March 28, 2024

GoSawit Baja Sawit Bantu Tingkatkan Pengeluaran Dengan Kos Rendah.

Malaysia merupakan pengeluar terbesar minyak kelapa sawit dunia. Di Malaysia, lebih kurang 680 ribu pekebun kecil menanam kelapa sawit sebagai sumber pendapatan mereka. Malaysia tidak mampu bertahan menjadi pengeluar terbesar minyak kelapa sawit dunia sekiranya pengeluaran sawit tidak mampu menampung permintaan dunia.

Jangan ingat dah jadi pengeluar no.1 dunia, pengusaha-pengusaha sawit di Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah. Sekiranya bapa korang seorang peladang sawit, tanya apa masalah yang mereka pening dok fikirkan untuk menyokong pengeluaran sawit Malaysia?

Tanya pakcik-pakcik atau jiran korang sekiranya mereka seorang pengusaha ladang sawit, apakah masalah yang sedang mereka risaukan?

Kredit: Tribunnews

Apa masalah utama pengusaha sawit?

Ada 2 masalah utama; harga sawit dunia yang merundum dan pengeluaran sawit yang merundum disebabkan penyakit pokok dan sebagainya.

Masalah harga sawit dunia yang merundum memang tidak dapat dikawal.

Tetapi masalah pengeluran sawit yang merundum disebabkan oleh pokok sawit yang kurang subur boleh diselesaikan.

Apa pula penyebab utama pokok kurang subur?

Adakah formula baja itu kurang menjadi?

Atau peladang mempunyai kos yang terhad disebabkan harga baja yang terlalu tinggi?

GoSawit Baja Sawit

Pembajaan amat penting untuk tingkatkan pengeluaran tetapi jika kos baja naik terlalu tinggi  dan hasil pula kurang, maka sukar untuk mendapatkan keuntungan.

Lebih malang lagi apabila harga sawit jatuh permintaan makin berkurangan terhadap minyak sawit mentah. Apabila ini berlaku, maka jualan sawit juga akan merundum dan nilai keuntungan juga jatuh mendadak.

Inilah realiti masalah utama peladang kelapa sawit.

Apakah Penyelesaian Terbaik Mengatasi Masalah Peladang Sawit?

Ada 2 jalan penyelesaian terbaik;

  1. Meningkatkan hasil pengeluaran sawit
  2. Kurangkan kos pembajaan sawit.

Jika pembajaan cara lama (baja tabur biasa) menggunakan baja sawit yang lebih mahal dan bungkusan yang lebih berat, kini peladang sawit hanya perlu membawa sebotol baja G0Sawit yang boleh digunakan untuk pembajaan ladang sawit seluas 10 ekar!

Jimat wang. Jimat tenaga. Jimat masa.

Selain daripada 3 ‘JIMAT’ ini, aku senaraikan lagi 5 sebab lagi kenapa GoSawit patut menjadi pilihan pengusaha sawit Malaysia. Antara ialah;

  • GoSawit Turut Menyuburkan Tanah

Membantu memulih, membetulkan nilai pH tanah dan meningkatkan tahap kesuburan tanah. Tanah yang subur dapat dilihat dengan kehadiran cacing yang banyak.

  • GoSawit Memberi Zat Yang Cukup

Memenuhi kadar mineral dan makanan yang diperlukan oleh sawit.

  • GoSawit Memudahkan Proses Pembajaan

Sebotol GoSawit 500ml dapat digunakan sehingga 10 ekar @ 500 pokok dan proses pembajaan 10 ekar siap hanya Dalam 3-4 Jam sahaja!!! Saiz yang kecil mudah untuk dibawa dan cepat untuk penghantaran pos.

  • GoSawit Dicipta Dengan Formula Khas Hanya Untuk Sawit.

Sesuai digunakan untuk semua usia pokok sawit dan semua jenis tanah.

Produk GoSawit

GoSawit dikeluarkan oleh syarikat GREEN FOLIAR AGROTECH SDN BHD yang menerajui pasaran baja organik cecair di Malaysia sejak tahun 2008.

GoSawit dihasilkan atas permintaan ramai kepada produk baja sawit terbaik organik yang murah, mudah digunakan dan berkesan.

Bila Anda Perlu Membeli Baja GoSawit?

  • Pening dengan hasil sawit jadi merudum sehingga bawah 300kg per ekar.
  • Penat dengan proses pembajaan yang memakan masa dan kerja berat.
  • Runsing dengan kos pembajaan semakin meningkat dan keuntungan menurun dengan mendadak.
  • Buah kurang kualiti dan kadar perahan minyak yang kurang.
  • Musim melawas yang panjang dan hasil sawit terlalu sedikit.
  • Menghadap penyakit sawit seperti Ganoderma ‘membunuh’ pokok sawit dan menyebabkan kerugian besar.
  • Pokok sawit nampak tidak sihat dan juga terkena gejala penyakit pokok ‘PONDAN’ yang tidak memberi hasil langsung.

Kenapa Baja GoSawit Lebih Bagus Berbanding Baja Sawit Lain?

Berdasarkan testimoni-testimoni positif daripada pengguna sedia ada GoSawit, memang ketara kelebihan yang dimiliki oleh baja sawit terbaik di Malaysia ini berbanding baja tabur biasa.

Testimoni Pengguna GoSawit

Di sini aku lampirkan beberapa respon balas positif daripada pengguna GoSawit. Aku yakin sekiranya pengusaha ladang sawit di Malaysia menggunakan produk GoSawit, Malaysia akan terus kekal sebagai pengeluar minyak kelapa sawit no.1 dunia untuk tahun seterusnya.

Korang boleh hubungi Cik Lina ( no kontek di bahagian bawah) untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut dan juga khidmat nasihat tentang baja sawit terbaik di Malaysia ini.

GoSawit Baja Sawit

GoSawit Sebagai Hadiah.

Aku sangat menggalakkan mereka yang mempunyai ibu bapa sebagai pengusaha ladang kelapa sawit untuk membeli baja berkualiti tinggi GoSawit ini sebagai hadiah, tanda kasih sayang. Terutama selepas mereka membesarkan korang dengan hasil sawit.

Jika dahulu ibu bapa koranglah yang menjaga kesihatan anak kesayangan mereka, apa kata kali ini korang bantu mereka untuk menjaga kesihatan pokok sawit kesayangan mereka pula!

Dengan harga promosi RM200 sebotol, rasanya tidak membebankan anak-anak pengusaha sawit yang sudah berjaya dengan karier masing-masing. Betul tak apa yang aku cakap? Aku pasti, mereka pasti gembira melihat pokok sawit mereka berbuah lebat, seperti mana mereka melihat korang berjaya seperti sekarang ini.

Sebotol RM200 sahaja!

Kalau ada saudara-mara yang sedang mengusahakan sawit pun boleh beritahu mereka tentang kehebatan GoSawit ini, insyaAllah akan memberi manfaat kepada mereka.

Kalau setuju, jangan lengahkan masa lagi, cepat-cepat hubungi kontek di bawah ini untuk dapatkan konsultasi dan harga promosi!

Untuk pembelian baja GoSawit:

Whatsapp: Lina GoSawit – 019-7827697

Facebook: Lina GoSawit

www.gosawit.com

https://linagosawit.wixsite.com/mysite

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

22 thoughts on “GoSawit Baja Sawit Bantu Tingkatkan Pengeluaran Dengan Kos Rendah.

  1. Terbaik.
    Perkongsian teknologi terkini berkaitan kelapa sawit
    Manual oil palm harvesting is laborious and requires eccentric posture, hence its productivity is limited by the physical fitness of the harvester. Fatigue, mainly of muscle, is a major factor that would reduce harvester’s productivity.
    Manual oil palm harvesting requires harvesters to lift & carry long, heavy poles with a sickle attached at the end. Harvesters spent the longest time Carrying/Lifting, where most assistance is needed. Source :
    https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/palm_oil_passive_arm_assist_exoskeleton-68059

  2. bang jamar. macam best je baja sawit ni.bab tanam menanam ni minat jugak walaupun nak tunggu hasil tu bertahun dan berbulan lamanya.mungkin lepas ni ada rezeki boleh cuba suggest baja ni dekat orang kampung.

  3. Nama dia comel betul. Go Sawit. Tak sangka byk kekebihan dan kebaikan mennggunakan go sawit nie. Xsangka, dlm mengusahakn kelapa sawit, pon ada cabaran utk besarkan ia ya.

  4. Orang tua saya peneroka Felda. Mereka sudah tiada, Sekarang kebun sawit, upah orang je untuk buat kerja. Baja pula guna baja yang Felda bekalkan.

    Kalau ada ladang sendiri, boleh gunakan baja ni… Selain baja Felda sebenarnya boleh guna juga baja lain sebagai tambahan.

  5. Hmm produk untuk kelapa sawit ni. Bagus untuk pengusaha yang menanam kelapa sawit bagi meningkatkan pengeluaran kelapa sawit. Moga dengan adanya go sawit ni masalah yang dialami dapat di atasi

  6. dulu ayah airah pun ada ladang sawit ni memang seronok la datang tengok ladang tuu. sekarang dah tak ada boleh syorkan dekat sedara2 yang masih ada ladang je

  7. Hahh boleh bagitahu suami saya guna GoSawit Baja pula sebab kat kampung ada kebun sawit. Selalu pakai baja biasa boleh tukar pada baja ni pulak

  8. Sy cucu peneroka Felda tp yg sy tau ladang tu diusahakan secara upahan. Jadi x tau plak rupanya ada jgk mslh dgn pokok/hasil sawit ni. Sbb tgk tiap2 bulan tgk agihan hasil tuaian tu agak lumayan.

  9. Actually tak berapa minat subjek ni tapi kena baca jugak untuk tambah ilmu ye tak? Peladang kelapa sawit kena master ni sebab after all utk pertumbuhan kelapa sawit yang sihat.

  10. Ni kalau supplier brand ni boleh buat kerjasama dengan felda ke kan, lagi bagus. Senang orang orang felda nak dapatkan gosawit. Company ni pun tak payah susah susah nak promotekan barang dieorang ke sana sini

  11. oh ada product GOSAWIT yg lg jimat & mudah digunakan dgn hanya sebotol compare dgn baja sawit yg tabur yg dlm bungkusan tu ye. bgs la product ni disamping menyuburkan tanah ..ia dpt meningkatkan hasil pengeluaran sawit yg dh menurun skarang kn

Leave a Reply to Jia Shin Lee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *