April 2, 2020

Tenang dan Nyaman di La Hot Spring Besut.

Cerita tentang Pantai Bukit Keluang atau Pantai Air Tawar dah biasa sangat aku kongsikan di blog ini. Kali ini, aku kongsikan satu lagi tempat best di Besut yang menarik dan patut kau orang pergi apabila berkunjung ke Besut, Air Panas Kampung La atau turut dikenali sebagai La Hot Spring. Pada aku, tempat ini masih “dara”. Masih belum diterokai dan udara masih segar.

Dari bandar Jerteh, kau orang hanya perlu memandu lebih kurang 45 minit. Kalau tak nak memandu, boleh juga menggunakan khidmat pakcik teksi. Tak pasti pula servis Grab ada atau tak.

Sebenarnya, aku pun jarang ke LA Hot Sping ni. Kali terakhir aku ke sini adalah pada bulan 4 tahun lepas. Hampir setahun juga la tak pergi. Alang-alang cuti panjang sempena Tahun Baru Cina yang lepas, ambil peluang untuk ke sini sekali lagi bersama famili adik aku. Dah namanya musim cuti, memang ramailah pengunjung yang ke sini. Full parking!

Air Panas La Hot Spring ni terbahagi kepada dua bahagian. Ada tempat untuk air panas, dan ada kawasan anak sungai yang cetak dengan air yang sejuk.

Umum mengetahui, banyak khasiat yang boleh didapati daripada air panas semulajadi ini. Antaranya, mampu menyembuhkan beberapa sakit-sakit saraf di bahagian kaki dengan hanya merendam kaki di dalam air panas ini.

Kolam Air Panas Utama.

Biasanya, pengunjung yang berkunjung dengan tujuan berubat, akan merendamkan badan di dalam kolam air panas utama yang terletak di tingkat atas. Ada juga sekadar letak kaki untuk menikmati keunikan air panas asli dan rileks.

Daripada kolam utama ini, air panas disalurkan ke beberapa kolam kecil lain yang terletak tidak jauh dari kolam utama.

Kolam Air Panas Keduaa

Dah puas berendam di dalam kolam air panas, bolehlah sejukkan badan dan berendam di anak sungai ini. Paras airnya hanyalah setakat lutut aku. Tempat kegemaran Dayyan dan Danish setiap kali datang ke sini.

Air sungai yang dingin.

Gambar Dayyan & Danish yang diambil pada kunjungan tahun lepas. Tak ramai orang. Tenang bermain di anak sungai bersebelah dengan kolan air panas.

Tetapi kunjungan kami semasa cuti panjang Tahun Baru Cina yang lepas, kawasan anak sungai dipenuhi dengan pengunjung yang datang. Mujurlah ada famili adik ipar tahu “port” yang lebih tenang, tak de orang pun. Cuma, perlu berjalan lebih kurang 5 minit sahaja ke kawasan ini.

Hijau mata memandang.

Oh ye, pelampung besar yang Dayyan gunakan tu adik ipar aku yang beli. RM15 jer hoi, ni kalau beli kat tempat lain, mahu berpuluh-puluh Ringgit Malaysia. Nek Mi pun ada belikan Dayyan dan Danish pelampung sorang satu.

anak sungai nyaman
Seronok Danish dengan pelampung baru.
La Hot Spring
Adik ketiga aku, Ina dan Nek Mi.
La Hot Spring Besut
Sedang bertapa. Jangan kacau.

Lebih kurang 4 jam juga kami di sana. Dari pagi sehingga ke waktu tengah hari. Segala bekalan makanan habis. Alhamdulillah tak membazir. Maklumlah, aktiviti bermain air boleh menyebabkan perut kelaparan dalam masa singkat.

Di Air Panas La Hot Spring ni turut disediakan musalla, tandas dan bilik mandi. Pendek kata, segala kemudahan asas lengkap. Kiosk-kiosk kecil yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga dibuka bersebelah dengan parking. Chalet kecil juga boleh disewa jika kau orang nak bermalam di sini.

Aku berharap agar Kolam Air Panas La ini akan dijaga dengan baik supaya dapat terus menjadi tempat cantik untuk dilawati di Besut. Paling penting, kehijauan dan keindahan di sini akan terus dipelihara daripada tangan-tangan rakus manusia yang mementingkan keuntungan diri sendiri.

kolam air panas La Besut

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Tenang dan Nyaman di La Hot Spring Besut.

  1. Eh kat besut la, tak jauh dari rumah. Dulu pernah plan nak pegi la hot spring ni dengan adik beradik. Pastu tak jadi. Macam nak kena plan balik je ni.

  2. Tak pernah sampai sini. Tak tahu plak ada tempat best macam ni. Nanti bolehlah bawa family bercuti kat sini juga. Sekali srkala mandi manda kat tempat macam ni memang best

  3. Moga tempat best camnie dijaga dengan baik dan kerap agar tidak dicemari atau terbiar kan. Rawlins suka mandi air panas nie sebab nak release seluruh badan kan. Lega je lepas berendam.

  4. Alamak musim panas ni macam tak sesuai nak pergi mandi kolam air panas hehehe sebab cuaca pun dah cukup panas kat luar ni hehehe tapi tempat ini sangat cantik dan terpelihara bagus lah….. Nanti boleh pergi kat Pahang ada juga banyak heheheheh tak terpergi jer….

  5. Cantik sangat keindahan alam disana.
    Masih terjaga elok. Pokok pokoknya pun nampak dijaga.
    Air sungainya pun cantik.
    Dah lama tak pergi ke tempat ada air panas.
    Seronok dapat rendam kaki..

  6. Wah bestnya ada Hot Spring dalam hutan macam ni. Tenang dan redup ja. Boleh kesana nnti kalau ke Besut. Lama dah tak mai Terengganu.hehehe. Thanks for share this abg Jmr

  7. Tempat sebegini patut dijaga sepenuhnya.
    Pengunjung wajib jaga kebersihan & keaslian tempat ni. Biar tetap bileh dikunjungi oleh generasi akan dtg.
    Teringin nak bwk anak2 ke tempat gini. Until niw, x pernah lagi tau.

  8. yes!! i hope our people really take care of the place and appreciate it! takut nanti kalau tmpat ni dah terkenal start la sampah sarap merata-rata nanti..

  9. wahh ada port baru yer..kalau tok laki tengok ni sure dia ajok pergi…dia suka sgt port2 ada air sungai ni..tengok air sungai dia takdelah deras sgt..takdelah risau sgt parents bagi anak2 mandi..kolam air panas tu bukak waktu malam x..sbb sllunya timing best nak mandi air panas waktu2 malam

  10. wahhh tempat baru ke wak..tengok air sungai dia pun tak deras mana n takdelah risau sgt parents kalau budak2 mandi..syok dpt rendam dlm air panas lepas tu rendam dlm air sejuk plak….tempat ni bukak malam2 ke..sbb sllu kalau nak berendam dlm air panas..malam2 lah best sbb mlm keadaan sejuk hihi

Leave a Reply to el Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *