April 2, 2020

Pengalaman Dayyan Dan Danish Ke Petrosains KLCC

Cerita tahun 2018, tapi aku baru nak post di tahun 2019. Dengar macam lama sangat je kan. Dengar je la, padahal baru 2,3 minggu sahaja. Aku bawa Dayyan & Danish ke Petronsains KLCC pada hari Ahad, dua hari sebelum Krismas. Kebetulan pada minggu tu juga sedang berlangsung Comic Fiesta di KLCC Convention Centre. Fuh, memang meriah dan jem teruks di segenap sudut KLCC tu. Nak masuk toilet sesak, nak beli makanan di Food Court beratur panjang dan nak masuk Petrosains pun sangat panjang. Risau gak kot kot Danish jadi not in a good mood sebab menunggu terlalu lama. Mujur aku dah beli siap-siap pass masuk Petrosains secara online. Jimat masa.

Petrosains KLCC Map

Dark Ride

Hampir sejam juga la kami beratur sebelum tiba giliran kami untuk menaiki Dark Ride. Dark Rider? Ye, ianya sebuah kenderaan yang akan membawa pengunjung melalui persekitaran gelap ke ruang pameran pertama di Petrosains. Katanya Dark Ride seperti ini merupakan satu-satunya yang ada di Malaysia. Reka bentuk Dark Ride seakan-akan titisan minyak. Dark Ride ni akan membawa rider meneroka alam fauna, gunung-ganang dan hidupan air di Malaysia.

Space

Dalam Petrosains ni, ada beberapa station atau ruang pameran berilmiah untuk penerokaan anak-anak. Banyak ilmu yang aku rasa bukan sahaja baru kepada anak-anak, tetapi juga kepada ibu ayah. Ruang pertama yang kami jumpa sebaik keluar daripada Dark Ride ialah Space. Ruang pameran di sini menjurus kepada ilmu sains angkasa lepas dan teknologi terkini yang digunakan untuk ke sana.

Serius, bukan Dayyan dan Danish je teruja, bapak diorang pun sama je. haha..biasa tengok dalam Star Wars je kan.

Di SPACE, korang boleh tahu macam mana seorang angkasawan bekerja di International Space Station (ISS). Siap boleh cuba sut yang digunakan oleh mereka. Aku paling tertarik dengan Mars Rover yang digunakan untuk penerokaan mencari hidupan lain di planet-planet lain.

Geotime Diodrama

Kemudian, kami teruskan pengembaraan ke ruangan Geotime Diodrama. Seakan-akan di bawa ke zaman purba, dewan pameran ini menceritakan tentang hidupan 200 juta tahun lepas. Zaman di mana kebanyakan petroleum dan minyak mentah mulai terhasil. Fosil-fosil dan telur dinosaur turut dipamerkan di sini. Dan semestinya ia tidak asil..haha


Ini memang tempat kegemaran Dayyan dan Danish. Mana taknyer, mula-mula masuk dah bertentang mata dengan dinosaur. Pelbagai spesis dinosaur ada kat dalam ni. Nak tahu tentang bagaimana minyak mentah terhasil juga boleh didapati di sini.

SPARKS

Seterusnya, Dayyan Danish semakin teruja sebaik tiba di ruana SPARKS. Aktiviti pertama yang menarik perhatian diorang ialah memandu jentera pengaut atau ‘kung-kang’ (nama ni Dayyan panggil sejak dia kecil lagi..) Tapi disebabkan ‘Q’ yang panjang, aku minta Dayyan & Danish mengemudikan jentera ini bersama. Comel la plak dua pekerja cilik ni buat ‘hal.

Di ruang SPARKS juga, ada pelbagai aktiviti sains yang dah biasa kita jumpa dan juga tak pernah pun aku tahu. Ada juga aku sendiri pun tak terfikir tentang ilmu itu. Rasanya semua aktiviti di sini telah dicuba oleh Dayyan Danish. Paling berpeluh bila diorang dok main Robo Match.

OIL PLATFORM

Ni tempat feveret aku. Offshore Platform! Rindu lak nak naik offshore lagi. Ini merupakan salah satu tempat kerja aku mencari rezeki dalam bidang kejuruteraan. Reka bentuk pelantar yang ada di sini sebijik sama seperti di tengah laut. ok ok, takdalah 100% sebab setiap lokasi pelantar berbeza reka bentuknya. Piping, valve, tangga, handrail, signage etc sebiji seperti yang ‘actual’.

Bila aku bercerita dengan Dayyan Danish, aku gelarkan ruang ini sebagai ‘tempat kerja ddy’. Respon Dayyan, “Tak bestnya tempat kerja ddy!!” hahah..

Dah namanya Oil Platform kan, seharusnya set coverall disediakan di sini. Lagi best, bila ada coverall dengan saiz kanak-kanak. Sempat jugalah Danish dan Dayyan ber’posing’ dengan coverall ‘kuning’. Bergaya sakan seolah-olah mereka sedang memeriksa pekerja kontraktor melakukan rutin penyelenggaraan. Satu pengalaman yang Best bagi diorang. Lagi real kalau ada air laut kat bawah pelantar ni hehe..tak pun kasi goyang sikit..hehe

SPEED

Dah penat ‘bekerja’ di Oil Platform, keseronokan Dayyan Danish diteruskan di ruang SPEED. Semua aktiviti di situ berkaitan dengan kelajuan (SPEED). Sedia maklum, PETRONAS terlibat dalam perlumbaan Formula 1. Jadi, tarikan utama di ruang ini semestinya model kereta lumba F1 bersaiz sebenar dan juga simulator F1.

Tapi sayangnya, Dayyan Danish tak layak untuk sertai aktiviti ini disebabkan ketinggian yang masih belum mencukupi. Aku pun malas nak beratur panjang. Hanya melayan Dayyan bermain simulator ski dan dua tiga aktiviti sahaja.

Sampai di sini. sudah hampir 3 jam kami di dalam Petrosains woo..seingat aku, semasa pertama kali ke Petrosains sekitar tahun 2001, takdelah sebesar ini. Sejam pun dah selesai semua aktiviti.

MOLECULE CAFE

Walaupun sepanjang perjalanan di dalam Petrosains ini dilengkapi dengan penghawa dingin, tetapi boleh tahan penat jugalah. Agak dah berkilometer aku dok pusing-pusing dalam area sini. Lenguh kaki woo. Mujur ada Molecule Cafe yang menjual minuman dan makanan ringan seperti kek, danish dsb. Harga pun takdelah tahap ‘firaun’ sangat seperti di ‘themepark’ lain.

Aku biarkan Dayyan Danish dan mommynya meneruskan perjalanan. Aku rest kejap sambil pekena neskepi panas di Molecule Cafe. Sementara masih ada tempoh lebih kurang sejam sebelum Petrosains menamatkan waktu operasi pada jam 6 petang.

Dari Molecule Cafe ke pintu keluar dah tak jauh sebenarnya. Melainkan anak-anak korang masih nak sertai setiap aktiviti di setiap ruang. Boleh tahan lama juga. Nasib aku baik, sebab Danish dah mula bosan. Laju dia berjalan menuju ke strsen Dark Ride menuju ke pintu keluar.

HARGA PASS MASUK PETROSAINS.

Aku sangat galakkan korang beli pass masuk ke Petrosains ini secara online. Jadi, tak perlulah beratur panjang di kaunter masuk. Lagi tak best sekiranya sesi korang lambat dan perlu menunggu sejam dua. Beli saja online, setkan sesi jam berapa dan dah boleh rancang perjalanan ke sana.

Untuk trip kali ini, kami dapat pakej dengan harga RM37 untuk dua dewasa, dan dua kanak-kanak, yang mana ngam ngam dengan famili kecil aku ini..hehe..Tak pasti pula pakej ini masih ada atau dah tak available lagi.

Aku kongsikan pass/tiket masuk ke Petrosains 2019.

Nak tahu lebih lanjut tentang Petrosains, bolehlah layari www.petrosains.com.my . Kat situ korang boleh check, kot kot korang ada kad yang layak untuk dapat diskaun. Lebih jimat kan!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

22 thoughts on “Pengalaman Dayyan Dan Danish Ke Petrosains KLCC

  1. Seronok la dayyan dengan danish mai sini kan…so.besaq2 nanti dayyan ngn danish nk keja offshore ke?
    Kita pernah pi ke sini masa zaman2 belajaq dekat U dulu… Utk subject petrochemical. Kahkah. Kenangan sangat. Tapi menarik la petrosains ni

  2. lama dah tak pergi pusat sains negara, haritu jalan-jalan klcc nampak tempat ni..hehee..tunggu la nanti birthday fariza bolelh datang sini..adik pun dah setahun..wah siap pakai baju tu lagi..mesti dah banyak giler tempat yang ada dekat sini kan

  3. Petronsains KLCC macam crowded right. So bad I have not bring my kids there yet. I have read many reviews about Petronsains KLCC but I have not make a visit inside before 😛 hope one day soon la

  4. Eh….RM37 saje untuk satu famili? Murahnya. Saya dan isteri sudah lama memang mahu membawa anak-anak kami untuk ke sana tapi masih belum kesempatan. Tetapi…untuk tunggu dark ride tu…agak lama kan? :/

  5. Lama sangat dah saya tak ke sini, seriously memang banyak perubahan ye. Memang betul tu bukan anak-anak je seronok bermain, parents pun boleh timba ilmu dan pengalaman baru hehe.

  6. Wahhh seronoklah Dayyan dan Danish ke Petrosains KLCC. Nampak macam dah banyak benda ada dekat sini yer. Dulu masa sy ke sana mcm xberapa menarik sgt. Membosankan pon ada. Tapi skrg nampak macam best je utk dilawati. Budak2 mesti suka pergi tempat2 mcm nie

  7. i been there before long time ago! yes it is a good place, especially for parents to spend quality time with their children while learning all the science stuff! well next time you can visit to The Top in Penang too there’s techdome which is also similar but more fun i supposed!

  8. The last time I went to Petrosains was when I was in high school. Pergi dgn kawan-kawan lol. I havent got the chance to bring my kids there. Should go one day! Cuma Petrosains macam “berat” sikit to bring my 4yo girl. Kalau Pusat Sains Negara macam relax-relax sikit. hehe

  9. Bestnyaa! Cx dari dulu lagi teringin sangat nak pergi petrosains ni tpi masih belum ada kesempatan. Harap2 nanti dpt pergi sbb dlm petrosains ni ada mcam² knowledge yg akan sentiasa buat kita teruja ntk know more. Cx suka benda² gini. Menarik snagat! Yalah, benda ada dpn mata, si baca dan kaji apa yang dipamerkan di sana. Menarik sungguh. Best betul kalau dpt masuk. Anyway, thanks for sharing here! Reallg informative!

  10. Tak pernah pegi lagi tapi memang teringin nak pegi. Banyak jugak station jalan sampai 3jam. Nasib ber aircond. Kalau tak mahu kepanasan macam kat zoo.hehe.. anak mesti teruja masuk dalam ni banyak perkara beh belajar dari dekat.

  11. Tak pernah lagi ke pertrosains klcc ni, dari anak kecik nak bawak dia..sampai sekarang belum jejak2 lagi sana, ingatkan mahal..kisahnya tak le mahai. Best jugak dalam dia ekk..nanti nak gi lah gan anak

  12. Bertuahnya Danish dan Dayyan kecik kecik dah dapat masuk petrosains. Uncle dulu sekolah menengah baru ada peluang sampai sini. Itupun seb ab lawatan sekolah, hahaha. Seriously, kat sini memang best. Banyak game yang intelektual dan attractive yang ada. Kita yang dewasa pun enjoy bila masuk sini. Apatah lagi kids

  13. I dah masuk sini 2 x dah.. satu time rombongan sekolah satu lagi time I tengah tunggu husband balik kerja… tak banyak perubahan heeee… tapi naik dark ride tu best la… hahahahha budak yang tak pergi lagi mesti suka .. tapi I ingat nak bawa anak anak I masuk lagi sekali…

  14. Wah macam best je. Ingatkan tempatni dah tutup. Last pergi tempat ni 2001. Ada rezeki nak bawa family pergi sana lagi. Mesti my parent rasa terharu. hihihihihi. dulu dorang belanja, nanti biar anak pula yang belanja dorang.

  15. Wah! Bestnyer diorang bermain sambil belajar. Saya ni dah tua bangka pun belum pernah lagi masuk ke sini. Sampai pun kat bahagian luar sahaja.

    memang sesuai la tempat macam ini supaya otak anak-anak boleh lebih kreatif dalam berfikir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *