July 13, 2020

Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube.

Dua tiga hari lepas aku ada terbaca status Rakan Blogger, Safura berkongsi tentang nasihat doktor yang tidak menggalakkan penggunaan smartphone dengan kerap oleh anak-anak. Sebab utama, penggunaan yang kerap dalam tempoh yang lama akan memberi kesan ‘buruk’ kepada anak-anak.

Kesan buruk tu bermaksud ada pelbagai kemungkinan, mungkin boleh menjadi punca kepada autism dan sebagainya. Anak-anak mungkin bila terlalu aktif dengan gajet akan mula tak nak bergaul dengan orang lain, makan bersuap sambil mata tetap ke skrin smartphone, mudah hilang pertimbangan yakni cepat mengamuk..Mungkin..itu berdasarkan pengalaman doktor itulah kan. Ya, mungkin..dan Safura bersetuju dengan kemungkinan itu semua sebab itu yang sedang berlaku pada Alfi, anak kedua beliau.

Seperti biasa, ada yang setuju dengan pendapat doktor itu, dan ada yang tidak bersetuju.

Aku? Ya, aku bersetuju dengan kesan buruk akibat penggunaan gajet yang tidak dikawal oleh anak-anak.

Dayyan, anak pertama aku didedahkan dengan gajet seawal usianya. Smartphone, iPad, PC menjadi rakannya semasa aku dan isteri keluar bekerja dan Dayyan dijaga oleh arwah neneknya. Niat awal, sekadar untuk melekakan Dayyan. Jadi, senang neneknya untuk buat aktiviti lain di rumah.

Aku perasan kesan yang tak best, aktiviti pertama bila Dayyan bangun pagi ialah cari iPhone atau iPad untuk browse Youtube. Ya, Youtube tu kami tak ajar pun cara nak guna, cara nak tengok list lain. Dayyan yang explore dan tahu mana nak cari list kartun dan video yang lain.

Lagi aku rasa tak best, apabila dia mengamuk dan ketuk-ketuk iPad bila sambungan internet bermasalah dan video Youtube-nya terganggu. Belum lagi cerita amukan dia bila bateri iPad tu habis.

Sangkaan aku, pada masa tu mungkin dia masih tidak memahami. Tapi bila difikirkan balik, ianya tak normal. Berdasarkan pemerhatian aku pada Dayyan, aku membuat kesimpulan, tindakan itu bukan normal tetapi satu bentuk ketagihan.

Seterusnya aku mula mengawal penggunaan sebarang gajet untuk Dayyan.

Serius, mencabar nak hentikan aktiviti penggunaan gajet oleh Dayyan. Terutama bila bercakap tentang istiqamah. Tapi aku tahu masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan sebelum terjadi kesan yang lebih parah. Ya, memang dia akan meragam bila tak diberikan iPad atau iPhone tetapi terpaksalah menahan sabar. Lama kelamaan dia mulai OK dan boleh menerima peraturan baru ini. hehe

Cara Aku Kawal Penggunaan Gajet Oleh Anak-anak.

1# Kawal Diri Sendiri

gadget

First come first, aku sendiri yang perlu mengawal atau berhenti menggunakan gajet di depan dia. Memandangkan kerja aku menuntut lebih masa untuk aku memonitor menggunakan smartphone, kadang-kadang aku tak sedar yang aku dah leka dengannya. Masa inilah isteri aku memainkan peranan dengan menegur aku supaya lebih mengawal penggunaaan smartphone di depan anak-anak.

Pada awalnya, Dayyan atau Danish akan meminta untuk menggunakan iPhone yang berada di tangan aku. Aku tidak akan kata, “No..”, sebaliknya aku lebih suka menggunakan alasan yang aku sedang bekerja. Sampailah diorang dah faham, bila aku pegang phone, bermakna, “Ddy work..”

Ada kalanya, dia tetap meminta walaupun tiada sebarang gajet di tangan aku. Tapi aku cipta pelbagai alasan seperti “iPhone tertinggal dekat work ddy” atau “fon ddy hilang” (risau gak kata-kata ni satu doa haha) Terangkan padanya elok-elok bagi dia faham. Apabila diorang faham, lebih senang kerja aku..hehe..

2# Kawal Penggunaan Gajet Oleh Anak

Sekali-sekala aku tetap bagi Dayyan dan Danish menggunakan gajet tetapi untuk tempoh pendek. Aku buat perjanjian dengan Dayyan sebelum bagi iPhone atau iPad. Sebelum serahkan, aku akan katakan padanya, “10 minit jerr”. Bila tiba tempoh seperti yang dijanjikan, terus ambil semula.

Anak-anak ni bijak. Dia akan merayu dan buat muka comel dengan pelbagai helah. Keraskan hati demi kebaikan mereka. Sometime aku tewas bila tiba dugaan ni, tapi seperti biasa, isteri aku lebih tegas dengan anak-anak..hahaha..

3# Hentikan Pemikiran Leka Anak Dengan Gajet

tips kurangkan penggunaan gajet

Ini yang ibu bapa moden patut memulakan tindakan. Hentikanlah pemikiran yang menganggap cara terbaik nak lekakan anak-anak adalah dengan penggunaan gajet. Mungkin ramai ibu bapa lebih setuju, dengan hanya menghulurkan gajet seperti smartphone atau tablet kepada anak-anak boleh membuatkan mereka ‘diam’ daripada aktif terutama semasa menjamu selera di restoran. Ini pemikiran yang salah.

Ada banyak cara lain lagi. Contohnya, dalam handbag isteri aku sentiasa ada buku nota kecil dan pen. Dua benda ni akan dihulurkan pada Dayyan dan Danish untuk hilangkan kebosanan mereka atau ‘kill the time’ terutama semasa menunggu pesanan makanan tiba ketika makan di luar.

Atau, sediakan buku cerita atau coloring book dan pensel warna di dalam kereta. Jadi mereka ada aktiviti untuk dilakukan semasa perjalanan jauh balik kampung. Serius, cara ini lebih baik daripada menggalakkan mereka menonton Youtube di tablet atau smartphone.

#4 Ganti Masa Penggunaan Gajet

Seterusnya, gantikan masa penggunaan gajet dengan aktiviti yang lebih ceria dan sihat. Bukan makan je kena makanan sihat, aktiviti pun kenalah sihat juga kan. Contohnya, sediakan aktiviti yang menarik perhatian mereka ketika masa lapang di rumah.

Pada aku, biar mereka sepahkan ruang bermain mereka di rumah daripada mereka leka dengan Youtube di iPad. Jangan marahkan mereka bila rumah bersepah dengan permainan, tetapi ajar mereka cara untuk mengemaskan semua permainan tu kembali. Dayyan suka dengan LEGO. Aku lebih rela korbankan poket aku dengan membeli LEGO kegemaran dia daripada dok mengadap Youtube.

Walaupun Dayyan ada kisah pahit dengan LEGO, tetapi tak pernah melunturkan minatnya dengan LEGO. Selain tu, kegemaran dia sekarang juga dengan Puzzle. Ala, boleh cari di mrDiy atau kedai buku seperti Popular. Untuk satu set, tak sampai RM10 pun. InsyaAllah aktiviti berimaginasi dan kreatif seperti ini akan melatih minda dan saraf motor anak-anak dengan lebih baik.

#5 Luangkan Masa Bersama

Pada aku, anak-anak yang sibuk dengan aktiviti lain pasti tidak akan memerlukan gajet. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting. Luangkan masa bersama anak. Korbankan masa dengan menemani mereka bermain atau bawa anak-anak berjalan ke tempat-tempat menarik.

Rutin hujung minggu, aku akan membawa Dayyan dan Danish keluar ke taman, atau Toy’rUs. Memang dah menjadi kebiasaan aku untuk tidak membiarkan mereka menghabiskan masa di rumah pada Sabtu dan Ahad. Kalau ada cuti panjang, pasti kami akan balik kampung. Dan aku akan pastikan sepanjang percutian di kampung, penggunaan gajet adalah sangat terhad. Banyak aktiviti yang lebih sihat boleh dilakukan di kampung, seperti bermain pasir di pantai.

Sesekali jika ada filem baru yang sesuai untuk mereka, kami akan ke panggung wayang. Atau jika ada jemputan ke Parti Hari Jadi anak-anak kawan aku, wajib aku bawa Dayyan dan Danish ke sana. Dengan majlis sebegini, mereka boleh bersosial dengan kawan baru dalam persekitaran yang sihat.

Objektif Kita Sama

Cara aku dan cara korang mungkin berbeza. Tetapi objektif kita tetap sama. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya, anak kecil ni lebih senang dikawal dan dibentuk. Asalkan kita sedar apa yang berisiko pada anak-anak, kita kawal. Better late than never.

Paling penting, ibu bapa itu sendiri perlu tegas dan kuat dalam mendisiplinkan anak-anak menggunakan gajet.

Alhamdulillah, setakat hari ini, Dayyan dan Danish dah tak kisah sangat dengan iPhone ke, iPad ke. Dah takde kisah bangun pagi, mencari iPhone aku sebab nak browse Youtube. Dalam seminggu, ada la sekali dua aku bagi dia iPhone ni. Kalau nak tengok video, aku lebih suka diorang layan Youtube di laptop aku untuk tempoh masa tertentu.

Kalau nak tengok kartun, aku lebih suka mereka menonton di TV. Buat masa sekarang, Dayyan dan Danish akan layan kartun di Netflix menggunakan PS4 yang disambung ke TV. Since diorang tak reti nak operate Netflix menggunakan konsol PS4, lebih senang untuk aku mengawal aktiviti mereka..hehehe.

Semoga aku dan isteri terus istiqamah mengawal penggunaan gajet oleh Dayyan dan Danish. Aku sayang anak-anak aku. Aku doakan juga untuk korang semua!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

22 thoughts on “Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube.

  1. Kalau kita makan di restoran, cuba perhatikan masing masing leka dengan hp di tangan. Masa makan memang elok kita letakkan hp ke tepi dan berbual mesra dengan ahli keluarga

  2. Gadget ni memang besar skit tanggungjawab ibu bapa nak kawal. Cuma kena pantau apa mereka tonton. Kadang bukan tonton youtube yang tak berfaedah tu, dia tonton channel macam sains dan numbers. Kadang intai lagi, dah main game puzzle. So, persepsi masyarakat nampak budak pegang henfon sentiasa negatif. Sebagai ibu bapa kena juga backup anak-anak ni. Ibarat bila balik kampung la. Mesti ada yang complain, banyak main henfon, banyak makan snacks. sedangkan anak ruby bermurah hati share biskut. still org pandang negatif. Kena naikkan semangat mereka, sebab mereka tengah belajar sesuatu pada usia ni. belajar dengan parent. Di sekolah anak ruby dah guna ipad dah. kalau itu dipandang negatif. Maka, pepandailah jaga anak kita ni. Sebab tak semua nak nampak perkara ni positif. Tambahan yang bujang takda anak. Aduii cakap pandai, tapi dengan anak sedara sendiri bagi tengok youtube adult jejoget kpop. Apo! haha

  3. Mmg tu, ank mouse mommy pun terjebak dgn gajet ni. Asyik pikir gadget , game je dan kurang berminat dlm pembelajaran. Skrg ni, mouse mommy dah stop mereka. Hanya hjg minggu je blh ada gadget time. Hari biasa ialah masa utk belajar kat sekolah.

  4. betul sangat tu bro. saya sendiri yang tak ada anak ni pun runsing bila tengok ramai ibu bapa yang terlalu mengambil mudah pasal hal ni. Anak member sakng dah besar dan menghadapi masalah susah bertutur kerana selalu dengan gadget. Hurmm tak tahu nak salahkan sesiapa

  5. Btul.. Saya pun setuju.. Kadang2 bg bila perlu ja. Tpi tu la bila terlebih2 skit kesan dia kita akan nampak la… Mengamuk2 sakan tu… Eiii rasa geram sangat

  6. Anak anak orang kaya dan berjaya di barat ni kebanyakannya tak di dedahkan dengan penggunaan gajet kerana kesan negatifnya yang berkekalan pada mereka. Lepas usia mereka sampai tahap tertentu baru di beri kebenaran

  7. Part buka phone cari YouTube dan cerita kartun tu memang pelik. Sebab kita tak ajar pun, tapi kids boleh buat semua benda tu sendiri. Anak anak buah kat kampung pun macam tu. Panang tengok smartphone, dorang akan explore sendiri. Betul lah budak millenia ni Bijak bijak

    Tapi, kena control la penggunaan. Kita yang dewasa pun ketagih dengan smartphone, dorang apatah lagi. Terbaik tips ni bro. Boleh diamalkan oleh parents kat lUar sana

  8. Zaman sekarang nak kata no sngt susah pada anak-anak. Mcm liez hanya bagi anak main gadget hanya pada hari minggu selama sejam sahaja..nak matikan gadget senang je hanya off wifi.. so dia akan kata bateri habis..tak mengamuk pun tpi akan bg hp balik utk dicharge..

  9. Budak- budak sekarang memang ketagih dengan smartphone. Mmg sokong penuh dgn idea Jmr tentang cara nak elakkn dieorg main smartphone. Huhuhu

  10. Sis sampai sekarang memang tak bagi anak sis phone setiap hari..bila cuti sekolah aje boleh pakai, itu pun ada limit. Dia memberontak jugak tapi sis tak layan…now keja dia asyik melukis aje menganti phone..:D. Terpaksa buat macam tu sebab bila ada phone dia akan leka sangat dengan phone..bila panggil buat2 tak dengar..suruh buat kerja, main short cut aje, kerja rumah tak buat..haa tu yang tak suka tu

  11. Setuju semua nya!
    Memang lebih keburukan dari kebaikkan anak leka Youtube ni. Bukan mudah proses hilang kan ketagihan. Actually Youtube ni ada jer kebaikkannya andai tahu cara penggunaan nya. Terutama kids song. Belajar sambil bermain me nyanyi bersama-sama cukup membantu kanak-kanak yang speech delay. Besederhana dalam apa jua kita lakukan.

  12. Syira ada jugak terbaca post kak Rara. Memang terkesan. Sebab ramai yang tak aware pasal isu ni. Syira pun tak ajar medina main hp. So far medina banyak tengok tv atau laptop shj. Itu pun kadang laptop syira sorok hahaha kawal jugak. Tak boleh hari2 nak mengadap.

  13. Memang ramai onie tengok ibubapa yang dedahkan gajet untuk sesi memujuk terutamanya. Pelik tapi itulah yang selalu ibubapa di luar sana lakukan. Apapun, sikap dari ibubapa yang sangat penting sebenarnya supaya anak tidak lalaikan. Bagus ibubapa yang kawal anak-anak jauh dari gajet ni 😉

  14. I think most parent pun asal bagi anak main gajet adalah niat untuk educational and so on. Tapi benda ni dah jadi sebati dengan they all. They all jadi ralit dan tak boleh live apart from the gadget. Best if balance up bukan la terus tak bagi but like you said control. Bagus camtu.

  15. Nice sharing there. As a parent, I also limit my kids’ screen time. I know I need to become one first to let them learn. So I always try to spend more quality time with them instead of throwing gadgets to them.

  16. Baguslah tips dan nasihatan daripada seorang ayah yang berpengalaman ni hehehehe kita ada juga tengok anak sedara ni mak ayah mereka tak kisah bagi gadjet lepas tu biar tengok berejam-rejam sampai waktu makan pun tengok youtube tak bagus. Harap ini dapat membantu banyak ibu bapa kat luar sana yang nak didik anak cara sihat…

  17. Itu yg selalu SA bebelkan pada adik2 SA tentang penggunaan gajet pada anak-anak..pelbagai risiko yg terpaksa dihadapi..at the age of 3 years old ank2 tak bernai beegaul dengan rakan sebaya..lebih suka dengan gajet dan hanya bergaul dengan mak ayah je..ini yerjadi pada adik SA sendiri..nanti nak sekolah entah macam mana agaknya

  18. Agree with you. Nowadays kids are obsessed with gadgets. When I have my own kids, I am never going to let them touch the gadgets. Going to raise them the old school way.

  19. Cx memang tak bagi anak2 main telefon. Bagi diorang buka channel sendiri pon cx tak bagi. Banyak betul dah kes anak² sekarang yg mata jadi juling, muka jadi senget sebab asyik sgt dgn phone. Bahaya! Kesian anak² kita. Ada masa2 je boleh bg as a reward ataupon ntk kawal keadaan. Itupon ada rules. Awal² dah bgth. Cx mmg bg je anak² main sepah² dlm rumah ni. Bawa jln krluar bg dia main² dgn kawan².

Leave a Reply to Ruby Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *