March 29, 2024

8 Tips Jimat Menjelang Hari Raya Aidilfitri

8 Tips Nak Jimat Menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Dalam masa beberapa hari agi, umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Syawal, Hari Raya! Sejak 2 minggu lepas, masing-masing sibuk membuat persiapan untuk hari raya. Ada yang dah mula membeli-belah barang keperluan diri dan keluarga. Maklumlah masa tu wang gaji sudah masuk dan ada juga yang bernasib baik mendapat bonus daripada majikan. Apa lagi, shopping timeeee!!

Ada yang teruja membeli-belah sampai terlupa ‘dunia’. Sikap sebegini akan mendorong seseorang untuk terlebih belanja (overspend). Ini bukan sahaja sikap yang tidak sihat tetapi akan membebankan individu tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya kita berjaya mengawal nafus dan berbelanja dengan bijak, insyaAllah preparation untuk menyambut hari raya tidak akan menjadi satu beban, baik sebelum atau selepas hari raya. Oh ye, langkah ini bukan sahaja untuk mereka yang menyambut Hari Raya Aidilfitri, tetapi juga untuk semua perayaan.

Jom aku kongsikan Tips Jimat Menjelang Hari Raya untuk persiapan menyambut hari raya Aidilfitri:

#1 Sediakan Bajet

Seperti rutin bulanan, sediakan juga bajet untuk perbelanjaan Hari Raya. Tambahkan sedikit peruntukan untuk perbelanjaan yang tidak dijangka (duit petrol balik kampung etc) semasa di hari raya. Perlu diingat, bajet perlulah realistik dan berbelanjalah mengikut bajet. Paling penting, pastikan perbelanjaan sepanjang Ramadan (buka puasa, juadah di bazar) dikawal dengan baik. Jika tidak, pasti akan menjejaskan bajet Hari Raya kau orang.

Tips Jimat Menjelang Hari Raya

#2 Sediakan Senarai Barang 

Sebelum kau orang melangkah keluar ke shopping mall, buat ‘checklist’ barang yang hendak dibeli. Checklist tu pun biarlah realistik juga. Checklist ini akan membantu kau orang untuk mengawal nafsu membeli, tahu mana satu ‘keperluan’ dan yang mana ‘kehendak’. Dengan segala bagai SALE dan diskaun kaw-kaw, kita lebih cenderung membeli mengikut nafsu. Paling penting, pastikan senarai barang yang diperlukan adalah dalam kemampuan kita dan mengikut bajet yang telah disediakan terlebih awal.

#3 Be a Smart Shopper

Jangan mudah terpedaya dengan ‘tawaran’ yang kononnya hebat. Seorang pembeli yang bijak akan memeriksa terlebih dahulu barangan yang diperlukan untuk 2,3 kedai. Kau orang juga boleh membuat perbandingan harga melalui internet. Paling penting, membeli barangan dengan harga murah bukan bermakna boleh berbelanja melebihi bajet! Haru nanti..

#4 Tidak Semua Barang Perlukan Yang Baru

Menyambut hari raya setahun sekali, bukan bermakna setiap benda di dalam rumah perlu ditukar baru. Dekorasi hiasan rumah boleh juga di’recylcle’ atau diubah posisi untuk kelihatan lebih segar. Sama juga untuk keperluan lain seperti perabot, pakaian etc, selagi boleh pakai dan nampak elok, apa salahnya kita guna hingga lebam..haha

#5 CASH vs CREDIT

Perlu diingatkan, berbelanjalah mengikut kemampuan kita. Pendek kata, sebanyak mana ada tunai (cash) di tangan kita, itulah kemampuan kita. Elakkan berhutang atau menggunakan kemudahan kad kredit kerana ini pasti akan membebankan hidup selepas hari raya. Stick on your budget gais! Tetapi jika terpaksa, pastikan jumlah yang digunakan mampu dibayar mengikut masa yang ditetapkan.

#6 Rancang Perjalanan Balik Kampung

Rancang perjalanan balik kampung kau orang terlebih awal. Jika memandu kereta, pastikan kereta berada dalam keadaan tip-top. Servis mana yang patut terlebih dahulu. Jika balik kampung menggunakan kapal terbang, belilah tiket terlebih awal untuk mengelakkan harga yang tak masuk akal di saat-saat akhir. Lagi best sekiranya pembelian tiket kapal terbang dibuat menggunakan platform yang boleh bagi rebat atau penjimatan hebat seperti di Shopback.

#7 Asingkan Perbelanjaan Bulanan dan Bayar Bil Utilies Lebih Awal

Pastikan duit perbelanjaan bulanan (barang dapur/bil etc) diasingkan terlebih dahulu sebelum bajet untuk hari raya diadakan. Duit perbelanjaan bulanan tidak sepatutnya dicampur aduk dengan perbelanjaan persediaan sebelum hari raya dan juga semasa hari raya. Dengan langkah bijak sebegini, konfem masalah ‘lari bajet’ selepas hari raya dapat dielakkan.

#8 Jangan Lupa Menabung

Walaupun perbelanjaan hari raya hanyalah sekali je dalam setahun, tetapi ‘simpanan bulanan’ tidak harus diabaikan. Seperti saranan 10% daripada pendapatan bulanan sangat digalakan untuk dijadikan simpanan. Lagi bagus sekiranya simpanan ini dilaburkan di dalam instrumen-instrumen pelaburan yang berpotensi memberi pulangan lebih seperti Unit Trust, ASB etc. Sikap sebegini akan membantu kau orang untuk persediaan hari raya pada tahun hadapan sekaligus memberi ketenangan minda. Ye la kan, duit yang dilabur pada hari ini akan bertambah dan bolehlah digunakan untuk perbelanjaan tahun depan.

Ibarat sediakan payung sebelum hujan, insyaAllah langkah melabur ini akan membantu hidup kita pada masa akan datang. Boleh Whatsapp 017-2101282 untuk kita diskas lebih lanjut tentang pelaburan ini.

Tips Jimat Menjelang Hari Raya

Jika direnung kembali, baju baru, kereta baru, langsir baru bukanlah perkara wajib untuk menyambut hari lebaran ini. Kehadiran keluarga di sisi adalah makna yang sebenar. Tiada kebahagian menyambut hari raya tanpa keluarga.

Aku harap 8 Tips Jimat Menjelang Hari Raya Aidilfitri ini sedikit sebanyak membantu kau orang dalam membuat persiapan hari raya pada tahun ini.

Di sini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat Muslim. Semoga hari raya kali ini memberi 1001 makna dan kebahagian kepada kita semua.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “8 Tips Jimat Menjelang Hari Raya Aidilfitri

  1. Tahun ni rasanya jimat betul. Baju Melayu recycle tahun lepas punya, kasut beli untuk dua orang je, kuih seperti selalu buat sendiri. Rezeki anak-anak makcik pakcik belikan t-shirt sampai 3 helai sorang. Semoga yang memberi tu murah rezeki.

    Bertambah jimat, tak beraya di Kedah tahun ni :))

  2. Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada tuan JMR23 sekeluarga

    Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging.

    Ramadhan dah habis pun, Semoga ada rezeki jumpa lagi ramadhan tahun depan.

    Bagus tips elak pembaziran ni. Masa ramdhan pun dah banyak membazir.

    1. Waalaikumussalam Mama Hakim..selamat hari raya juga kepada mama sekeluarga. Maaf zahir batin..semoga kita semua dilimpahi berkat di bulan yang mulia ini.

  3. Kena buat tabungan setiap bulan untuk balik kampung. Kos penting balik kampung ni lebih kepada servis kenderaan, minyak dan tol. Belanja makan tak seberapa sangat…kain baju boleh berkira, begitu juga duit raya.

  4. hari Raya pasti ada setiap tahun jika panjang umur..

    tetapi kos hidup pasti naik setiap tahun…

    itu pasti..

    yang pasti keadaan rezeki..

    masih ok atau ko pada masa akan datang..

    jadi lebih baik berjimat cermat ketika ada daripada merana masa tiada

    1. Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil fitri. Ibu mohon maaf atas salah dan silap yang semestinya ada. Kerana kita manusia.

      Hutang kita bawa mati kan. Takut

Leave a Reply to Ibu zaid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *