September 22, 2020

Kids Eat For Free @ TGI Fridays

Kids Eat For Free @ TGI Fridays. 

Kini, antara isu yang sering bermain di fikiran aku & isteri semasa ‘weekend outing’ adalah ” Nak makan kat mana?” Berbanding semasa ‘dating’ berdua, lebih senang buat keputusan. Sekarang ni kena fikir pasal anak, tempat makan itu ok ke tak, selesa tak bagi diorang, kan tak selesa, 15 minit dok situ diorang dah boring dan mula meragam.

Sejak abang Dayyan makin besar dan banyak makan, kadang-kadang aku terpaksa berkongsi makan dengan dia. Alah, lagi pun bukan selalu dia ada selera makan banyak. Biasanya aku akan pesan menu untuk abang Dayyan juga, tengok pada kuantiti makanan. Lagi syok, restoran yang kami kunjungi ada menawarkan “Kids Eat For Free”..

Ramai yang tak tahu, di Lembah Klang ni, banyak restoran/kedai makan yang menyediakan tawaran ini. Antaranya, TGI Fridays.

 

Sabtu lepas, kami ke CIMB Fiesta di Midvalley, sambil-sambil mencari barang keperluan. Ya Rabbii..ingatkan tengah bulan ni tak ramai orang, penuh rupanya. Tepat je jam 1.00 tengah hari, abang Dayyan dah ajak ‘mamam’. Lunch hour ok. Jenuh gak nak fikir kat mana port makan tengah hari best untuk rehat sebentar. Teringat yang TGI Fridays The Garden ada offer ‘Kids Eat For Free‘ untuk setiap pesanan menu utama. Ok la kan, takkan nak order menu utama untuk abang&adik. Konfem tak habis. Lagi pun, western food sebegini tak berapa elok untuk kanak-kanak ye. Paling penting, jimat!

 

Not bad menuKids Eat for Free‘ di sini. Ada nachos, ada fish&chips dan beberapa menu lain dengan kuantiti khas untuk kanak-kanak. Kali ini, aku pilih Nachos & Fish&Chips untuk abang&adik. Kami layak mendapat 2 menu untuk kanak-kanak sebab pesan 2 menu utama.

 

Fish & Chips. Suka plak aku dengan cheese dip tu.

 

Double Stack Quesadillas untuk isteri. Percayalah, menu ini sangat cepat mengenyangkan sebabnya ibarat ko makan cheese..dah tu ada nasi plak. Adik Danish makan gaklah nasi tu, tapi abang Dayyan macam tak suka sangat. Sekarang ni, Dayyan dah pandai memilih, makanan  yang rasa pelik sikit, memang dia tolak.

 

BBQ Beef Burger. 100% juicy beef burger. Fuhh..sebelum ni, sebiji ni aku layan sorang je. Sekarang ni, sekali dayyan try, dia minta lagi, lagi dan lagi..suku gak dia ‘pow’ dari aku..patutlah rasa tak kenyang je sekarang!

Burpp…2,3 kali berkunjung ke TGIF The Gardens ni, memang kami akan dapat seat yang sama. Di penjuru restoran, ada seat berbentuk ‘curve’, jadi senang untuk adik Danish & abang Dayyan bergerak. Aku dan wife akan duduk berasingan, end-to-end, jadi diorang hanya akan bermain dan berseronok di dalam kawasan itu jer..jadi, takdelah aku stress sangat nak makan sambil perhatikan diorang..aku kurang gemar biarkan anak-anak bebas bermain di kedai makan sehingga mengganggu pelanggan lain.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Kids Eat For Free @ TGI Fridays

  1. Sejak jadi mak-bapak ni set-set tempat duduk nak makan pun nak kene fikir kan..sobs~

    Takde nyer nak feel duduk makan tepi balkoni ke konon-konon tengok matahari terbenam ka..hahaha..

    Tapi betul nak makan sedap boleh je sebab ada cara nak berjimat kan 🙂 good sharing Jamar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *