March 28, 2024

Sup Tulang Merah Banafee Village, Johor Bahru

Banafee Village Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru

Ok aku sambung cerita makan-makan kami semasa trip ke selatan tanah air. Aktiviti wajib setiap kali ke tempat orang, pasti akan Google ‘tempat sedap sedap’ dan baca review daripada rakan-rakan Blogger yang pernah ke tempat tersebut. Aku lebih suka baca review blogger yang santai dan tak dibayar, barulah aku boleh konfemkan tempat makan tu betul-betul sedap atau pura-pura sedap..haha..Malam pertama kami dah ke restoran kacang pool sedap di Johor, malam kedua kami menjamu selera di Restoran Banafee Village yang terletak di Jalan Dato Abdullah Tahir.

Jalan Dato Abdullah Tahir terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami, GBW Hotel. Sepanjang jalan ini, ada beberapa restoran yang kelihatan meriah dengan pelanggan. Memandangkan aku dah buat keputusan untuk ke Banafee Village, restoran milik keluarga pelakon dan penyanyi terkenal Betty Banafe tetap menjadi destinasi aku. Aku tahu tentang Banafee Village ni melalui blog review. Cuma aku sedikit konpius yang mana satu sebab kat area ni ada di restoran yang mempunyai nama yang sama-sama. Last last aku ke Banafee Village yang lebih besar dan ada ruang parkir yang lebih besar di sebelah kirinya.

Three Layer Tea RM5.20

Ruang makan di Banafee Village sangat luas. Ada perkiraan mata kasar aku, boleh tempatkan lebih daripada 200 orang pelanggan dalam satu-satu masa. Jangan risau waiter tak perasan bila kau orang angkat tangan untuk buat pesanan, sebab setiap meja disediakan butang panggilan. Tekan je, pasti krew diorang akan datang ke meja kau orang!

Aku suka kedai makan sebegini. Tempat selesa, servis pantas. Tak sampai 5 minit aku membuat pesanan, air Teh 3 Layer aku pun sampai. Makanan semestinya mengambil masa sedikit lama kan.

Selesa dan pantas satu hal. Sedap pun satu hal tambah lagi!

Alhamdulillah, pesanan aku dan isteri aku pada malam itu serius sedap. Isteri aku pesan sepinggan Banafee Special Kwey Teow. Ok, menu ni memang spesel, sesuai dengan namanya. Isteri aku memang peminat tegar ‘kuew teow’ tapi ini pertama kali rasanya lain daripada lain.

bANAFEE vILLAGE jOHOR
Banafee Special Kwey Teow RM14.00

Kuew teow digoreng basah, disupport dengan isi ayam dan brokoli yang ada rasa manis-manis. Mesti kau orang tertanya rasa dia macam mana kan. Sila bayangkan, ada rasa tomyam siam, ada pedas-pedas sikit, ada masam masam dan manis dalam satu masa!

Kecur plak air liur aku hoi!

Tu belum tengok lagi apa yang aku melantak di Banafee Village ni. Sup Tulang Merah , tulang lembu 3 ketul dengan roti bakar!

Sup Tulang Merah 3 pcs RM26.00 & Garlic Bread 5 pcs RM6.00

Sebenarnya ini adalah kali pertama aku mencuba menu Sup Tulang Merah yang lebih popular di Singapura. Banyak kali dah tengok rakan-rakan post gambar sup tulang merah di sosial media. Tetapi masih belum berpeluang mencuba menu ini walaupun dah beberapa kali ke Singapura. Memandangkan di Banafee Village ini pun ada menyediakan menu ini, Johor pun terletak di sebelah Singapura, aku ON je untuk pesan Sup Tulang Merah Banafee Village ini.

Serius sedap. Unik rasa dia. Bahagian tulang yang digunakan seperti bahagian tulang untuk menu sup gear box. Tapi rasa tidak sama seperti sup gear box atau sup ayam yang biasa kita makan tu. 3 ketul pun dah cukup mengenyangkan bagi aku. Cuma, kalau dapat 10 ketul garlic bread, mahu licin sepinggan tu, yang tinggal hanya tulang sahaj!

banafee village johor bahru

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

25 thoughts on “Sup Tulang Merah Banafee Village, Johor Bahru

  1. Kita tak pernah lagi makan kacang pool dengan sup tulang racun tu…ni nak kena ajak suami pi ke JB & spore ni jjcm kt sana pulak kan

  2. I never try Sup Tulang merah and the Soup looks so unique. But I agree Johor famous with their Sup Tulang. I have tried the best one in Muar.

  3. Ya allah nampak sedap sangat sup tulang merah tu. Mcm mna lah agaknya rasa dia kan. Jadi teringin pulak. Silap timing lah baca time tgh kerja nie. Adeiii

  4. Wahh sup tulang merah. Inilah yang di tanya-tanya masa bufet ramadan hari tu. Sebab di KL ni ada bufet ramadan ASEAN. Dari negara Singapura mana sup tulang merah? Di johor beruntung dapat makan sup ni. Ruby belum pernah cuba. Jika harga Harga rm 26, harus bawa sekeluarga. Kita kongsi hehe

  5. Tak pernah dengar dan apatah lagi mencuba sup tulang merah. May be sebab warna je yg merah kan? Btw betul jugak ckp JMR tpksa review pura2 sedap. Hehehe. Ada rezeki boleh la rasa sup ni.

  6. Sup tulang merah mmg femes kt spore tp kt Johor pn ada.. Pernh juga hubby order kt restaurant area Gombak tp skarang dh tutup restorannya.. Tp sbb dh lama xingt dh rasanya.. Nmpk menarik sgt tu.. 3layers Tea pn menarik tu.. Nanti ke Johor bole la try.. Mmg akan google juga tempt mkn sedap bc review kwn2

  7. Ayyan buat muka macam tu..alaaa..rasa nak lempang je..apesal comel sangat ayyan ni…JMR memang dengki kan..SA tgh diet nasi ni..memang dah berapa hari x makan nasi…nampak sup tulang merah ni terus lapar perut

  8. Sup tulang merah? Nampak pelik sebab tak pernah lagi makan…rasanya sama dengan sup biasa tu ke? Kena cuba juga kalau pergi ke Johor ni.

Leave a Reply to nasa azman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *