September 18, 2020

Hasbro Warehouse Sale @Evolve Concept Mall. Syurga Permainan Bagi Anak & Bapa.

Hasbro Warehouse Sale @Evolve Concept Mall.

Anak-anak dan permainan (toys) memang tidak dapat dipisahkan. Selagi dilarang, selagi itu anak merengek mahu. Bila dibagi satu, jangan harap penamatnya di situ. Toys ini ada baik buruknya.

Baiknya sesuatu toys ini, selain dapat stimulate pemikiran anak-anak & imaginasi mereka tentang sesuatu perkara, juga dapat develop motor skill anak kecil dengan lebih cemerlang.

Buruknya pasti ada sekiranya dipraktikkan secara berlebihan tanpa dikawal.

Jadi, terpulang kepada ibu bapa untuk mengawal, mencari toys yang terbaik dan mengatur masa anak-anak dengan toys ini.

Ok ok..aku bukan nak berbicara tentang kebaikan atau keburukan sesuatu permainan kepada anak-anak. Sekadar nak share atau alertkan ibu bapa yang memang suka belikan toys untuk anak-anak. Salah seorangnya, aku.

Ini pengalaman pertama aku ke Jualan Gudang Permainan Jenama Hasbro atau Hasbro Warehouse Sale. Hasbro bro, sapa tak kenal? HASBRO adalah pengeluar mainan terbesar & terkenal dunia selepas Mattel.

Macam mana aku tahu ada Hasbro Warehouse Sale ni? Wife aku. Wife aku ni, kalau bab-bab SALE, memang terbaek. Sebelum kahwin, aku follow dia ke mana-mana Pameran Pengantin yang ada SALE, then masa wife pregnen, aku follow dia ke Maternity/Baby Warehouse SALE, then selepas dapat baby, aku follow dia ke Kids Warehouse SALE..

Bila anak dah dua, dah besar sikit, Khamis lepas dia bagitau ada HASBRO Warehouse SALE di EVOLVE Concept Mall dan mintak izin nak pergi. Tapi sebab sibuk dengan tugasan di ofis, aku tak ambil kisah sangat. Dia pergi dengan kakak-kakak ofis dan hanya beli satu set NERF Rebelle yang berharga lebih kurang RM180++ kalau ko beli di AEON atau PARKSON dengan harga RM30.

Pergi ke sana, selama sejam lebih, hanya beli satu set NERF Rebelle? Aku tak puas hati, sebab anak kami dua, dia beli satu jer?..mahu tak berebutnya nanti..bapak anak-anak dia lagi??

Repeat ke Hasbro Warehouse Sale.

Jadi, hari Sabtu lepas, aku ajak dia repeat ke Hasbro Warehouse Sale. Bila wife tanya nak beli apa, aku cakap, tengok-tengok je, puaskan hati Dayyan&Danish..

Kami sampai di sini lebih kurang jam 11.20 pagi. Orang dah ramai. Meriah. Ada set Star Wars, ada Playdoh, ada karakter Marvel, ada NERF, ada MONOPOLY, pendek kata macam-macam ada. Setiap 15 minit, krew HASBRO akan adakan sesi Happy Hours. Tahu tak apa maknanya. LELONG! Tanpa limit.

Katanya, harga normal price kat luar, RM150, kat Warehouse Sale ini akan jadi RM50, tapi bila tiba sesi Happy Hour, akan jadi RM30! Jangan tanya ORI ke tak. Aku collector karakter MARVEL dan peminat NERF, insyaAllah aku tahu mana bezanya..

Adik Danish di dukungan wife. Tak boleh lepas, kang dia selamber duduk sambil main Playdoh. Dayyan dah tak keruan. Kiri kanan belakang depan toys! Aku rasa dia rambang mata, amik Playdoh, tetiba nampak flood gun NERF, then kat depan tu nampak BumbleeBee..eh eh kat situ ada Ironman, situ lak Spiderman..bukan dia je, bapak dia pun sama!

Aku bisik kat dia, “What is your name?”.dia jawab “My name is Dayyan Harith.”..bila aku suruh count 1-10, lancar bacannya..Ok good boy. Aku bisik balik, “Abang ambil je apa yang abang nak, letak dalam plastik ini”

Dia senyum..

Senyum Dayyan&Danish Adalah Bahagia Ddy&Mmy.

Sementara tunggu Dayyan walk around satu dewan dengan wife, aku dok beratur untuk dapatkan toys menarik semasa sesi Happy Hour. Aku tak pasti berapa kali aku join sesi Happy Hour. Sedar sedar dah jam 1.3opm..aku bagi signal kat abang Dayyan, untuk ke kaunter bayaran.

Sejuk mata bila sampai di kaunter tengok abang Dayyan pegang sekotak Bumblebee Robots in Disguise sahaja. Ingat sejuk sampai ke petang, aku terlepas pandang, ada lagi plastik-plastik lain..mujur kat kaunter ni boleh guna Kad Debit. Aku puji sistem pembayaran di Warehouse Sale ni berbanding tempat lain. Ini yang terbaik dan tenang!

Ada berapa beg plastik? Abang Dayyan angkat 4 jari, bermakna empat beg plastik. Dia jawab, 1 for baby Danish, 1 for mommy, 1 for daddy..dia punya yang kecik kat tangan tu je. Good boy. Nilai untuk 4 beg plastik ini ialah RM1.5k, tapi aku just bayar tiga angka untuk semua ini. Puas hati!

Dah jom balik!

Jadi, siapa nak kena bawa semua ni bang?

Ok bang..boleh tahan berat. Mahu krem gak tangan kanan aku hoi!

Sepanjang perjalanan pulang, abang Dayyan sangat excited. Siap menyanyi Twinkle Twinkle Little Star bagai..bila aku tanya, siapa punya semua toys tu? Jawab dia, “Abang!” dengan penuh konfiden. Aku bagi syarat, semua ini tak boleh bukak serentak macam dia tengok di Youtube “Surprise Egg” tu..dia angguk-angguk. Tak pasti dia angguk faham atau buat-buat faham..

Stok sampai raya tahun depan! Senyum lebar sampai ke telinga tu. Sila share dengan adik Danish. Dah janji nak share kan, kalau tak share atau gaduh-gaduh, ddy&mmy akan jual semua ini di online shop DH Cutie Pie..

Adik Danish lak dok angguk-angguk tanda setuju bila dengar abang Dayyan berjanji macam-macam….

Note: Ada yang cakap dalam banyak-banyak tu, ada yang bapak mereka punya. Yes, you are right….:-p

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Hasbro Warehouse Sale @Evolve Concept Mall. Syurga Permainan Bagi Anak & Bapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *