March 29, 2024

Tips Pilih Pusat Jagaan Untuk Anak

Kes penderaan anak kecil di pusat jagaan makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Jenis penderaan bukan biasa-biasa lagi, ada kes sehingga meragut nyawa anak kecil yang tidak berdosa. Aku pun bingung apa salah mereka sehingga diperlakukan kejam begitu rupa.

Dibunuh kerana anak kecil itu melalak sehingga mengganggu tidur? Dilempang sekuat hati oleh mereka yang diamanahkan oleh ibu bapanya kerana apa? Kerana tidak mendengar arahan? Kerana tak nak makan? Kerana menangis? Apalah yang anak kecil seusia 8 bulan faham? Mereka tahu menangis apabila lapar, menangis apabila terasa diabaikan..itu sahaja yang mereka tahu dan faham. Kenapa perlu bertindak dengan kasar kepada mereka ya? Lagi pun itu bukan anak kau pun..

Isu sebegini menjadi kerisauan aku dan isteri pada hari pertama hantar Danish ke rumah pengasuh. Masa tu Danish hanya berusia 2 bulan lebih selepas isteri habis cuti berpantang. Begitu juga dengan hari pertama Dayyan di playshoolnya. Mana tidaknya, lebih 8 jam mereka berada di bawah jagaan orang lain. Dayyan lebih beruntung kerana pada usia 3 tahun pertama, dia dijaga oleh arwah neneknya.

Kerisauan kami, alhamdulillah tidak membawa kepada perkara buruk sehingga ke hari ini. Mungkin kami bertuah kerana pengasuh yang menjaga Danish mempunyai pengalaman mengasuh anak kecil sebelum ini. Lagi pun, pengasuh tersebut adalah rakan baik arwah mak mertua aku. Lagi best, rumahnya hanya selang dua buah rumah daripada rumah kami.

Dayyan pun, kami decide untuk menghantarnya ke Little Caliph Kelana Jaya, salah satu pusat asuhan/tadika terbaik di Kelana Jaya. Setahun di sana, alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Tahun depan Dayyan akan bertukar ke tempat baru (di bawah jenama sama). Bukan sebab tidak puas hati dengan tempat sekarang, tetapi pusat tersebut lebih dekat dengan tempat kerja baharu isteri.

Sebelum membuat keputusan untuk memilih pusat asuhan, kami memang ada melakukan sedikit ‘study’ berdasarkan pengalaman ibu bapa lain. Penting ke perkara ini?

Ya, sangat penting.

Memilih pusat asuhan perlulah diberi perhatian oleh ibu bapa sebelum membuat keputusan.

Berikut aku kongsikan tips oleh Ohsempoi yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memilih pusat asuhan yang terbaik untuk si kecil:

Tips Pilih Pusat Jagaan Untuk Anak.

1. Berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM)
Taska yang berdaftar akan sentiasa dipantau dan diwajibkan memenuhi kriteria dan piawaian keselamatan yang ditetapkan.

2. Penjaga yang terlatih dan bertauliah
Penjaga mestilah terlatih dan mempunyai sijil pengendalian kanak-kanak. Ini bertujuan supaya penjaga tahu apakah yang perlu dilakukan bagi membantu perkembangan kanak-kanak.

3. Persekitaran yang selamat
Persekitaran tempat asuhan mestilah Child Friendly. Contoh persekitaran yang selamat adalah pintu berkunci, mempunyai laluan kecemasan, bebas dari kawasan merbahaya dan peralatan tajam, mempunyai SOP yanh lengkap semasa mengambil dan menghantar anak.

4. Nisbah penjaga dan kanak-kanak
Taska yang berdaftar dengan JKM perlu mematuhi nisbah yang ditetapkan dan tidak boleh mengambil kanak-kanak melebihi bilangan yang dibenarkan. Ibu bapa perlu mengetahui bilangan kanak-kanak dan penjaga yang terdapat di taska.

5. Modul pembelajaran
Ibu bapa perlu tahu apakah aktiviti yang disediakan di taska. Bukan sekadar tempat asuhan tetapi juga menyediakan modul pembelajaran yang sesuai dengan usia mereka.

6. Menyediakan makanan seimbang
Ibu bapa perlu mengambil tahu tentang jadual pemakanan yang disediakan di pusat asuhan dan pastikan menu yang disediakan adalah pelbagai dan seimbang.

Dengan mengambil kira perkara-perkara asas memilih pusat jagaan anak seperti ini, sekurang-kurangnya ibu bapa akan berasa lebih selamat dan yakin untuk meninggalkan anak kepada penjaga di pusat asuhan ketika keluar bekerja.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Tips Pilih Pusat Jagaan Untuk Anak

  1. Pingback: URL
  2. Mencari pusat asuhan adalah Problem utama yg tetpaksa dihadapi ibubapa masa mini,apatah lg bila dah byk cite psl penderaan, jd setiap ibubapa mmg wajib menilai tempat asuhan yg terbaik utk anak mereka

  3. Kalau igtkan balik kes-kes yang ada tu memang takut nak hantar anak ke nursery atau pengasuh.. alhamdulillah dulu dapat pengasuh dan nursery yang liez kenal orgnya.. dan rapat macam saudara. Apa2 pun sebelum hantar anak kena survey dan periksa semua kelayakan mereka..

  4. Nak cari pusat penjagaan untuk anak anak bukanlah senang tapi inisisatif parent tu sendiri cari yang terbaik. Saya sendiri nak cari pengasuh cari yang betul betul ada pengalaman. Beejumoa sendiri dengan pengasuh.

  5. Bab ni memang susah la Jamar. Ruby paranoid gila memilih. Nampak dah kesan kepada anak. Dia tak makan sebab tak sedap. Nasi kicap je. Lepas tu mandi beramai-ramai. Kita sebagai parent ni macam ambil risiko hantar anak. Takda pilihan tempat lain pula tu. Cuma selalu nasihat anak. Jangan susahkan teacher. Jangan sentuh anak org lain. Kalau lapar balik rumah kita makan. Ibu masak sedap-sedap.

    Situasi taska / nursery sering tak telus. Sijil semua tu tak tunjuk pun. Cuma playschool nama besar je ada website dan tunjuk semua tu. Update ke tidak wallahualam. Pastu ada yang tadika ambil penjaga yang asal boleh aje. Muda dan berpendidikan. Bleh jaga budak ke tak, tak tau la. Fikir yang baik-baik aje.

    Ruby ada tanya. Taska ni buat transit, jaga bayi, kekanak dan daycare. Adakah masa anak di premise akan ada kelas belajar ABC ke assist kerja sekolah ke. Yilekkkkk. Akhirnya ibu juga penat kena siapkan homework while anak penat dah seharian di taska.

    Risiko zaman ni. Nak yang bagus, belanja extra. Anak happy dan kita semua boleh tidur awal lepas isyak. Yeehhaaa

  6. Sekarang ni masalah anak yang dok taska, dok rumah pengasuh memang semakin kerap. Sedih marah bila baca! Entah di mana kewarasan pertimbangan keperimanusiaan mereka. Huhuu

  7. Bukan senang bagi ibu bapa nak tinggal baby kat stranger jaga. Tapi apa boleh buat demi sesuap rezeki. Terpaksa. Dalam memilih pusat asuhan better cari yang bertauliah dan ada system baik. Yang pasti kita peace of mind.

  8. Rawlins pun kesian kepada parents yang bekerja dan terpaksa bergantung harap kepada insan lain untuk menjaga khazanah mereka yang masih kecil. Bagi yang berkemampuan, insyaAllah dapat dihantar ke lokasi penjagaan yang berkualiti. Manakala yang menjadi pengasuh, itu yang sedikit khuatir kerana pengasuh biasanya tidak berdaftar kan. Doa Rawlins moga majikan akan lebih ramai yang menyediakan kemudahan penjagaan anak-anak pekerja agar parents mereka lebih fokus dan produktif kelak.

    Eh. Panjang lebar plak Rawlins reply.

  9. agree we need to careful when choosing the right daycare or babysitter. thanks for the tips, shall share with friends that looking for babysitter for their babies.

  10. Kes dera dan kecuaian dalam penjagaan kanak-kanak semakin menakutkan sekarang ni. Dah ada anak nanti, in syaa Allah ai akan follow tips ni.

  11. Kena sabar dan ambil masa lama untuk meneliti orang dan pusat asuhan. Tidak boleh tergesa-gesa.

    Patut sebelum anak lahir lagi sudah survey orang atau pusat asuhan, jika si ibu mahu bekerja selepas habis pantang. Jangan ambil keputusan sehari dua sebelum kerja. Akibatnya teruk!

Leave a Reply to Jia Shin Lee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *