalam entri seterusnya. Penat la plak nak taip panjang-panjang ni..hehe

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Jalan-jalan Penang 2019 Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *