March 29, 2024

4 Menu Sedap Wajib Cuba di Restoran Jamal Mohamed, FAM Kelana Jaya.

4 Menu Sedap Wajib Cuba di Restoran Jamal Mohamed, FAM Kelana Jaya.

Sebelum aku terus berkongsi rasa 4 Menu Sedap Wajib Cuba di Restoran Jamal Mohamed, FAM Kelana Jaya ini, harus diingat, rambut kita mungkin sama hitam, nafsu dan rasa lidah kita pasti tidak sama. Sekadar ingin bercerita pengalaman aku menjamu selera di restoran ini. Ini juga antara tempat dating aku dengan isteri kalau dah rindu waktu bekerja. Apa kau ingat Fazura&Fattah Amin je boleh rindu-rindu??

Sebenarnya Restoran Jamal yang terletak di depan Wisma FAM Kelana Jaya ini adalah restoran mamak yang bukan sekadar ada nasi kandar. Ada pelbagai lagi menu dengan variasi citarasa.

MENU RESTORAN JAMAL KELANA JAYA

Aku tak pernah jumpa lagi restoran mamak yang berkongsi dengan stall-stall lain macam ini. Restoran Jamal berkongsi ruang dengan beberapa stall masakan lain seperti Penang Fried Kueh Teow, Nasi Ayam, Wantan Mee, Nasi Lemak Kangkung, Pisang Goreng Cheesa dan juga Laksa Sarawak. Yang penting, semua makanan ini HALAL .

Biasanya aku lepak di sini pada waktu makan tengah hari waktu bekerja. Meja memang penuh, padat dan sendat! Pandai-pandailah kau cari meja kosong. Tapi kali ini, aku datang bawa dua hero aku waktu makan tengah hari di hari minggu. Agak kosong. Panas? Of kos! Waktu tengah hari kot. Ada kipas je pun, bukannya ekon. Nak ekon pergi makan KFC!

Jadi, mari aku kongsikan 4 Menu Kegemaran Aku di Restoran Jamal Mohamed ni…

#1 Wan Tan Mee (Dada Ayam)

WAN TAN MEE

Menu yang acap kali aku pesan. Mee yang direbus dan dicelup dengan kicap. Ada lak roasted chicken bahagian dada dibaringkan atas mee kicap tu. Sedikit sayuran segar yang direbus diletakkan bersama. Biasanya sayuran aku jadi banyak sebab isteri akan campakkan sayuran dia ke dalam pinggan aku. Jenuh aku nak habiskan!

Nak leleh lagi, makan bersama cili potong pedas gila nak mati….!

#2 Yong Tau Fu Goreng

Menu ni biasanya aku padankan dengan Wan Tan Mee tu tadi. Tapi untuk menu ini perlu pesan daripada stall sebelah stall Wan Tan Mee itu. Pilih je bahan-bahan ikut selera & nafsu kau. Feveret aku mesti kena ada wan tan, dan lain-lain seperti gambar di atas.

Aku pun tak pasti apa namanya. Kemudian, bagi kat ‘chef’ di stall tu, minta nak digoreng. Selain daripada goreng, ada pilihan untuk ‘rebus’ juga.

Nak diet, pilih rebus. Nak tambah kolestrol, pilih goreng. Haha.. Harga macam ni lebih kurang RM7..ok la kan. Kenyang untuk 2 atau 3 orang.

#3 Nasi Ayam Hainan.

NASI-AYAM-HAINAN

Aku jarang makan nasi ayam di luar. Sebab bagi aku, nasi ayam umi aku paling sedap di dunia. haha..Kali ini, aku pesan nasi ayam hainan untuk Dayyan & Danish. Kalau sebelum ini, sepinggan nasi ayam dah cukup untuk 2 hero aku, tetapi kali ini tak cukup untuk mereka. Kena minta nasi tambah (RM2) pula.

Berselera betul anak-anak aku makan. Ayam tu sama je rasanya dengan ayam wan tan mee aku di atas. Rasa? “Sedap!” kata Dayyan…

#4 Nasi Lemak Kangkung

Eh mana kangkungnya?

Ok. Aku makan sebelum ini ada je kangkung. Tapi kali ini tiada kangkung. Jawab abang nasi lemak kangkung ni, “Kangkung habis dikkk”..Yang aku punya ni pun dah pinggan yang terakhir kot. Laku betul nasi lemak kangkung brader ni.

Ye la, mana taknya. Selain ‘signature’nya tang kangkung tu, nasi ini pun cukup berlemak dengan rasa santannya. Ayam goreng series lagi sedap & garing daripada ayam goreng mamak..hehe..Kuantiti memang tak beragak. Kualiti rasa pun sedap. RM7 untuk sepinggan ni aku rasa berbaloi la kan. Ke ada yang cakap mahal lagi?

4 Menu Sedap Wajib Cuba di Restoran Jamal Mohamed

Kalau kau tak berminat dengan ayam goreng rangup tu, ada juga lauk-pauk lain yang boleh dipadankan dengan nasi lemak kangkung tu. Ada paru, telur gerung, ayam rendang dll. Tepuk dada tanya selera.

Oh ye, aku pernah makan nasi kandar kat sini. Tiada yang unik bagi aku. Sama sahaja dengan menu di restoran mamak lain. Untuk trip seterusnya, mungkin aku akan cuba menu Laksa Sarawak. Nampak menarik tetapi macam tak ramai je yang pesan.

Eh ada yang komen, ” Ini je tempat dating kau bro????” .. suka hati akulah nak dating kat mana pun. Series, kalau pasangan kau asyik nak dating di tempat yang ada ekon, makan dalam pinggan emas, sekali makan kena bayar RM 3angka. Bila ajak makan tempat panas sikit, mula tarik muka. Muncung je. Haa masa ni korang wajib berwaspada…hahaha.

oh ye, agak-agak Presiden FAM pernah makan kat sini tak?

Burpp alhamdulillah..

Alamat :Restoran Jamal Mohamed
24, Jalan SS5A/9
Kelana Jaya

GPS: 3.095372, 101.605484

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

38 thoughts on “4 Menu Sedap Wajib Cuba di Restoran Jamal Mohamed, FAM Kelana Jaya.

  1. dah pergi hari ahad yang lepas, tapi semua gerai-gerai tersebut tak bukak, sangat kecewa. Tanya gerai satay, buka pagi sahaja dan tutup pada hari minggu. Harap maklum ya semua

  2. Ruby suka ke restauran yang ala-ala hawker food stall. Macam restoran cina, bahagian minuman je owder dengan taukey restoran. Makanan boleh pilih ikut selera kita. Suka wantan mee. Nanti nak cuba! Hari-hari mesti penuh customer kan kedai ni. Nak datang masa brunch. hehe

  3. Ada tempat makan sedap rupanya kat kelana jaya tu

    Patutlah tuan senang pergi sunway pyramid tu

    Sebab rumah tak jauh kan

    Food truck kat belakang anggerik Mall pun dekat je

  4. Adehhh!!! terliur la dengan wantan mee tu.

    Biasa makan wantan yang kat food court JJ ni jer….

    Nama Jamal macam familiar sangat dengan Jamal Pak Tongkol hiks! #gurauje

  5. Oo kat Kelana Jaya ye. Boleh la cuba nanti. Restoran mamak ni cam best. Ada menu lain jugak. So boleh try banyak jenis makanan.

    Cara JMR describe nasi lemak tu memnag best!

  6. 4 menu ni memang menarik dan nampak sedap. Lia pernah cuba menu yang seakan kedai ni tapi kat Hollywood Ipoh. Kalau pergi area Kelana Jaya nanti nak singgah lah sini.

  7. Hahaha. betul tu. sesekali kena bawa si dia ke tempat macam ni juga. selain sekadar ‘menguji’, memang makanan kat tempat macam ni pun sedap – atau lebih sedap dari kedai makan eksklusif.

    baru tadi makan nasi ayam hainan. burp jugak baca entri ni. XD

  8. Sekali makan 3 pinggan ya tuan

    Dahsyat tu

    Hehe

    Oh lupa, kongsi berdua kan

    Memang betul tu, kalau dah biasa dimanjakan

    Masa susah nanti tak tahan telingan. Sama juga dengan anak anak

    Wajib ajar mereka hakikat kehidupan

Leave a Reply to Lokman Hakim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *