March 29, 2024

Anak Lebih Degil Apabila Selalu Dimarah.

Anak Lebih Degil Apabila Selalu Dimarah.

Kesan normal apabila selalu melakukan perkara sama, perkara itu menjadi biasa tanpa meninggalkan kesan yang ketara. Pendek kata, seorang menjadi ‘immune’ atau lebih kebal pada sesuatu perkara.

Ini menjadi isu yang sering menjadi cabaran dan dilema dalam mendidik anak-anak. Tak nak dimarah, risau anak akan lebih tidak terkawal.  Nak dimarah pula, risau anak akan menjadi lebih degil disebabkan sudah ‘immune’ apbila selalu dimarahi.

Bermakna, apabila anak-anak dimarahi, perasaan takut atau ‘gerun’ apabila dimarah sudai tiada lagi. Minda dan hati mereka menjadi lebih kebal dengan kata-kata amaran.

Tidak rasa takut. 
Tidak rasa sedih.
Tidak kecil hati.
Tidak kecewa.
Tidak menangis.
Langsung tidak.

Kata orang, ‘buat dek’ saja.

Ini tanda amaran yang BAHAYA.

Kalau dari kecil lagi mereka sudah ‘buat dek’ kita marah, perjalanan kita nak bentuk mereka selepas ini SECARA TEORINYA akan menjadi begitu payah.

Betul ke Anak Lebih Degil Apabila Selalu Dimarah ?

Jawapan kepada persoalan ini ada pada respon mereka apabila dimarah.

Anak-anak akan ‘belajar’ buat keputusan sendiri dan buat kepala sendiri tanpa memikirkan kita langsung. Dari kecil lagi mereka sudah immune dengan kita, apatah lagi di usia remaja nanti.

Maka terjadilah situasi seperti remaja hari ini yang lari dengan teman lelaki/wanita tinggalkan tanpa fikirkan ibubapa, mencuri wang dapur untuk dijadikan lauk makan sekeluarga semata-mata nak beli handphone baru untuk kawan baiknya, balik lewat malam merayau-rayau sekitar kota tanpa arah tuju dan sebagainya.

Musibah itu semua tak berlaku overnight.

Itu semua berlaku dari punca bagaimana kita PERKENALKAN DIRI KITA SEBAGAI IBUBAPA DI HADAPAN MEREKA.

Dan malangnya, cukup ramai antara kita, ibubapa yang berhati-hati apabila memperkenalkan diri terhadap rakan sekerja, boss, mertua dan orang luar.

Tapi, dengan anak-anak yang MEMERHATI KITA 24 jam ini, kita tak jaga pula PANDANGAN MEREKA terhadap diri kita. Ada banyak punca.

Cukup menakutkan sebenarnya.
Tapi tak mengapa, its not the end of the world.
Jangan putus asa.

Ada satu cara untuk ibubapa selesaikan masalah ini.

InshaALLAH, tak susah. Anda cuma perlu laksanakan saja.

Anak Lebih Degil Apabila Selalu Dimarah

Pelaksanaan yang bagaimana? Lain orang lain caranya. Pelbagai cara. Cuma apa kata kita contohi cara Nabi Muhammad SAW mendidik anak supaya patuh dan taat pada orang tu.

Cara Rasullullah SAW Mendidik Anak;

#1 Menasihati

Anak yang nakal perlu diberitahu kesalahan mereka sehingga mereka memahami kenapa itu slaah, ini salah dan tidak terus mengulanginya. Nasihatlah anak baik-baik sehingga mereka betul-betul faham yang perkara yang dilakukannya adalah salah.

Rasulullah SAW bersabda kepada Abdullah bin Abbas RA, “Wahai anak kecil, sesungguhnya aku akan mengajarkan beberapa kalimat (nasihat) kepadamu: jagalah (batasan-batasan/syariat) Allah maka dia akan menjagamu, jagalah batasan-batasan (syariat) maka kamu akan mendapati-Nya dihadapanmu.

#2 Menggantung Rotan/Alat Pemukul di Dalam Rumah.

Menggantung rotan/alat pemukul di dalam rumah bukan bermaksud setiap kali anak melakukan kesalahan atau kenakalan akan dipukul. Ianya sebagai maksud tersirat dan mendidik mereka agar takut jika melakukan perbuatan yang salah.

Seperti yang dikatakan Imam Ibnu Anbari, “Rasulullah SAW tidak memaksudkan perintah untuk mengantungkan cambuk (alat pemukul) untuk memukul, kerana Rasulullah SAW tidak memerintahkan hal itu pada seorang pun. Akan tetapi yang baginda maksudkan adalah agar hal itu menjadi pendidikan bagi mereka.

#3 Menampakkan muka masam

Menampakkan muka masam merupakan salah satu cara Rasulullah SAW dalam mendidik anak yang nakal. Dengan harapan, anak akan sedar kesalahannya yang membuatkan orang tuanya kecewa.

#4 Menegur dengan suara keras

Semasa pertama kali menasihati anak yang melakukan kesalahan, tegurlah dengan lemah-lembut. Jika tiada perubahan dan masih mengulangi kesalahan yang sama maka tegurlah secara keras  supaya anak-anak sedar bahawa perbuatannya sangat tidak elok dan memudaratkan.

#5 Tidak menegur

Diamkan anak untuk beberapa saat hingga anak menyedari kesalahannya. Jika anak tetap melakukan kesalahan yang sama meskipun sudah ditegur jadi biarkan anak merasakan merasai ‘kesakitan’ akibat kelakuannya. Tetapi jika perbuatannya jelas membahayakan nyawa anak, lebih baik dihukum sebelum terlambat.

#6 Memberi hukuman ringan yang tidak melanggar syariat

Hukuman adalah jalan terakhir supaya anak tidak mengulangi lagi perbuatannya yang memudaratkan. Tetapi hukuman yang dikenakan mestilah berpada-pada dan tidak melangkaui batas syariatnya.

 

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

50 thoughts on “Anak Lebih Degil Apabila Selalu Dimarah.

  1. huhuhu.. memang mencabar jadi parent ni.. bak kata makcik2 teman.. nak kena pandai tackle anak.. jadi kawan.. jadi peneman.. jadi penyokong kuat diorang.. insyaAllah diorang akan fahami apa yang kita mahu atau tidak mahu diorang lakukan.. fuh.. memang susah nak buat tu tapi nak tak nak kena cuba..

  2. Good sharing, memang betul nak didik anak-anak zaman sekarang pula memang teruji sangat. Tambah anak-anak yang dah nak meningkat remaja macam anak-anak Kak Sue nie.. sabar banyak je lah.. ehehe..

  3. Terpanggil jua untuk komen.

    Situasi 1: Ayah melarang/ marah anak yang berjinak-jinak dengan rokok sedangkan ayah sendiri merokok.

    Situasi 2: Marah anak remaja yang memandai mencuri-curi bawa motosikal sedangkan ayah/ ahli keluarga lain selamba bawa motosikal tanpa helmet di kawasan perumahan/ memandu tanpa tali pinggang keselamatan/ tidak menggunakan lampu isyarat ketika menghampiri simpang.

    Bak kata penulis, kita terlupa anak-anak memandang dan belajar dari kita.

  4. Anak-anak menginjak remaja la ni, kena lebih berkawan dengan mereka cuma hati ibu ni kekadang terlebih protektif pada anak-anak ..mereka cepat membesar. Tq perkongsian ini.

  5. em.. dulu saya panas baran tapi bila tengok sikap anak semakin menjadi-jadi.. saya berubah.. a.. macam drama tak ? hee~ dan saya praktikkan kesemua tips yang tuan kongsikan.. alhamdulillah.. Nur Aiman ( 7 ) dan Nur Aina ( 5 ) semakin lembut dan mudah faham..

  6. Saya rasa cara yang di ajar Rasulullah ini adalah yang terbaik memang betul mula-mula kita kena nasihat bila tak dengar kita tegur dan kemudian buat tak tahu bila sampai teruk sangat pun kita hanya boleh memukul sikit untuk pengajaran tu adalah cara terakhir setuju… Walaupun tak ada anak lagi hehehehe…

  7. Tulah, tapi susah la. Sebab zaman sekarang ni lain ngan zaman kita masa kecil dulu. Kena marah terus diam. Kena rotan, tak buat lagi. Sekarang kena rotan pun dia bleh usha berdendam balik. Actually apa ada dalam kepala bebudak ni? Takkan la nak buat dek atau asyik nak bg ganjaran.

    Ruby perhatikan zaman sekarang, ibu bapa marah tapi tak lama macam parent kita dulu. Ibu bapa sekarang lebih utamakan telefon pintar. Jika dulu, lepas habis waktu pejabat. Parent balik, makan, tengok tv sesama. Sekarang jasad ada, tapi buat kerja melalui smart phone.

    Anak-anak ni memerhati. So ruby pun sedang perhatikan apa silapnya ibu bapa zaman sekarang sampai anak imune kena marah. It’s not easy.

  8. Jadi ibu bapa ni perlu mahir seni berdiplomasi

    ada masa kena tegas tapi tak garang

    ada masa kena garang

    ada masa kena lembut tapi tetap pendirian

    Ikut contoh Rasulullah selamat dunia akhirat

  9. pada saya untuk terapkan disiplin pada anak adalah menunjukkan cara kita berdisplin dalam setiap urusan harian. Bila anak buat salah ditegur sebagai peringatan. Sedih melihat ibubapa yang ringan tgn n ringan mulut memarahi atau memukul anak tanpa rasa berslah sedangkan itu adalah kesan yg bakal terkesan pd anak di hari kelak

  10. cara didikan rasulullah adalah yg terbaik. baru2 ni dgr ceramah ustaz dusuki tentang cara didik anak2 dan semua yg tuan tulis tu ada benarnya. lagi satu kalau anak2 berkelahi sesama mereka ibu bapa kena adil dan bersifat menyatu. jgn sesekali berlakon memarahi satu pihak demi menjaga pihak satu lg kerana ini salah satu punca yang membuahkan rasa dendam antara mereka.

    1. betul tu. ibu bapa perlu bersifat adil pada anak-anak. ini pun satu cabaran gak..kami yang ada 2 anak pun susah gak nak keep them calm bila diorg bergaduh.. taknak la adik/abg yg terasa..

  11. Thank you for the tips..Nak mendidik anak2 zaman sekarang lebih mencabar. Terutama jenis yang sangat degil..fuhh..salute parents yang berjaya didik anak2 yang dalam kategori degil ni…

  12. Jarang marah anak… kecuali kalau dia memang buat salah dengan niat memang nak cari masalah lepas diberi amaran atau nasihat.

    Kalau x sengaja… memang jarang la nak marah2 nie…

  13. Nice sharing…
    Sebab saya kdg2 selalu jdi tarzan dgn anak sulung tu..
    Tpi mmg duk gantung dah rotan duk tunjuk dia..kalau x dengaq ckp tu mkan diaa

  14. anak el yang sulung tu mmg dgr ckp
    yg 2 orang lagi tu adoi mmg kena kuat bersabaq
    hat kecik sekali tu x tau lagi..tp leh tahan pagainya
    hahahaha
    apa2 pun 4 anak..4 mcm perangai..bertabahlah parents mengajaq anak2..semoga anak2 menjadi orang yang baik dan soleh amin

  15. kalau ikut cara nabi ada 4 stage umur anak yg berbeza cara mendidik.insha allah kalau ikut itu anak akan akan hormati kita sebagai orang tua nya

  16. Mengajar anak2 alaf baharu ni mmg perlu cara lain tidak spt anak2 dulu … takut dimarahi ibu bapa …ttp bila difikirkan elok cara dulu cuma anak2 skg mgkin x dpt terima sbb ibu bapa mrk begitu memanjakan…

  17. Info yg sangat berguna buat mereka yg punyai anak2 kecil.
    Kalau nk marah anak ni kena ada caranya, bagitahu sb knp kita marah…tapi kenkdg terlepas jugak geram n membebel..hehehe

  18. Bukan senang nak jadi parents ni sebenarnya. Kite pun ada limit jugak. Sebab tu penting kena didik anak sejak awal ikut cakap kite. Bila diaorang dengar cakap kite, tak de lah kite asyik bertekak je dengan dieornag

  19. Ada pepatah cakap cara percakapan parents dgn anak2, will be the children inner voice. Bukan senang jugak nak jadi parents, nak jaga dan bentuk anugerah dari Allah.

Leave a Reply to atiehilmi dot com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *