April 10, 2020

Pengalaman Dayyan dan Danish ke Legoland Malaysia

Akhirnya, sampai juga Dayyan & Danish ke Legoland Malaysia, satu taman tema gah di Malaysia berkonsepkan permainan blok terkenal iaitu Lego. Sejak tahun lepas lagi Dayyan dok ajak ke sini. Tapi tak boleh diturutnya sangat ajakan dia, sebab tahun lepas dah ke Universal Studios. Ddy dah berjanji dengan poket, setahun sekali je boleh bawa ke taman tema yang best. Kalau tetiba setahun tu ada ke mana-mana 2,3 kali, bermakna “rezeki murah”. Jadi, Dayyan & Danish kena sentiasa doakan rezeki ddy & mmy murah..amin…yosh kita sambung coretan pengalaman ke Legoland Malaysia kali ini.

Terlebih dahulu, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada boss aku yang belanja bilik hotel 3hari 2malam. Tapi bukanlah hotel Legoland tu, tapi hotel 4 bintang di tengah bandar Johor Bahru. Yang tu, nanti nanti aku cerita. Aku pun tak pasti kena dia offer aku, tetapi rezeki tak baik tolak kan.

Kebetulan juga, hujung minggu itu juga, sepupu kepada isteri aku bertunang di Kulai. Cantiklah, sekali harung. Jadi, kami ke Legoland pada hari Jumaat, ke majlis bertunang pada hari Sabut, dan Ahad ke Johor Premium Outlet (ini bukan aku yang plan, tapi hint daripada isterii..)

Dari KL ke JB, pemanduan aku yang berhemah mengambil masa lebih kurang 5 jam. Sampai di parkir Legoland lebih kurang jam 10.30am. Jadi kau orang kiralah jam berapa kami bertolak..haha..tiba di parkir, sedang elok, hujan yang lebat mulai reda. Alhamdulillah, rezeki anak-anak aku kira. Awal-awal lagi aku dah beli tiket masuk Legoland di website KLOOK. Senang beli online ni. Kau orang pon boleh SignUp kat sini untuk kredit RM15 secara percuma. Jadi tak perlu bersusah-payah beratur di kaunter. Terus sahaja menuju ke pintu masuk, tunjuk tiket, dan dah boleh masuk.

Sebelum tu, ada kaunter untuk pemeriksaan beg. Aku ada terbaca review daripada blogger yang pernah ke sini, krew bertugas akan memeriksa beg untuk pastikan tiada makanan dari luar di bawa masuk.

Berdasarkan pengalaman kami ke taman tema lain sebelum ini, aku dah sumbat roti, biskut dan coklat kat beberapa bahagian sulit di beg galas dan juga stroller. Tapi bila tiba giliran kami, beg dan stroller kami langsung tidak diperiksa. Jimattt…

THE BEGINNING

Legoland Review

Memandangkan kami ada masa satu hari sahaja, jadi, trip kali ini tidak termasuk Water Park. Kalau tak, memang tak cukup masa. Ikutkan Dayyan dan Danish, semua ride dia nak naik. Bestnya dapat hari Jumaat dan bukan semasa cuti sekolah atau cuti umum, kami tak perlu nak menunggu lama untuk satu-satu aktiviti. Dengar cerita, kalau masa cuti sekolah, boleh tahan lama masa menunggu, kan?

LEGO CITY

Pada trip ke Legoland kali ini, aku dah isteri baru sedar yang Danish (2nd son) dah pandai berdikari dan ada keyakinan diri. Ye la, umur belum masuk 4 tahun, anak kedua, dok rumah pengasuh yang hanya jaga dia je, aku ingatkan dia seorang anak yang manja. Tak sangka, Danish sudah boleh melakukan aktiviti tanpa ditemani mmy atau aku. Awalnya, aku was-was gak boleh ke Danish ni memahami dan mengikut arahan orang lain tanpa ditemani aku atau isteri. Alhamdulillah, aktiviti di Driving School-LEGO City ni membuktikan dia bukanlah seperti yang aku risaukan. Good boy!

Aku tak risaukan sangat dengan Dayyan sebab dia memang dah ke sekolah. Jadi untuk aktiviti seperti Driving School, memerlukan dia mengikuti kelas memandu bersama peserta lain. Ibu bapa hanya dibenarkan melihat dari luar.

Selepas mengikuti kelas memandu, Dayyan perlu memasuki trek untuk diuji pemahaman mereka dalam pemanduan di atas jalan raya. Lepas ni dah boleh hantar mmy ke ofis la kan?

LEGOLAND ni terbahagi kepada beberapa bahagian seperti LEGO City, LEGO Ninjago World, Miniland, LEGO Kingdoms, Imagination etc. Alhamdulillah, semua tempat kami pusing, tapi takdelah semua ride kami sempat naik. Yang penting, kena ikut ride apa yang diorang lepas ni. Oh ye, setiap permainan kat sini, Dayyan lepas untuk naik atau perlu ditemani oleh penjaga. Cuma Danish je. Since dia baru 4 tahun, ada sesetengah permainan, dia tak dibenarkan atas sebab usia dan ketinggian.

RESCUE ACADEMY

Banyak banyak aktiviti di Legoland, kat Rescue Academy paling memenatkan pada aku. Aku je yang penat, Dayyan Danish rileks sahaja.

Mana tak penatnya. Dayyan dan Danish punyalah teruja nak “fire truck” ni untuk ke operasi memadam kebakaran. Untuk gerakkan trak ni ke bangunan yang terbakar, kena tekan dan angkat pedal seiringan. Kau ingat dua dak ni rajin sangat ke? Akhirnya, bapak diorang yang kena kerjakan semua untuk gerakkan trak ni.. Mmy lak tak nak join sama. Dah tu, bila nak pam air untuk padam api, kena pam lagi. Rasa berketul-ketul lengan aku ni ha..

legoland
Muka bangga berjaya padamkan ‘kebakaran’!

LEGO NINJAGO WORLD

Di pintu masuk LEGO Ninjago. Kat dalam tu ada Ninjago The Ride yang best giler. Mak pak dengan anak-anak boleh ride 4D Indoor Ride sambil fight dengan Great Devourer. Series teruja giler game macam ni. Aku rasa macam aku pula yang lebih menjerit sambil fight pihak musuh.

BURGER JUNCTION

Ingatkan dah bawa roti & coklat dah cukup untuk alas perut sebelum keluar. Rupanya tak. Belum sampai waktu makan tengah hari, bekalan makan dah licin. Well, beginilah gaya travel bila ada anak kecil. Makanan dan minuman memang kena standby lebih. Bila tak cukup, kenalah keluarkan bajet lebih. Untuk lunch, kami stop di Burger Station yang terletak bersebelahan dengan Dino Island. Sambil makan, sambil dengar jeritan rider roller-coaster yang menjunam ke dalam air..splash!

IMAGINATION

Bersama karater yang diperbuat daripada blok LEGO di DUPLO Playtown.

BUILD & TEST

Kat sini paling best. Sebabnya, bilik untuk aktiviti Build & Test ni ada aircond..haha..nyaman. Budak-budak tu pun seronok dok memasang blok LEGO mengikut daya imaginasi mereka.

Di ruang ini disedikan banyak gila bongkah LEGO pelbagai saiz. Boleh contruct bangunan atau kereta lumba mengikut kreativiti masing-masing. Trek untuk berlumpa kereta pun disediakan. Cumanya, nak bina kereta lumba, ibu bapa bolehlah daftar nama dan dapatkan tayar LEGO di kaunter di pintu masuk. Kemudian kena pulangkan kembali tayar yang dipinjam tu.

LEGO KINGDOM

Family Portraiture di depan Castle Stage
Castle Stage
Cubaan Dayyan meniru serigala jadian.

Sepanjang di Legoland, aku kagum giler dengan usaha diorang mencantum bongkah-bongkah LEGO yang kecil menjadi satu karakter. Bersepah aku jumpa karakter yang pelbagai di dalam ni. Tertanya juga, berapa lama diorang ambil masa untuk siapkan semua ini.

Lagi aku kagum bila aku masuk ke hall StarWars Miniland. Sekecil-kecil bongkah LEGO diorang jadikan watak-watak Star Wars yang pelbagai tu. Siap ada circuit untuk gerakkan karakter LEGO Star Wars. Gempak seyh!

LEGO STARWARS MINILAND

Kat dalam miniland ni, ada lebih 2000 model Star Wars yang diperbuat daripada bongkah LEGO!

PRAYER ROOM

Bagi pengunjung yang membeli pakej seperti kami (tak leh keluar masuk), boleh je menunaikan solat di Surau di dalam Legoland ni. Aku jumpa dua lokasi surau di dalam ni. Sempat gak menunaikan solat Zuhur + Asar di sini. Tempat bersih. Air laju. Boleh baring jap untuk hilangkan lenguh badan. Energi Dayyan dan Danish sangar luar biasa. Langsung tak penat. Berhenti sekejap untuk isi perut di Burger Station tu je. Selain itu, playing timeee…~

BOATING SCHOOL

Sebenarnya, masuk-masuk je pagi tadi, dah naik seround Boat LEGO ni. Then, sebelum keluar, sempat lagi diorang layan seround lagi. Aku dah serius pancit masa ni. Jadi, aku lepak je di kerusi di tepi “tasik” Boating School. Kau orang yang cepat penat, jangan risau. Kat Legoland Malaysia ni banyak disediakan kerusi atau port-port untuk korang berehat. Nak berjalan dari pagi membawa ke petang kat dalam ini, budak-budak seaktif Dayyan dan Danish je boleh berjalan tanpa henti..

Sebelum ke pintu keluar, setengah jam sebelum jam 6 petang, ada krew-krew dan maskot LEGO membuat persembahan tarian. Tak menarik perhatian aku, tetapi sangat menarik perhatian anak-anak yang berkunjung ke Legoland ni.

MINILAND

Ada yang tanya best ke tak Legoland Malaysia ni. Kalau nak dibanding, Legoland Malaysia dengan yang luar negara, tak boleh la kan, sebab ini Legoland pertama kami.

Dalam Legoland Malaysia Ada Watercooler Tak?

Dari hari tu lagi aku nak tanya tapi terlupa. Sebab aku ada mencari gak port refill air atau watercooler di Legoland Malaysia tetapi tak dijumpai. Atau aku salah tempat mencari ke memang tiada? Kalau tak de, macam tak bestlah. Patut kena ada. Sebab taman tema kat negara sejuk pun diorang sediakan watercooler untuk refill air. Takkan kat Malaysia dengan cuaca panas ni tak disediakan plak? Mujur kami bawa air masak cukup cukup..kalau tak, nak beli Mineral Water, RM5 gak sebotol kecil tu..huhuh..

Best Ke Legoland Malaysia?

Nak dibandingkan dengan Universal Studios, Disneyland pun tak bolehlah, tak sama. Setiap taman tema seluruh dunia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Itu yang harus diingat. Kalau semua tempat nak expect yang terbaik dan tiada cacat cela, konfem mood berhibur dengan anak-anak akan ‘cacat’.

Kesimpulannya, ini pendapat akulah kan, Legoland Malaysia memang best, terutama bila tengok Dayyan, Danish dan anak sedara aku, Airaa ‘happy’ je sepanjang kat dalam ni. Kegembiraan diorang la KPI sebenar bagi kami. Dan itu jugalah nikmat yang sebenarnya. Lagi satu, ini bukan review berbayar daripada Legoland Malaysia, tetapi pendapat ikhlas aku sepanjang seharian berada di sana.

InsyaAllah kami akan datang ke Legoland Malaysia lagi!!!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

26 thoughts on “Pengalaman Dayyan dan Danish ke Legoland Malaysia

    1. Kan..memang perlu. Hari tu pergi pun, miniature tu memang nampak pudar kalernyer. Dah bukan macam LEGO, macam Lego China je haha

  1. untunglah bos belanja hahaha..belum lgi kami ke legoland..kalau anak 4 dah berapa tiket..ada orang nak sponsor tak..tp insyallah ni pun wishlist utk anak2 juga..kalau ada rezeki sampai lah sini..budak2 kalau dpt main apa pun boleh

  2. Memang seronok la anak2 dapat pengalaman camni gi main2 kat legoland. Hehe..mesti sampai besar diaorang tak lupa. Mak bapak pun tumpang seronok sekali

  3. Legoland has always been in my wishlist since yearssss ago! Tapi x sampai sampai. Rasa jauh nya laa dari Penang nak ke Johor tu. Huhu… Tapi mummy yg teringin nak pegi sebenarnya ni.

  4. InsyaAllah nak bawa anak-anak saudara kelak ke sana – senang sikit bila rerakan dah share banyak experience maka boleh rancang dengan lebih baik kan.
    Penat ye bapa bantu anak-anak? Ke bapa yang happy lebih tu? Hahah

  5. Bestnya dapat gi Legoland..sis tak pernah lagi gi. Nak bawak anak dara yg dah besar panjang ni sure dia tak nak gi. Rasa pelik lak kalau sis gi sendiri..kena bawak anak2 buah lah nanti..:)

  6. Saya pun bercadang nak bawak keluarga pergi, tapi kenalar pilih semasa waktu cuaca tak begitu panas. :p Nampaknya memang best giler kan. Macam-macam boleh main di sana. Mungkin satu hari pun tak cukup. :p

  7. Amboi bestnya Dayyan dan Danish dapat bercuti kat sana uncle pun lama tak pergi sana rindu nak pergi Legoland ni hehehehe tak apa nanti plan nak pergi juga banyak yang baru kat sana dulu masa pergi baru buka lagi hotel pun tak ada lagi kat sana hehehehehe…

  8. Best kan dapat bawa anak2 jalan2 seharian di Legoland. Tahun lepas dah pergi, tahun ni rasa nak repeat lagi pergi Legoland sebab banyak aktiviti anak2 tak puas main.

  9. legoland ni memang besar gila, jalan sehari memang tak cukupkan, mana nak main air lagi, mana nak main permainan outdoor dia lagi..indoor lagi, memang best jugak legoland ni, dulu sebelum pergi i cakap, best ke legoland ni, bukan legoland ni untuk bebudak je ke, then bila i pergi, memang ternyata legoland best, paling best roller coaster dan ninjago,ahahhaha…. semua ah best!

  10. untung laaa budak dua orang ni dapat jalan jalan ke legoland. tapi mmg best pergi situ. heaven untuk anak anak. dah pernah sampai 3 kali dah.. tengah berangan nak tidor hotel legoland tu…

  11. Suka la budak-budak dapat pegi legoland. Banyak aktiviti yang disediakan dekat sana kan. Ibu bapa pun enjoy jugak. Nanti nak pegi jugak cuma kena plan betul2 sebab jauh dari Kedah. Hehe

  12. Baru pergi jugak hujung tahun lepas. Memang best kat sana. Tapi cuaca panas sngt time tu. Bnyak tempat yang kitaorg tak sempat singgah. Memang kena spend whole day kat sana, pastu singgah satu tempat tu sekejap2 je. hihi

  13. Best laDanish and Dayyan dpt pi Legoland ni…kalau ada yg sponsor best ni..at least jimat skit kan..haha..apapun nampak Dayyan sgt2 enjoy dengan aktiviti kat sana..x sangka rupanya banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak Legoland

  14. Bukan anak-anak jer seronok main dalam Legoland ni. Mak Pak pun sama excited! Syukur alhamdulillah rezeki dapat bawak anak-anak main dalam ni. Ada rezeki nak pegi lagi, kali ni nak masuk water themepark plak! Tentu lagi havoc

  15. untunglah bos belanja hahaha..belum lgi kami ke legoland..kalau anak 4 dah berapa tiket..ada orang nak sponsor tak..tp insyallah ni pun wishlist utk anak2 juga..kalau ada rezeki sampai lah sini..budak2 kalau dpt main apa pun boleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *