March 29, 2024

Tips Jimat : RM6 vs RM16

Kalau aku boleh jimat RM10 untuk setiap 2 bulan..setahun aku dah boleh jimat RM60. Bagi sesetengah orang, mungkin jumlah itu kecil, tetapi bagi aku jumlah RM60 tu tetap ada makna. Setidaknya aku dah berjaya mengamalkan tips jimat dalam kehidupan!

Puas hati. Berbaloi.

Setidaknya aku berjaya melakukan penjimatan. Bukan bermakna ‘kedekut’, tetapi berjimat 🙂

Cerita jimat apa ni?

Pasti soalan ini yang akan korang tanya.

RM6 vs RM16.

Begini ceritanya.

Sejak lahir, aku dah lupa kali ke berapa aku bawa Dayyan ke kedai untuk gunting rambut. Cuma seingat aku, pernah aku cuba potong rambut dia di rumah, tetapi hasilnya sangat menghampakan. Maklumlah, aku tiada bakat untuk jadi seorang ‘hairstylist’. Selepas itu, aku akan ke ‘hair saloon’ milik seorang ahsou di AEON Bukit Tinggi. Cas RM16 dikenakan setiap kali menggunakan servis di situ.

Bukan tidak mahu ke tempat lain, mungkin aku lebih yakin ah sou itu mampu ‘handle’ seorang budak kecil semasa proses menggunting & trim rambut.

Sehinggalah ke hari semalam.

Rambut Dayyan dah makin tebal & panjang. Sudah tiba masa untuk dipotong pendek. Minggu ni minggu gaji. Sure salun ah sou tu ramai pelanggan. Kena menunggu lama. Aku teringat pula satu kedai potong rambut milik seorang brader India. Aku pernah potong rambut di situ. Servis bagus, harga murah tetapi tiada ramai pelanggan. Mungkin kedainya tidak segah ‘hipster barber’ mahu pun salun ah sou itu.

Aku bawa Dayyan ke kedai itu. Aku tanya boleh tak potong rambut kat kedai ni. Dia geleng. Aku tanya lagi, ” nak toys?”

Dia angguk.

Aku masuk ke kedai brader ‘bhai’ . Seperti biasa, tiada pelanggan.

Aku minta dia gunting nipis tepi, pendek atas.

Brader ‘bhai’ angguk.

Guntingan demi guntingan, tak sampai 15 minit, rambut Dayyan dah kembali pendek dan rapi.

Dayyan tenang, kekadang geli sikit-sikit apabila mesin pemotong rambut lalu di sebelah telinganya.

“Berapa?”

” r m nam” jawab brader ‘bhai’

Aku tanya sekali lagi..

“RM6”

Aku hulur not 5 sekeping, not seringgit sekeping.

Murah. Pantas. Cantik hasilnya.

Kalau dibanding hasil dari salun ahsou dan kedai brader ‘bhai’ ini, tiada beza.

In fact, kat sini aku dapat jimatkan masa menunggu dan dapat jimat RM10!

Dalam ekonomi sekarang ini, langkah sebegini sangat penting bagi aku, salah satu tips jimat juga kan? Teringin gak aku untuk simpan RM1000 sebulan seperti ZAHID..

Siapa nak jadi macam ZAHID, komen “Saya nak!”

tips jimat boy haircut

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “Tips Jimat : RM6 vs RM16

  1. dulu masa aku gunting rambut masa kecik, RM3.00 je kedai kat kampung aku.tiap kali balik kampung mesti gunting rambut.haha..kedai tu besar juga la, ada lebih 10 tukang gunting, boleh katakan semuanya kenal aku dan ada tukang gunting peberet..haahaa:P

Leave a Reply to semaksaman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *