September 23, 2020

RM30 untuk Sesi Keseronokan Anak-anak.

Salam hari Isnin..apa khabar hari Isnin korang? Aku doakan korang tetap bersemangat untuk meneruskan tugasan harian. Tertekan? Biasalah, hidup memang macam tu..hehehe..

Aku dah lama tak rasa ‘monday blues’. Alhamdulillah. Mungkin sebab ‘passion’ atau mungkin aku ambil pendirian untuk lebih ‘steady’ meneruskan kehidupan seharian. Atau mungkin aku puas hati ‘enjoy’ di hari minggu bersama anak-anak&isteri, menjadikan ianya ‘terapi’ yang paling best untuk meneruskan perjuangan.

Berbalik kepada topik entri, aku sebenarnya kesian dengan nasib anak bandar. Takdelah bandar mana pun sehinggakan langsung takde taman permainan sebagai tempat bermain. Ada memang ada, tapi tak sesuai dan tidak selamat untuk kanak-kanak.

 

Di mana taman permainan paling selamat?

Tempat-tempat yang berhampiran dengan rumah aku, memang takde. Mesti ada isu. Alat permainan yang tidak diselenggara dengan baik, kawasan sekitar yang bersemak-samun (risiko nyamuk aedes), persekitaran yang berhabuk/debu (kadang-kadang berjerebu dan sebagainya. Masa inilah yang aku rasa sangat bersyukur dengan masa kanak-kanak aku suatu masa dahulu di Besut, Terengganu. Udara yang segar&bersih, ada pantai dan pasir putih..kesian ko nak…hahaha..

Jadi, apabila terserempak dengan taman permainan sementara seperti Giant Sponge Bob ini, walaupun peruntukan aku ke AEON Jusco, hanyalah untuk membeli majalah, ditambah pula dengan ‘please ddy pelase ddy‘ oleh abang Dayyan, terpaksalah aku pejamkan mata.

RM15 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Newborn baby adalah percuma & adik Danish tidak dikira sebagai newborn baby. Maka, jumlah keseluruhan yang perlu aku bayar ialah RM30. haha..

Tapi tak kisah sangat, sebab aku puas hati.

 

Puas hati sebab, tengok adik Danish & abang Dayyan seronok giler kat dalam area tu. Bagi aku, tempat sebegini boleh dianggap 95% selamat, 5% lagi untuk ‘malang tidak berbau’. Bertambah puas hati aku apabila selama 2 jam, diorang bermain dengan kawan-kawan (aktiviti sosial sihat) kat dalam tu tanpa rasa penat. Kesian mommy kena menunggu.

Aku? Aku boleh setelkan pelbagai urusan dalam masa 2 jam. Ke Pejabat Pos, ke bank, ke kedai buku popular, beli roti, bayar bil telefon etc..hehehe..

Jadi, apa cerita hujung minggu korang?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “RM30 untuk Sesi Keseronokan Anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *