April 10, 2020

Universal Studios Japan 2018

PENGALAMAN KE UNIVERSAL STUDIOS JAPAN 2018

Antara rutin tahunan aku adalah ‘spend’ masa bersama isteri & anak-anak dengan melancong ke satu tempat ‘seronok’ untuk anak-anak. Anak-anak seronok, mak pak mestilah seronok kan. Biasaya, bulan Mac setiap tahun, aku akan ambil cuti tahunan yang panjang untuk rutin ini. Lagi pun, bula Mac adalah bulan sambutan ulang tahun perkahwinan kami (9 Mac)..Oh yeah..2 in 1, save bajet..hahah..

Sekejap je setahun berlalu. Kenangan berseronok dengan anak-anak di Hong Kong Disneyland pun masih segar diingatan. Tup tup dah tiba masa untuk kami ke Universal Studios Japan! Teruja. Tak sabar. Hari hari Dayyan tanya bila nak pergi jumpa Minion. Paling mencabar, penerbangan ke Osaka selama 7 jam bersama Dayyan & Danish. Alhamdulillah, semua itu berjaya dilalui dengan ‘tenang’..:-p

BELI TIKET UNIVERSAL STUDIOS JAPAN (USJ) DI JTB MALAYSIA

Tujuan utama trip ke Osaka kali ini ialah ke Universal Studios Japan. Ini pengalaman pertama isteri, Dayyan & Danish. Mereka lebih teruja berbanding aku. Aku dah pernah ke sana beberapa kali semasa menetap di sana sebelum ini. Aku telah membuat pembelian USJ Admission Pass for 2 days daripada pihak JTB Malaysia setelah beberapa kali review sebut harga.

Bukan apa, harga dengan JTB Malaysia ini akan direview pada setiap hari Rabu (kalau tak silap aku) berdasarkan harga terkini matawang Japan Yen. Kebetulan, matawang Yen jatuh agak teruk (Ringgit kukuh) pada awal bulan Januari yang lepas. Jadi, itulah masa yang terbaik untuk aku lock harga tiket.

USJ ADMISSION PASS 2 DAYS

USJ Admission Pass boleh juga dibeli semasa berada di Japan iaitu di Lawson dsb. Aku prefer kojrang beli pass ini melalui JTB Malaysia awal-awal untuk elak beberapa perkara seperti tukaran matawang yang lebih mahal, masalah komunikasi dsb. Tiket untuk dewasa ialahYen 12,800 dan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas ialah Yen 8620. Danish tidak dikenakan sebarang bayaran sebab dia baru berusia 2 tahun 7 bulan..hehe

Oh ye,  USJ Admission Pass dari JTB Malaysia ini dalam bahasa Jepun. Kami tiada masalah bahasa since aku boleh membaca dalam bahasa Jepun tetapi agak sukar untuk korang yang tak boleh berbahasa Jepun. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah semak dengan pihak JTB Malaysia. Tu pasal, better korang beli dari sini lagi..

UNIVERSAL STUDIOS JAPAN
UNIVERSAL STUDIOS JAPAN

Dayyan & Danish ada masa 2 hari untuk berhibur dengan watak-watak kegemaran mereka di Universal Studios Japan ini. Nama je trip anniversary tetapi keutamaan tetap pada anak-anak kan. Cukuplah 2 hari untuk mereka berlari ke setiap pelusuk USJ. Nasib baik masa kedatangan kami, bukan musim cuti awam dan bukan pada hari minggu. Kalau tak, konfem penuh gila.

Tips ke Universal Studios Japan:

#1 Semak sama ada kunjungan anda pada waktu cuti awam, Golden Week atau cuti sekolah. Elakkan ke USJ pada musim ini. Konfem sesak. Bila sesak, waiting time untuk ride akan lebih panjang. 2 hari memang tak cukuplah!

#2 Beli Admission Pass dari JTB Malaysia siap-siap. Print 2,3 set untuk elak keciciran. Kalau korang nak beli di Lawson pun boleh, tapi pastikan korang minta tolong dari staf diorang. Guna ayat ini masa nak minta tolong diorang belikan, “Yuu Esu Jee no chikeeto wo kaitain desuga..”. Melainkan korang cekap Nihongo, boleh beli sendiri.

#3 Dilarang bawa makanan/minuman masuk ke USJ. Tapi boleh consider untuk makanan anak kecil. Pandai-pandai lah sorok kat mana-mana celah dalam beg tu.

#4 Download apps “Universal Studios Japan” Apps ini boleh digunakan bila korang berada di USJ. Guna apps ini untuk rancang kembara korang dalam USJ. Boleh nampak ‘waiting time’ untuk setiap ride di sini. So bolehlah pilih yang paling cepat untuk elak pembaziran masa.

#5 Belilah Express Pass bila perlu. Awal-awal aku dah set mind aku ke situ untuk anak-anak berhibur. Lagi pun, tak banyak ride yang Dayyan&Danish boleh naik, sebab tak lepas ketinggian. More kepada ride budak-budak. So takde lah stress sangat nak beratur untuk Harry Porter atau Flying Jurassic Park.

#6 Makanan HALAL. Agak mencabar untuk mencari kedai makanan halal di USJ. Kalau nak buat alas perut, popcorn Minion ada hehe..

minion popcorn

#7 Ruang Solat di Guest Room, berdekatan dengan Entry/Exit USJ.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

47 thoughts on “Universal Studios Japan 2018

  1. Hi Admin & Kawan-kawan. 🙂 mari join 💡”Singapore (SG) Tour 1-Day Trip” from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja…

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Pun ada.. Silakan tanya…

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) – Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

  2. I am actually impressed that they have prayers room ready for muslim travellers…that’s good…USJ is also on my travel wishlist…let’s hope before i reach 30 i am able to have fun at here.

  3. Fuhhh ruby pernah ke Singapore je. Panas haaaa. Kalau ke Japan mesti Universal Studio sana sejuk kan. One day memang plan ke sana. Tapi belum ada masa dan cuti yang sesuai. Tunggu anak besar skit. Hahaha

  4. My family just came back from Japan and we went to Universal Studios too. If I read your blog earlier, then I would know about the app to know which ride has shorter queue.

  5. Wahhh bestnya bercuti satu family ke universal studio japan. Mesti seronok budak2 tu kan. Yelah USS nie ibarat mcm syurga utk kanak2. Bila lah dpt merasa nk ke USS. Jangankn japan, uss singapore pon x jejak lagi. Hahahhaa

  6. Seronoknya dapat berjalan jauh macam ni tak pernah pergi disneyland lagi harap ada rezeki la
    Susah juga kalau tak faham bahasa komunikasi ni

  7. Tak cukupppppp…nak lagi entry..cepat update..letak banyak skit gambo..hahaha..eh makanan tu kalau selit2 pun diorang tau eh..susah la kalau takde makanan halal dalam tu kan…kalau ada yang boleh makan pun sure mahal kan

  8. teringin nak gi , dari kecik mak Ty balik akan cerita dan tunjuk gambar masa dia kena bertugas kt jepun – hongkong. Dah besar dah ty , tak sampai pun lagi. budak-budak suka la dapat ke sini. Tapi ty rasa ty pun leh jadi excited.

  9. wah menarik ni, husband and I pun dalam perancangan nak ke Jepun maybe next year we all nak pergi time tengah cherry blossom. thanks for sharing… seronok bawa anak-anak memang mencabar universal studios ni memang tarikan utama untuk pelancong yang datang..

  10. Seem nice the Universal Studio at Osaka. Actually I plan to go this Oct but my hubby brings his mother so have to go with Plan B. Is kind of waste if did not step in Universal Studio or Disney land.

  11. Jauh benar tuan berjalan sampai ke jepun, musim apa di jepun sekarang ya.

    Anak anak mesti suka terbang ke sana.

    Alhamdulillah atas rezeki Allah beri pada tuan sekeluarga. Semoga bertambah berkat dan bahagia.

    Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *