4 Menu Sedap Wajib Cuba di Restoran Jamal Mohamed, FAM Kelana Jaya.
Sebelum aku terus berkongsi rasa 4 Menu Sedap Wajib Cuba di Restoran Jamal Mohamed, FAM Kelana Jaya ini, harus diingat, rambut kita mungkin sama hitam, nafsu dan rasa lidah kita pasti tidak sama. Sekadar ingin bercerita pengalaman aku menjamu selera di restoran ini. Ini juga antara tempat dating aku dengan isteri kalau dah rindu waktu bekerja. Apa kau ingat Fazura&Fattah Amin je boleh rindu-rindu??
Sebenarnya Restoran Jamal yang terletak di depan Wisma FAM Kelana Jaya ini adalah restoran mamak yang bukan sekadar ada nasi kandar. Ada pelbagai lagi menu dengan variasi citarasa.
Aku tak pernah jumpa lagi restoran mamak yang berkongsi dengan stall-stall lain macam ini. Restoran Jamal berkongsi ruang dengan beberapa stall masakan lain seperti Penang Fried Kueh Teow, Nasi Ayam, Wantan Mee, Nasi Lemak Kangkung, Pisang Goreng Cheesa dan juga Laksa Sarawak. Yang penting, semua makanan ini HALAL .
Biasanya aku lepak di sini pada waktu makan tengah hari waktu bekerja. Meja memang penuh, padat dan sendat! Pandai-pandailah kau cari meja kosong. Tapi kali ini, aku datang bawa dua hero aku waktu makan tengah hari di hari minggu. Agak kosong. Panas? Of kos! Waktu tengah hari kot. Ada kipas je pun, bukannya ekon. Nak ekon pergi makan KFC!
Jadi, mari aku kongsikan 4 Menu Kegemaran Aku di Restoran Jamal Mohamed ni…
#1 Wan Tan Mee (Dada Ayam)
Menu yang acap kali aku pesan. Mee yang direbus dan dicelup dengan kicap. Ada lak roasted chicken bahagian dada dibaringkan atas mee kicap tu. Sedikit sayuran segar yang direbus diletakkan bersama. Biasanya sayuran aku jadi banyak sebab isteri akan campakkan sayuran dia ke dalam pinggan aku. Jenuh aku nak habiskan!
Nak leleh lagi, makan bersama cili potong pedas gila nak mati….!
#2 Yong Tau Fu Goreng
Menu ni biasanya aku padankan dengan Wan Tan Mee tu tadi. Tapi untuk menu ini perlu pesan daripada stall sebelah stall Wan Tan Mee itu. Pilih je bahan-bahan ikut selera & nafsu kau. Feveret aku mesti kena ada wan tan, dan lain-lain seperti gambar di atas.
Aku pun tak pasti apa namanya. Kemudian, bagi kat ‘chef’ di stall tu, minta nak digoreng. Selain daripada goreng, ada pilihan untuk ‘rebus’ juga.
Nak diet, pilih rebus. Nak tambah kolestrol, pilih goreng. Haha.. Harga macam ni lebih kurang RM7..ok la kan. Kenyang untuk 2 atau 3 orang.
#3 Nasi Ayam Hainan.
Aku jarang makan nasi ayam di luar. Sebab bagi aku, nasi ayam umi aku paling sedap di dunia. haha..Kali ini, aku pesan nasi ayam hainan untuk Dayyan & Danish. Kalau sebelum ini, sepinggan nasi ayam dah cukup untuk 2 hero aku, tetapi kali ini tak cukup untuk mereka. Kena minta nasi tambah (RM2) pula.
Berselera betul anak-anak aku makan. Ayam tu sama je rasanya dengan ayam wan tan mee aku di atas. Rasa? “Sedap!” kata Dayyan…
#4 Nasi Lemak Kangkung
Eh mana kangkungnya?
Ok. Aku makan sebelum ini ada je kangkung. Tapi kali ini tiada kangkung. Jawab abang nasi lemak kangkung ni, “Kangkung habis dikkk”..Yang aku punya ni pun dah pinggan yang terakhir kot. Laku betul nasi lemak kangkung brader ni.
Ye la, mana taknya. Selain ‘signature’nya tang kangkung tu, nasi ini pun cukup berlemak dengan rasa santannya. Ayam goreng series lagi sedap & garing daripada ayam goreng mamak..hehe..Kuantiti memang tak beragak. Kualiti rasa pun sedap. RM7 untuk sepinggan ni aku rasa berbaloi la kan. Ke ada yang cakap mahal lagi?
Kalau kau tak berminat dengan ayam goreng rangup tu, ada juga lauk-pauk lain yang boleh dipadankan dengan nasi lemak kangkung tu. Ada paru, telur gerung, ayam rendang dll. Tepuk dada tanya selera.
Oh ye, aku pernah makan nasi kandar kat sini. Tiada yang unik bagi aku. Sama sahaja dengan menu di restoran mamak lain. Untuk trip seterusnya, mungkin aku akan cuba menu Laksa Sarawak. Nampak menarik tetapi macam tak ramai je yang pesan.
Eh ada yang komen, ” Ini je tempat dating kau bro????” .. suka hati akulah nak dating kat mana pun. Series, kalau pasangan kau asyik nak dating di tempat yang ada ekon, makan dalam pinggan emas, sekali makan kena bayar RM 3angka. Bila ajak makan tempat panas sikit, mula tarik muka. Muncung je. Haa masa ni korang wajib berwaspada…hahaha.
oh ye, agak-agak Presiden FAM pernah makan kat sini tak?
Burpp alhamdulillah..
Alamat :Restoran Jamal Mohamed
24, Jalan SS5A/9
Kelana Jaya
GPS: 3.095372, 101.605484
dah pergi hari ahad yang lepas, tapi semua gerai-gerai tersebut tak bukak, sangat kecewa. Tanya gerai satay, buka pagi sahaja dan tutup pada hari minggu. Harap maklum ya semua
wei kedai nampak cam kedai mamak, tapi menu international sungguh ekkkk bagus nie
haha. pelik juga nasi lemak kangkung tapi takde kangkung
Ruby suka ke restauran yang ala-ala hawker food stall. Macam restoran cina, bahagian minuman je owder dengan taukey restoran. Makanan boleh pilih ikut selera kita. Suka wantan mee. Nanti nak cuba! Hari-hari mesti penuh customer kan kedai ni. Nak datang masa brunch. hehe
wah… semua nampak sedap2 belaka. terliur tengok. nanti singgah kelana jaya nak trylah pergi kedai ni
lama dah tak makan wantan mee
Nampak menarik…kena singgah makan ni
Hilang la trademark kalau nasi lemak kangkung tapi kangkung tiada. hihi
Ada tempat makan sedap rupanya kat kelana jaya tu
Patutlah tuan senang pergi sunway pyramid tu
Sebab rumah tak jauh kan
Food truck kat belakang anggerik Mall pun dekat je
Ika paling suka nasi ayam hainan. Nanti kalau dtang sini. Ika nk cuba menu lain pula.
Mana x penah sampai lg sini. Wah mcm best lah makan kt sini
Aduh wantan mee tu.mngugat sgguh selera saya
tu dia..nampak sedap oii
wow mee rebus dan dia punya nasi lemak nampak sedap gila ! 🙂
ada mee rebus tak pernah makan lagi kat sini hehe..
Restoran ini dekat dengan tempat tinggal lama LZ di Jalan SS 5A/10.. Just walking distance, memang best banyak pilihan makanan seperti yang JMR kongsi..
Yeke. Bestnya. Boleh jalan kaki je ke Restoran Jamal ni.. mesti dah banyak cuba menu kat sini ek
Adehhh!!! terliur la dengan wantan mee tu.
Biasa makan wantan yang kat food court JJ ni jer….
Nama Jamal macam familiar sangat dengan Jamal Pak Tongkol hiks! #gurauje
hahahaha i was attracted by the name nasi lemak kangkung jugak! but it would be disappointed not to see kangkung! haha
Saya nak datang, saya suka Mee Wantan.
Mcm mna agaknya nasi lemak kangkung tu. Adakah dia bubuh sekali tumisan kangkung atau kukus nasi lemak tu bersama kangkung. Apa2 pon semua menu nmpk sedap !
Oo kat Kelana Jaya ye. Boleh la cuba nanti. Restoran mamak ni cam best. Ada menu lain jugak. So boleh try banyak jenis makanan.
Cara JMR describe nasi lemak tu memnag best!
Mengancam betul tengok nasi lemak kangkung tu. Tak pernah lagi try. Nk juga tahu camana rasa nasi lemak kangkung. Mesti umphhh ni
4 menu ni memang menarik dan nampak sedap. Lia pernah cuba menu yang seakan kedai ni tapi kat Hollywood Ipoh. Kalau pergi area Kelana Jaya nanti nak singgah lah sini.
Amboi sampai habis kangkung nye. Lain kali jawab kat bro tu, kangkung habis boleh dapat less la bro hahahahha
Habis baca saya pun burpp…opss…alhamdulillah.
Kalau ke area sini, menu2 yg dicadangkan tu mmg wajib cuba. Gambar pun dah nmpk sedapp…
I nak coba semua. nampak delicious sangat la
alamal mee wantan tu la fav nak kena cari nie. hope sedap mcm dalam gambar. tq share
Nanti boleh cuba menu yang disuggestkan bila ke kedai ni
Wantan Mee , Nasi Ayam tu kegermaran TB .. Kalau ada lalu sini boleh lah singgah restoran jamal mohamed ni .. insyaallah
Banyaknya pilihan. Macam bukan menu kebiasaan kedai mamak je….kalau saya lah…wantan mee tu nampak sedap…..
Hahaha. betul tu. sesekali kena bawa si dia ke tempat macam ni juga. selain sekadar ‘menguji’, memang makanan kat tempat macam ni pun sedap – atau lebih sedap dari kedai makan eksklusif.
baru tadi makan nasi ayam hainan. burp jugak baca entri ni. XD
Nasi ayam dengan nasi lemak kangkung tu mmg fav saya. Kalau datang sini, mmg makan 2 tu je.
Memang ramai orang bagi green light dan review positif
Terbaik tempat ni
oishii..
apa lagi..repeat lagi lagi!
Sekali makan 3 pinggan ya tuan
Dahsyat tu
Hehe
Oh lupa, kongsi berdua kan
Memang betul tu, kalau dah biasa dimanjakan
Masa susah nanti tak tahan telingan. Sama juga dengan anak anak
Wajib ajar mereka hakikat kehidupan
uiks 3 pinggan tu dah over sangat. sepinggan pun dah cukup kat sini. dah cukup kenyang