March 28, 2024

Santai bersama Anak-anak di Port Dickson. Cara Aku Travel Semasa Gawat.

Santai bersama Anak-anak di Port Dickson. Cara Aku Travel Semasa Gawat.

November 2016 adalah masa yang agak sukar kepada golongan marhaein di Malaysia. Janji Rakyat Didahulukan, umpama ‘janji tinggal janji’ . Ramai mengeluh. Petrol naik ke RM1.95/liter, minyak masak naik, gas memasak naik, tol naik dan macam-macam lagi kenaikan berlaku.

Bab kenaikan harga petrol untuk bulan ini, memang sangat terkesan kepada aku. Kenaikan RM0.10 harga RON95 pada bulan ini memberi beza banyak kilometer. Sebabnya, aku travel menggunakan kereta sangat banyak setiap bulan. Selain ke tempat kerja, aku akan balik kampung atau bawa anak-anak bercuti ke luar kawasan. Itu rutin bulanan aku.

Jangan ada yang bagi cadangan ‘cut’ rutin bulanan aku.

Bagi aku, dalam keadaan sekarang ini, untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan memang perlu tetapi ‘kejam’. Jadi aku mengambil inisiatif untuk mencari lebihan peruntukan untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan. Bagaimana?

Banyak caranya..tinggal antara NAK dan TAK NAK sahaja. Lain kali kita diskas..

Kali ini, aku just nak berkongsi kepuasan aku berjaya melakukan rutin bulanan, paling puas sebab dapat melihat keseronokan anak-anak. Alhamdulillah.

 

Travel Jarak Dekat.

Ramai yang berpegang pada prinsip, ‘petrol mahal-takleh travel-duduk di rumaha sahaja.’ Prinsip ini tak berapa betul. Korang masih boleh travel ke mana-mana tempat yang berdekatan. Contohnya, dalam kes aku, jarak dari rumah ke Port Dickson hanya sekitar 180 km pergi balik. Cuba Google tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi yang berdekatan dengan tempat tinggal korang? Pasti ada..

Cari Penginapan Murah.

Dunia di hujung jari. Ambil sedikit masa untuk membuat perbandingan antara hotel/homestay yang boleh menawarkan harga yang paling murah. Sekarang ni, banyak homestay/resort yang menawarkan harga murah sekiranya pelanggan menempah melalui online. Agoda, Traveloka, Booking etc antara laman web yang boleh digunakan untuk mencari tempat penginapan murah di tempat pelancongan.

Alhamdulillah, kami mempunyai apartmen sendiri di satu resort di Port Dickson, jadi kami tidak perlu menempah bilik penginapan lain apabila ke Port Dickson. Anyway, di Port Dickson terdapat ramai pengusaha chalet/homestay yang menawarkan harga bilik yang sangat berbaloi. Google sahaja..tetapi kalau ada pembaca / Rakan Blogger yang ingin menyewa apartmen studio kami dengan harga kawan-kawan, bolehlah menghantar email dengan subject “Sewa Apartmen TBR”  ke mjdetroit83@gmail.com .

 

Cara kita mungkin berbeza. Tetapi tujuan kita tetap sama- Melihat Senyum Gembira di Wajah Anak & Isteri..

Betul tak?

Jadi, apa tunggu lagi. Hubungi kami sekarang untuk menempah apartmen studio pada harga best!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Santai bersama Anak-anak di Port Dickson. Cara Aku Travel Semasa Gawat.

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *