April 19, 2024

Soalan Ini Sering Ditanya Kepada Peguam Syarie.

Aku tertarik dengan perkongsian oleh sahabat aku, Tuan Junid, seorang Peguam Syarie di Kuala Lumpur dan Selangor. Soalan di bawah ini seringkali ditanya kepada beliau dan juga rakan-rakan Peguam Syarie yang lain. Aku kira persoalan sebegini sangat dekat di hati aku dan juga pembaca blog aku yang lain. Maklumlah, ada antara pembaca di sini adalah seorang suami atau seorang isteri. Betul tak?

Kenapa banyak sangat orang bercerai sekarang ni ya?

Jawapan Tuan Junid ialah banyak punca yang menyebabkan berlakunya perceraian. Salah satu punca utama ialah isu nafkah.

Ya, kita sedar di zaman serba mahal ini, kewangan keluarga sangat mencabar dan mencengkam. Namun, isu nafkah perlu juga diberi perhatian dan ditunaikan terutamanya kepada suami yang budiman. Nafkah adalah WAJIB. Maknanya, kalau tak ditunaikan, ianya BERDOSA.

Isu berapa jumlah itu terpulang kepada kemampuan dan keperluan masing-masing. Yang penting, tunaikan sedaya upaya. Kadang kala, seorang suami tidak memperuntukkan nafkah kepada isteri kerana alasan tidak mampu. Malangnya, ada juga yang buat-buat tidak mampu.

Isu nafkah, punca utama penceraian di Malaysia.

Antara saranan Tuan Junid yang berpengalaman mengendalikan kes suami-isteri bercerai kepada pasangan yang masih berstatus suami isteri:

  1. Berbincanglah berkenaan dengan perbelanjaan keluarga. Kalau suami tidak mampu menanggung keseluruhan nafkah untuk keluarga, isteri boleh membantu,yang penting, BINCANG..
  2. Pasangan berhak tahu jumlah dan punca pendapatan masing-masing. Jangan nak rahsia-rahsia sangat.kadang-kadang kahwin dan 20 tahun, gaji suami pun tak tahu berapa?camana isteri nak bantu kalau kita pun main sorok-sorok..ADUHAI..
  3. Isteri ambil peranan untuk ingatkan suami bagi nafkah kepadanya dan ibubapa.Kadang-kadang lelaki kalau bab duit selalu x ingat..ingatkan dengan lemah lembut dan BERHEMAH…
  4. Sekiranya melibatkan isu nafkah batin, bincang atau dapatkan rawatan sekiranya sakit.Jangan malu atau melayan EGO .Tahukah anda, banyak juga alasan cerai ialah masalah nafkah batin. tidak kiralah kepada suami atau isteri.JANGAN MALU TAK BERTEMPAT..

Ini adalah saranan peribadi Tuan Junid berdasarkan pengalaman beliau dalam mengendalikan kes di mahkamah Syariah. Aku kira 4 saranan ini, jika dipraktikkan betul-betul, pasti kes penceraian di dalam Malaysia dapat dikurangkan.

Peguam Syarie sering kali menjadi rujukan ketika proses penceraian berjalan. Kenapa tidak dijadikan sumber rujukan semasa awal-awal timbul permasalah atau sebelum itu lagi? Mengikut Tuan Junid lagi, salah satu kemahiran Peguam Syarie ialah mengesan suami yang benar-benar tidak mampu atau buat-buat tidak mampu.

Owh baru aku tahu. Ingatkan kerja-kerja detektif mengesan hal-hal sebegini. Rupa-rupanya Peguam Syarie yang terbaik di Malaysia lebih bijak mengesan individu sebegini.

Aku doakan supaya aku, keluarga dan rakan-rakan aku dihindari daripada isu sebegini. Tiada masalah yang tidak mempunyai jalan penyelesaian, kan? Jadi, sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat Peguam Syarie terbaik di Malaysia ini, boleh kontek aku, nanti aku bagi cara untuk hubungi beliau 🙂

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Soalan Ini Sering Ditanya Kepada Peguam Syarie.

  1. perceraian adalah musibah yang amat memeritkan ramai pihak…

    semoga mereka yang belum bercerai tu …perbaiki hubungan suami isteri agar kembali bahagia dan ceria..

    yang sudah bercerai pula…

    jangan lupa tanggungjawab kepada anak-anak..

    kasih sayang dan nafksh untuk mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *