September 19, 2020

RM5 Car Wash

Sudah beberapa kali aku mengunjungi Pusat Cucian Kereta (Car Wash) murah dengan servis yang best ini. Perkara yang aku suka tentang servis ini semestinya masa yang singkat dengan harga murah. Tak perlu keluar dari kereta. Abang Dayyan pun akan teruja setiap kali kereta kami melalui mesin pencuci kenderaan automatik ini.

 

Aku pernah terbaca komplen yang kereta mereka bercalar selepas memasuki mesin automatik ini. Setakat ini, alhamdulillah, kereta aku dalam keadaan baik selepas keluar dari mesin tu. Mungkin, tools yang digunakan di dalam mesin itu tidak diselenggara mengikut jadual. Jadi, sekiranya mengalami situasi negatif sebegitu, lebih baik terus sahaja membuat report bersama bukti kepada pihak pengurusan.

 

Pusat Cucian Kereta yang menggunakan sistem sebegini terdapat di stesen petrol BHP. Yang selalu aku kunjungi adalah BHP Car Wash Bandar Sunway (Persiaran Kewajipan) dan juga BHP Car Wash di depan Hospital Klang. Aku tak suka menunggu terlalu untuk mencuci kereta. Jadi, ini jalan alternatif aku.

 

Pastikan korang mengikut langkah-langkah yang dicadangkan sebelum melalui mesin cucian ini. “Prevention is better than cure” kan?

 

Situasi di dalam mesin cucian automatik. Untuk kes kereta bercalar, aku rasa di sini point utama. ‘Berus berwarna-warni’ itu berfungsi secara automatik berpandukan pada arahan sensor. Kegagalan sensor menentukan jarak cucian yang sepatutnya mungkin penyebab kereta bercalar.

 

Jangan tekan brek semasa di dalam mesin ini. Kenapa? Sebabnya kereta ini menggelongsor menggunakan trek yang digerak secara automatik sepanjang proses pencucian. Kesan brek akan membantutkan pergerakan automatik dan mungkin akan menyebabkan kegagalan sistem yang berisiko merosakkan mesin dan juga kereta pelanggan.

Sebaik sahaja keluar dari mesin ini, cucian dan pengeringan secara manual akan dilakukan oleh staf-staf di sini. Masa inilah aku akan memerhatikan gerak kerja mereka. Bukan apa, mana yang diorang ‘terlupa’ lap tu, aku akan tegur.

Barulah RM5 yang aku bayar, aku akan rasa puas hati dan berterima kasih kepada tenaga manusia dan juga robotik mesin tersebut! Hehehe..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *