August 11, 2020

Green Box Family Karaoke

Apa khabar wahai pekerja-pekerja makan gaji seperti aku minggu ini? Pasti makin segar dan bersemangat untuk bekerja selepas cuti hujung minggu yang panjang sempena Maal Hijrah kan?

Cuti panjang di hari Sabtu, Ahad & Isnin dah cukup bagi aku untuk meluangkan masa bersama 2 orang HERO & seorang HEROIN aku. Walaupun cuti tiga hari, aku tak merancang untuk travel ke luar Lembah Klang. Cuti panjang kali ini aku dah plan untuk spend masa bersama diorang ni di dalam kawasan. Asyik travel ke luar kawasan pun tak best gak. Bukan sebab leceh bawa anak travel, tapi leceh dengan traffic jamm. Aku sejenis bapa yang gemar bawa anak kecil aku travel kerana ia akan menjadikan mereka lebih lasak dan matang berfikir berbanding dok di rumah sahaja. Takdelah seperti katak di bawah tempurung kan.

Tapi tidak bermakna kami melepak di rumah sahaja sepanjang tiga hari itu. Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama. Antaranya, ‘Karaoke Family’.

 

Ini idea wife aku. Pagi-pagi hari dah kejut aku untuk ke sesi karaoke di Green Box AEON Bukit tinggi. Kenapa pagi-pagi? Sebab murah. RM21 per person (dewasa-public holiday) untuk 3 jam, siap ada makan dan free flow drink (soft drink & coffee!). Berbanding waktu lain, yang kurang berbaloi bagi aku. Nak melalak je pun..hahaha..

 

Ini kali pertama abang Dayyang dan adik Danish ke pusat karaoke keluarga. Terpegun diorang mendengar nyanyai mantap Daddy mereka dengan lagu Aiman Tino – Ku Rela Dibenci. Daddy sangat terharu dengan sokongan yang diberikan. Ini sejam pertama. Masuk sejam kedua, dah masuk waktu tidur diorang. Jadi, lelaplah diorang di sofa empuk bertemankan nyanyian hebat Mommy&Daddy. Sori korang kalau pitching lari..tapi nyenyak je kan tidur???

 

Untuk main dish, aku pilih snack platter. Just tambah RM2. Makan ringan-ringan je, belum masuk lunch time kan. OK la untuk isi perut. Banyak portion yang disediakan.

 

Green Box adalah pusat karaoke keluarga di bawah pengurusan Red Box. Kalau sebut pasal Red Box, mesti ramai yang notice kan. Green Box ni tak banyak tempat ada. Salah satunya di AEON Bukit Tinggi. So far, keadaan di sini memang bersih, parking senang dan tak terlalu crowded, mungkin sebab tak ramai yang tahu. Mungkin juga sebab masih tak ramai yang bangun tidur masa kami ke sini!

 

Apabila adik Danish dapat mic..masing-masing kepedihan gegendang telinga bila dia start menjerit high-pith..huh! Apa-apa pun, anak seronok, mak pak pasti lebih seronok:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Green Box Family Karaoke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *