March 19, 2024

5 Bandar Menarik untuk di Terokai di Malaysia

Image via lonelyplanet

Realitinya, sesuatu pengembaraan jadi lebih menyeronokkan apabila kita dapat menerokai sesebuah tempat atau kota dengan gaya kita sendiri, dan dengan cara ini juga kita berpeluang untuk menemui tempat-tempat yang unik serta menarik yang mana mungkin belum pernah diterokai oleh pengunjung lain. Tambahan lagi, ini adalah cara yang terbaik untuk anda mendekati secara peribadi akan persekitaran baru anda.

Sebelum anda memulakan pengembaraan anda, disini kami sertakan beberapa lokasi yang disyorkan untuk anda terokai sendiri tanpa memerlukan anda untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam. Yang lebih menyeronokkan adalah sekiranya anda ingin melawat bandar-bandar tersebut, anda boleh terus ke Saleduck terlebih dahulu untuk mendapatkan tawaran-tawaran menarik bagi membantu anda berjimat ketika berbelanja untuk aktiviti dan pelancongan sepanjang percutian anda.

Ipoh, Perak

Sebuah kota yang sunyi dan jarang dilawati oleh pelancong, Ipoh merupakan sebuah bandar yang kurang mendapat sambutan sebelum ini. Tetapi sejajar dengan peredaran masa, kami mendapati segala kekurangan yang terdapat pada Ipoh, iaitu dari segi kepesatan pembangunan bandar dan tempat tarikan pelancong berbanding bandar-bandar yang lain, ia sebenarnya telah membentuk persekitaran yang tenang di Ipoh dengan kewujudan rumah-rumah kedai yang unik, mercu-mercu tanda yang melambangkan kebudayaan negeri tersebut dan juga kafe-kafe kecil yang terletak berdekatan antara satu dengan yang lain.

Banyak perkara-perkara yang menarik terdapat di Ipoh seperti Funny Mountain Tau Foo Faa yang terkenal dikalangan pelancong dan warga tempatan. Ipoh adalah sebuah kota kecil yang anda boleh terokai dalam masa sehari dan ia masih menarik untuk dilawati pada masa hadapan.

Image via Shutterstock

Georgetown, Penang

Kota yang mempunyai bangunan-bangunan warisan yang menempatkan kafe, kopitiam, hostel, bar, galeri seni dan bisnes keluarga turun-temurun: Georgetown adalah sebuah kota yang menggabungkan elemen nostalgia dan moden dengan sempurna, dan ia merupakan tempat yang wajib dilawati kerana seni jalanannya yang unik.

Berjalan adalah cara yang terbaik untuk anda kenali dengan sendiri kota ini. Bagi yang betul-betul ingin merasai pengalaman tersebut, kami mencadangkan anda untuk menyewa di salah sebuah dari beratus hotel yang menawarkan harga yang berpatutan disekitar Georgetown untuk anda terokai.

Tanah Rata, Pahang

Udara yang menyegarkan di Tanah Rata itu sendiri yang menjadikan ia bandar yang sesuai untuk diredah oleh pelancong dengan hanya berjalan. Ladang teh, rumah-rumah hijau, laluan-laluan untuk mendaki dan seni bina kolonial di sekitar kawasan itu menjadi peransang keindahan tempat tersebut. Jalan Besar, iaitu laluan utama di Tanah Rata merupakan lubuk restoran, hotel-hotel bajet dan kedai yang akan bermula pada sebelah petang.

Tambahan, anda patut menikmati makan malam di restoran-restoran yang menyediakan Chinese steamboat
untuk melengkapkan percutian anda di sana.

Image via lonelyplanet

Bandar Melaka, Melaka

Bandar bekas jajahan Belanda yang mempunyai campuran unsur-unsur Cina Peranakan dan Eropah dari segi seni bina, makanan tempatannya yang ikonik dan juga pesta jalanan, Bandar Melaka merupakan kawasan kecil yang padat dan boleh ditelusuri dengan hanya berjalan. Ia dilihat sebagai satu tempat yang menarik bagi para peminat seni kebudayaan kerana Bandar Melaka mempunyai banyak muzium, bangunan bersejarah dan galeri seni tradisional.

Miri, Sarawak

Miri merupakan pekan yang berdekatan dengan pantai yang cantik dimana hutan hujan, gua dan taman-taman Negara yang juga terletak berhampiran dengan terumbu karang yang cantik. Sebagai bandar kedua terbesar di Sarawak, terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan dan merasai pengalamannya disini. Antara tarikannya termasuklah Jalan China yang menggabungkan pasar dan kedai-kedai makan, medan selera Taman Selera dan Taman
Negara Loagan Bunut.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “5 Bandar Menarik untuk di Terokai di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *