February 26, 2020

Pengalaman Dayyan Ke DEMC Children’s Day Celebration 2017. Meriah! Havoc!

DEMC CHILDREN’S DAY CELEBRATION 2017.

Ini adalah pengalaman pertama Dayyan&Danish menyertai Sambutan Hari Kanak-kanak (DEMC CHILDREN’S DAY CELEBRATION 2017) yang dianjurkan oleh DEMC, Hospital Pakar kegemaran ramai yang terletak di Shah Alam. Sebenarnya sambutan ini diadakan setiap tahun tetapi baru tahun ini aku berpeluang membawa Dayyan & Danish ke event ini. Sambutan dengan tema “Children of today, keepers of tomorrow” ini diadakan di Therapeutic Garden, DEMC bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 petang.

DEMC CHILDREN'S DAY CELEBRATION 2017

Pihak DEMC telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sambil belajar untuk kanak-kanak sepanjang sambutan ini. Sambutan dimulakan dengan aktiviti fizikal berZUMBA. Selain untuk regangan sebelum melakukan aktiviti lain, Zumba juga bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang betapa pentingnya melakukan senaman untuk hidup sihat.

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Memang seronok anak-anak berZumba sambil diiringi muzik-muzik yang rancak. Aku tengok bukan anak-anak sahaja yang seronok berZumba, ibu ayah pun turut goyang kaki gelek pinggul.

Selesai sesi Zumba ini, majlis pembukaan DEMC CHILDREN’S DAY CELEBRATION 2017 diadakan secara ringkas sebelum sambutan diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Mission Game, Photobooth, Face Painting, Sand Art dan Mewarna. Sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot DEMC, Dr.Bunny dan juga Badut.

DEMC CHILDREN'S DAY CELEBRATION

PHOTOBOOTH

Aktiviti pertama Dayyan & Danish, Photobooth. Di sini, anak-anak berpeluang menggayakan sut-sut untuk beberapa karier seperti doktor, jurutera dsb. Aku cuba terapkan semangat seorang jurutera dalam diri Dayyan, tapi nampak macam terpaksa je kan bila disuruh berposing di depan kamera.

PHOTOBOOTH

Danish pula memang teruja dengan sut seorang doktor. Sanggup dia menunggu giliran untuk dapatkan pakaian rasmi seorang doktor. Lagilah dia seronok apabila dilayan mesra oleh staf DEMC, siap tolong pakaikan sut.

KID DOCTOR

Saiz sut yang disediakan sebenarnya bukan untuk saiz Danish. Kurang-kurang umur 4 tahun ke atas baru sesuai. Terima kasih kakak-kakak DEMC sebab layankan ajer kehendak Danish. Meleret-leret jubah. Tapi takpelah, janji bila ambil gambar, tak nampak pun yang jubah tu meleret sebenarnya..haha

DOKTOR DEMC

Sekali tengok, memang ada gaya seorang doktor pakar bedah kan..Tengok lagi, macam imam Masjid Negeri pun ada gak..

Selesai bergaya sakan dengan sut doktor & jurutera, Dayyan & Dayyan join pula aktiviti mewarna. Setiap anak-anak  dibekalkan kertas dengan lukisan karakter tertentu untuk diwarnakan. Pensel warna pun kenalah kongsi-kongsi. Kalau setiap orang nak satu set, masaklah pihak DEMC nak kena sediakan kan?

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DEMC 2017

Aku kagum dengan semangat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka gembira. Bangun seawal pagi, jam 9 dah terpacak di DEMC Shah Alam ini. Mengikut salah seorang staf DEMC, Amirah Rahmat, jumlah kehadiran CHILDREN’S DAY CELEBRATION 2017 ini adalah sebanyak 2 kali ganda berbanding sambutan pada tahun lepas. Patutlah, aku rasa Therapeutic Garden ini agak sesak. Aku cadangkan, sambutan pada tahun hadapan diadakan di tempat yang lebih luas. Eh..tak silap aku, tahun depan DEMC bakal beroperasi di tempat baru berkonsepkan ‘butik eksklusif’ 19 tingkat- Hospital Pakar Wanita & Kanak-kanak DEMC! Yang ini, nanti kita cover di blogpost lain la kan..

COLOR FACE

FACE PAINTING.

Aktiviti melukis bahagian muka dengan corak-corak menarik juga menjadi pilihan ramai anak-anak pada sambutan ini. Panjang jugalah barisan yang perlu anak-anak beratur. Nasib baiklah Dayyan & Danish tidak tertarik dengan aktiviti ini. Diorang meneruskan misi Mission Game.

MISSION GAME.

Untuk Mission Game, peserta perlu mendapatkan kesemua cop-cop di passport mereka. Ada 4 aktiviti yang wajib mereka lakukan sebelum berjaya mendapat cop. Apabila misi dah berjaya, boleh redeem dengan 1 Goodies Bag yang penuh dengan barangan best daripada penaja Anmum.

FUTSAL KID

Sebenarnya untuk Mission Game ni, dikhaskan untuk anak-anak berusia 5 tahun dan ke atas. Tetapi Danish ni pun teruja nak join sama. Futsal pun dia join gak. Rajin pula staf-staf di sini melayan kerenah Danish dok menendang bola ke sana ke mari..

FOOD OR FOE

“Food or Foe” Game Booth. Mana satu makanan berkhasiat, dan yang mana yang tidak elok untuk diamalkan. Seperti dijangka, Danish akan memilih aiskrim dan cokelat sebagai makanan kegemaran. Adoyai…

CLOWN

BADUT.

Setiap sambutan yang melibatkan kanak-kanak, tidak lengkap tanpa kehadiran abang Badut. Kerja badut ni bukan senang ok. Dari jam 9 pagi lagi, dah berdiri melayan permintaan anak-anak untuk meng’transform’ belon menjadi karakter-karakter yang menarik. Ada minta pistol, ada minta pedang, ada minta tikus dsb. Bila tiba giliran Dayyan, ” Unlce Baduk, nak T-Rex boleh?” Gigih berusaha uncle Badut untuk tunaikan permintaan Dayyan. Tapi yang jadi, hanyalah sepucuk pistol….ala…

SESI BERSAMA PENAJA DEMC

SESI SOAL JAWAB DAPAT VOUCHER.

Sesi soal jawab untuk ibu bapa. Siapa yang berjaya menjawab soalan daripada pihak penaja (Gloria Jenas Coffee) dengan betul, akan mendapat voucher Gloria Jeans Coffee. Antara soalan yang aku dengar ialah, “Siapakah Khalifah Al Rasyidin?”..haa terdiam semua…

DEMC CHILDREN'S DAY CELEBRATION 2017

Ingatkan maskot Dr.Bunny sahaja yang hadir pada CHILDREN’S DAY CELEBRATION 2017 ini. Peserta dikejutkan dengan anak gajah pink sesat, maskot Carrie Junior!! Tengok tu, bukan main teruja Dayyan & Danish dengan maskot ini. Dikejarnya dari pintu masuk lagi untuk diajak bergambar bersama-sama.

DEMC CHILDREN'S DAY CELEBRATION

Sebelum CHILDREN’S DAY CELEBRATION 2017 melabuhkan tirai, kanak-kanak dihiburkan dengan Magic Show daripada Uncle Badut tadi. Multitasking betul uncle Badut ini. Ingatkan pandai buat pelbagai bentuk menggunakan belon sahaja, buat pertunjukan silap mata pun terer juga.

Jelas terpapar di wajah anak-anak ini, kegembiran dan rasa puas hati menyertai Sambutan Hari Kanak-kanak 2017 anjuran DEMC Shah Alam kali ini. Kalau ditanya pada anak-anak ini, ” Nak join lagi tak sambutan Hari Kanak-kanak di DEMC Shah Alam pada tahun hadapan?”..aku pasti jawapannya, pasti, “Nakkkkkkkkk!!!”

Tahniah kepada pihak DEMC Shah Alam kerana berjaya menganjurkan sambutan ini dengan sangat meriah.

InsyaAllah tahun depan kami datang lagi.

About DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

DEMC Specialist Hospital Shah Alam is a fast growing healthcare center in Shah Alam offering a combined spectrum of primary care, specialist services, and health wellness programs. Owns and operates by DEMC Management Sdn. Bhd., DEMC Specialist Hospital Shah Alam has carved out a growing reputation as an exclusive one-stop medical centre for the whole family. DEMC strives to continually provide uniquely differentiated service with an uncompromising commitment to service quality to all our customers.

Elegantly designed in the heart of Shah Alam city centre in Section 14, DEMC Specialist Hospital Shah Alam is now a 9-storey hospital building with the capacity of 130 beds offering a range of 50 professional medical and surgical expertise.

DEMC Specialist Hospital

No. 4, Jalan Ikhtisas,Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Laman Web: http://demc.com.my

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

47 thoughts on “Pengalaman Dayyan Ke DEMC Children’s Day Celebration 2017. Meriah! Havoc!

  1. Alahai comelnya Dayyan & Danish! hr tu time lunch lalu depan sek rendah ni, than nampak budak2 sambut Hari Kanak-Kanak. Alaaaahai meriah. comel comel je dorang happy makan es krem free. kita nak gak! tapi kita bukan kanak-kanak. cemana? hahahahahahahah

  2. Tahun depan jemput kak bee pulak ekk DEMC , kak bee bawak askar .. kasi lagi meriah .. bagsnya program mcm ni , ajar ank berseronok sambil belajar.

    Hai danish .. untie peminat uuuuu ..

  3. Seronok ye danish & dayyan sambut childrends day. Kat sini ada juga sambutan hari kanak-kanak..meriah macam ni jugak la cuma leceh sikit masa tu hujan tak berenti2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *