March 29, 2024

Teknik Biakkan Duit Raya Anak

Teknik Biakkan Duit Raya Anak

Masih dalam modd hari raya kan? Jemputan rumah terbuka Aidilfitiri masih ada di mana-mana. Tradisi pemberian duit raya masih ada, anak-anak sentiasa gembira. Setuju tak kalau aku katakan anak-anak paling seronok di hari raya. Bukan sahaja dapat makan sedap-sedap, pakai baju baru cantik-cantik, malah dalam sekelip mata juga mereka menjadi ‘Orang Kaya Baru’ hasil daripada kutipan duit raya daripada saudara mahu pun jiran tetangga.

Nak buat apa dengan duit raya anak-anak ni?

Aku ada terbaca Teknik Biakkan Duit Raya Anak-anak yang dikongsi oleh netizen di sosial media. Tak pasti pula sumber aslinya daripada mana, tetapi tetap aku nak kongsikan juga di sini.

1.Simpan Duit Dalam Bank

Jangan simpan duit raya anak di rumah sebaliknya masukkan terus ke akaun bank mereka. Selain bahaya kerana terdedah kepada risiko kecurian atau kehilangan akibat kecuaian, ia juga boleh menyebabkan ibu dan ayah ‘terguna’ duit anak-anak.

Sebaik-baiknya simpan duit raya anak-anak di akaun Amanah Saham Wawasan, SSPN atau Tabung Haji yang mempunyai dividen yang tinggi. Sudah pasti wang anak-anak bertambah dari semasa ke semasa.

2.Didik Berjmat Cermat

Lumrah anak-anak memang mahu berbelanja besar dengan duit raya yang diperoleh. Jangan ikutkan kemahuan mereka, semuanya mesti berpada-pada. Beli barang yang anak mahu dengan bajet sederhana, selebihnya simpan di dalam bank. Didik anak berjimat dan menghargai nilai wang.

::Apa Pelaburan yang Boleh Saya Lakukan?::

3.Sederhana Beraya

Tidak perlu berbelanja besar membuat persiapan hari raya, cukup sekadar meraikan kedatangan Syawal dengan sederhana. Amalan ini membantu anda mengawal bajet kewangan dan tidak terjebak dengan hutang. Ia juga mengelakkan ibu dan ayah meminjam duit raya anak-anak.

4.Beri Upah/Ganjaran

Ajar anak berdikari dari kecil lagi. Beri upah jika mereka membantu anda melakukan kerja rumah. Biar anak tahu jika mahukan wang, mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Teknik Biakkan Duit Raya Anak

5.Ajar Berniaga

Anak-anak cepat bosan dengan alat mainan/games. Ajar mereka menjaga alat mainan dengan elok supaya ia boleh dijual kembali. Tunjuk cara menjual barangan terpakai kepada anak menerusi online seperti mudah.my. Ia pasti membuka mata anak-anak untuk menambah tabungan mereka.

Ada 5 teknik je yang dikongsikan dalam artikel tu. Setiap orang lain-lain caranya. Mungkin ada yang sedang melakukan teknik yang sama, dan mungkin ada juga yang melakukan teknik yang berlainan. Apa sahaja teknik yang dilakukan, yang penting, matlamat dan tujuan kita sama.

Jadi, ada sesiapa yang mahu kongsi dan tambahkan lagi Teknik Biarkkan Duit Raya Anak-anak?

Boleh kongsi dan aku akan update artikel di atas dan juga kreditkan URL korang 🙂

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Teknik Biakkan Duit Raya Anak

  1. saya suka kanak-kanak jual barang terpakai, kertas, plastik dan sebagainya, sambil tuh dapat mendidik tentang kebersihan dan alam sekitar

  2. Anak dara SA pun tgh belajar meniaga…samyang ramen tu dia jual RM8 sebungkus kat kawan- kawan sekolah dia..the best part mama tukang beli…mama tak dapat percentage pun….hurmm…

  3. 2 minggu slps raya dah masukkan duit anak dalam TH, tak mahu bertangguh mcam dulu. Kalau dah terpakai susah nak ganti balik. Itu kan duit anak-amanah.

    Nak try anak berniagalah pulak.

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *