February 18, 2020

Dayyan@School: Online Registration- Dayyan dah Nak Masuk Sekolah Rendah!

Aplikasi Permohonan ke Tahun 1 (Online Registration)

Bermula 10 pagi 1 Mac 2018, ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada 1 hb Jan 2013 ke atas, sudah boleh mula mendaftar anak mereka ke Tahun 1 secara online. Terima kasih ke FB sebab kalau tak, aku memang tak ambil tahu pun pasal benda ni. Nasib baik ternampak ada orang dok share pasal online registration ni. Iye la, lagi 2 tahun kot Dayyan nak melangkah ke Tahun 1. Lagi pun, baru 2 bulan dia mula sesi pembelajaran di Little Caliph. Tup tup semalam dah kena buat online registration untuk ke Tahun 1..

Aku bukan nak kongsikan cara-cara daftar anak ke Tahun 1. Sebab itu semua aku serahkan pada wife aku..dia lebih pakar dan ceakp..hehe.aku just monitor je via Whatsapp “Dah setel ke belum?” then tunggu reply daripada dia “Dah..”….hah..Bab-bab komplikated macam ini memang aku serahkan kepada wife aku.

Cara Daftar Kemasukan Pelajar Tahun 1 Secara Online.

  • Boleh memohon bermula 1 Mac 2018-30 April 2018.
  • Boleh memohon di https://public.moe.gov.my/ .
  • Pengguna aplikasi baru perlu mendaftar terlebih dahulu: https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna
  • Panduan memohon boleh semak di https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf

Siapa Yang Layak Mendaftar?

Anak-anak dengan status Warganegara Malaysia yang dilahirkan pada;

  • 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (sesi persekolahan 2019)
  • 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (sesi persekolahan 2020)

Ok. Dayyan lahir pada 23 April 2013. Makna dia kena mendaftar untuk sesi persekolahan tahun 2020. Tak bestnya tahun 2020. Sebab masa tu mesti dah takde tugasan untuk subjek pendidikan sesi, ” Lukiskan kotaraya metropolitan Kuala Lumpur pada tahun 2020-Wawasan 2020″ . Dak takde imaginasi kereta terbang, motor terbang segala bagai kan. TN50?

Selepas Berjaya Buat Online Registration?

  • Jangan lupa print out.
  • Mohon cuti tahunan di ofis. Pergi ke sekolag yang dipohon. Serahkan segala dokumen dan perakuan permohonan.
  • Ini perlu dibuat sebelum 30 April 2018.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Permohonan

  1. Sijil kelahiran anak-anak yang memohon (Asal dan 1 salinan)
  2. MyKad Ibu & Bapa (asal dan 1 salinan)
  3. Surat nikah/surat cerai ibu bapa (Asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik.air sebagai bukti tempat tinggal.
  5. Laporan kesihatan doktor/kad OKU (jika perlu)

Cepat betul masa berlalu.

Rasanya baru semalam aku mengarang blogpost Pengalaman Seorang Bapa di Bilik Bersalin sebagai coretan kenangan manis aku semasa menyambut kelahiran anak pertama, Dayyan Harith. Hari ini dah nak kena daftar dia untuk ke sekolah rendah, 6 tahun selepas itu dia akan ke sekolah menengah sebelum meneruskan pengajian di peringkat universiti. Kemudian, dia akan melalui pengalaman temuduga sebelum mula bekerja. Kemudian kahwin, dapat anak…hahaha panjang lak aku melalut..

Mungkinkah ini antara simptom biasa seorang bapa yang mempunyai anak yang sedang meningkat dewasa?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

33 thoughts on “Dayyan@School: Online Registration- Dayyan dah Nak Masuk Sekolah Rendah!

  1. Super convenient website whereby, you can find school via registration at website. I like this as last time, we need to go until the school to apply.

    1. Ya, last time need to go to the selected school, this time also like that..after doing the online things, print out then stil need to go to the school to submit the docs. hehe

  2. Sekarang kak dah relex anak-anak dah besar tapi bila tgk kwn2 sibuk dgn sekolah anak masing2, teringatlah plk masa anak2 kak sekolah dulu cuma zaman skrg perbelanjaan sekolah semakim timggi kalau ibubapa yg ada anak ramai pasti bujet tak cukup.

  3. Banyak juga procedure nya yer. Dulu ingat just bawak borang n surat beranak je. Bila dah besar nie, baru tahu rupanya ada sistem dia. Thanks for sharing this info !

  4. dulu takde kan accessibility macam ni? ingat lagi mak just bawak g sekolah pastu register kat situ…
    hopefully by the timei get married n have a child will igt lagi petua ni..hwheeheh

  5. Wah..dah besar dayyan.. Baguslah sekarang dh ada sistem on9.. Memudahkan kerja ibubapa sikit… Tapi xsemua tempat bersistem mcm ini kan? Ke dah berkuatkuasa sekarang?

  6. Huwaa kejap je masa. Lagi dua tahun masuk sekolah rendah dah. Next year ruby pula berpusu-pusu register untuk Adam. Hahaha.

    Teringat masa sekolah dulu kelas lukisan untuk imaginasi tahun 2020. Ruby lukis mesin atm, lrt dan kereta terbang. Setakat ni kereta terbang je belum muncul lagi. Hahahaha

  7. Zaman makin canggih..semuanya dihujung jari..SA dulu daftar sendiri pi sekolah atau amik borang kat jabatan pendidikan..mmg leceh..tp memang kena cepat la..kalau x cepat penuh..cepatnya Dayyan nak masuk darjah satu..macam baru je semalam pangku dia masa food review

Leave a Reply to Liez Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *