Halah halah halah terlambat update pula tentang kunjungan pertama Dayyan & Danish ke Hard Rock Hotel Penang. Rasanya masih belum terlambat sebab hari ini masih dalam bulan Mac, bulan berkasih sayang lebih bagi aku dan isteri. Alhamdulillah, 9 Mac itu hari, genap 7 tahun usia perkahwinan kami. Usia perkahwinan yang masih muda, dan masih jauh lagi perjalanan cerita kami, insyaAllah.
Memandangkan tahun ini, jadual kerja aku agak padat dengan beberapa projek yang sedang aku urus masih belum selesai. Pada awalnya, hanya merancang untuk luangkan masa bersama isteri dan anak-anak pada hujung minggu. Rezeki anak-anak kot, seminggu sebelum harinya, aku tergerak hati untuk melihat website Hard Rock Hotel Penang, dan berjaya menempah bilik dengan pemandangan laut pada harga yang lebih berbaloi.
So, here we go.
Check in di Hard Rock Hotel Penang pada hari kedua kami di Penang. Malam sebelum tu, menetap di hotel di bandar George Town. Sepatutnya kami check in pada jam 3 petang, tapi kami terlewat sejam sebab terlebih bajet masa sebab makan tengah di Restoran Kapitan. Sampai di lobi hotel jam 4 petang. Urusan check in sangat pantas, tak sampai 10 minit dah dapat kad akses bilik.

Kali ini, aku pilih bilik “Seaview Deluxe” dengan 1 katil bersaiz “King”. Muat untuk kami 4 beranak. Pertama kali masuk ke bilik di Hard Rock Hotel Penang, rasa “wow!” sangat dengan dekorasi dalaman kat sini.

Dari dekat aku tak perasan apa gambar sebenar di lukisan yang digantung di kepala katil tu. Bila undur jauh sikit, baru perasan ianya wajah Marilyn Monroe..hehe..


Buka je sliding door bilik ni, ada satu balkoni kecil mengadap laut dan juga kolam mandi. Masa ni masih panas lit lit lagi, jadi tak ramai orang mandi.


Seperti hotel-hotel lain, air panas dan beberapa jenis minuman segera disediakan di satu ruangan di bilik ni.

Yang best bila kau menginap di Hard Rock Hotel Penang, BOSE speaker pun turut disediakan. Kot kot korang nak layan lagu dengan base yang “mengasyikkan” telinga, bolehlah sambungkan smartphone dengan speaker ni. Siapa yang pernah dengan kualiti headphone BOSE, memang tahulah dia punya asyikkk..

Jika kau orang takde smartphone, jangan risau, kat bilik ni disediakan smartphone percuma untuk kegunaan penginap. Bukan setakat untuk browse internet sahaja, aku boleh membuat panggilan kepada mana-mana nombor di dalam dan luar negara secara percuma. Mujurlah wife aku kat sebelah je, kalau kat luar, mau aku ‘bergayut’ sampai puas.

Baru aku faham kenapa harga untuk bilik “Seaview” lebih mahal berbanding “Pool View”. SubhanAllah, cantik gila pemandangan sewaktu matahari terbenam. Elok je matahari terbenam di celah bukit di sebelah laut sana. Ohsem!

Antara aktiviti yang aku suka setiap kali menginap di hotel semestinya waktu “buffet breakfast”. Sebelum menempah mana-mana hotel, biasanya aku akan baca review pelanggan lain tentang kualiti makanan semasa “buffet breakfast”. Ternyata apa yang aku baca, sama dengan realiti makanan kat Hard Rock Hotel Penanh ni. Makanan banyak dan pelbagai..paling penting, ada rasa, ada rupa.


Dalam banyak banyak menu yang ada di sini, aku tertarik dengan menu daripada Kelantan, Nasi Kerabu! First time aku jumpa menu ni dalam sesi “buffet breakfast” di hotel. Dah tu Hard Rock Hotel pula. Ada gak aku tengok omputih yang ambil nasi biru tapi tak campur ulam-ulaman yang ada. Sebaliknya dia makan dengan sambal ikan bilis dan omelette! haha..kombinasi yang unik..

Sebab Dayyan & Danish Sukakan Hard Rock Hotel Penang!
Bilik hotel best ke, katil yang empuk ke, sarapan pagi yang sedap ke, itu bukan sebab Dayyan dan Danish sukakan Hard Rock Hotel Penang ni. Dua orang tu tak pedulikan itu semua. Di bawah ini sebab sebenarnya Dayyan dan Danish suka gile dengan hotel ni!

Mestilah sebab POOL kat sini! Setakat ini, ini hotel yang kami inap mempunyai kolam mandi seluas ini. Dari kolam berkedalaman 1.4m, sehinggalah kawasan kolam yang berpasir sedalam paras lutut Danish. Waktu pagi dan petang adalah waktu guest hotel memenuhi area kolam ini. Nampak macam ramai, tapi sebenarnya ada banyak lagi ruang kosong dan kerusi rehat kosong yang boleh dijadikan station. Akses kolam ini diberi secara percuma kepada semua pelanggan. Di pintu masuk, krew hotel akan tag untuk dipakai sepanjang berada di kawasan kolam ini. Jadi, orang luar memang tak boleh nak bermain air di sini sesuka hati.

Manalah Dayyan dan Danish tak teruja gila bila masuk ke kolam ni. Water slider untuk kanak-kanak memang menjadi tumpuan dan meriah dengan gelagat budak. Banyak kali jugalah Dayyan dan Danish dok naik slider tu dan slide ke dalam kolam. Cuma aku nak kena tunggu di bawah tu la sebab boleh tahan dalam juga paras air berbanding ketinggian hero-hero aku tu.




Kedalaman air kat sini lebih kurang 1.4m. Pada awalnya Danish takut-takut nak berenang di area ni. Sebab dia nampak kolam ni lebih dalam daripada biasa. Tapi dia cepat serasi dan boleh turut “bersiar-siar” dengan aku. Oh ye, kat sini lebih tenang dan kolamnya lebih besar. Yang kat belakang sana tu, bilih jenis Lagoon Deluxe. Best bilik situ, sebab buka buka sliding door bilik, dah boleh terus terjun kolam..hehe..Kami pernah menginap di bilik hotel macam ni di The Pines Hotel Melaka. Memang syok InsyaAllah nanti kalau ada rezeki lebih, boleh cuba di sini pula

Alhamdulillah.. Walaupun ini percutian sempena ulang tahun perkahwinan kami, namun KPI best ke tidak trip kali ini, bergantung kepada hero aku dua orang ni. asalkan Dayyan dan Danish gembira berada di sini, kami turut gembira.
Serius, highly recommended untuk datang menginap di Hard Rock Hotel Penang ini. Lagi berbaloi jika bawa anak bersama..barulah boleh merasai kepuasan menginap di sini secara maksima!
2 comments
[…] sehari sebelum kami “check in” di Hard Rock Hotel Penang, kami dah luangkan masa sehari semalam di bandar Georgetown. Elok sampai di Georgetown dalam jam 2 […]
[…] trip kami ke Penang tempoh hari, sebelum check in di hotel paling best di Penang, sempat juga kami jalan-jalan di sekitar bandar Geogetown. Rasanya ini pertama kali aku bawa isteri […]