February 19, 2020

Danish suka provok!

Danish suka provok!

Tak lama lagi, adik Danish dah nak masuk 1tahun 2bulan.

Abang Dayyan pula dah nak masuk 3tahun 5bulan.

Alhamdulillah, dua dua sentiasa aktif, lasak dan makin panjang akal. Faham faham sahajalah, anak lelaki kan. Respek aku pada sesiapa yang ada anak lelaki sampai 4,5 orang. hehe..

Setiap hari bekerja, aku akan hantar Adik Danish & Abang Dayyan ke rumah pengasuh yang sama. Tak de budak-budak lain. Hanya diorang, dan seorang lagi cucu perempuan pengasuh yang dah berumur 5 tahun. So far so good. Tiada lagi aduan daripada pengasuh pasal perangai melasak dua orang ni. Lega.

Itu di rumah pengasuh. Tidak sama seperti kelasakan diorang di rumah. Orang cakap, anak-anak ni depan orang lain, apabila depan ibu ayah, lain perangainya.

Nasib baik masih kecil. Masih nampak comel.

Aku perasan, masa abang Dayyan dok tenang menonton Upin Ipin di TV, adik Danish datang tarik telinga.

Tak pun, masa abang tengah ‘coloring’, selamba je dia datang ambil kaler pensil. Bila abang minta, di bawanya lari. Abang kejar, dia lari.

Lagi best, setiap orang dapat aiskrim. Abang..biasa la kan, makan aiskrim laju je. Habis dulu. Si adik berbaki banyak lagi. Abang tengok je adik makan. Adik lak saja bawa aiskrim depan abang, dok jilat-jilat aiskrim tu. Bila diminta, dibawanya lari..

Pagi-pagi, dah menjadi perkara biasa si adik melepak atas perut abang semasa abang sedang tidur! Bila abang marah, dia buat muka dekkk je. Mommy gak yang kena tarik adik daripada kena tendang dengan abang.

Cara adik Danish suka provok abang memang comel. Harap-harap tidak membawa ke besar. Satu aku boleh puji abang Dayyan, aku tengok dia banyak bersabar dengan provokasi si adik. Paling tidak, dia menangis, mungkin sebab tertekan dengan provokasi tu.haha..sebenarnya, si adik hanya nak ajak bermain, bukannya cari gaduh.

Macam-macam peel anak-anak ni kan.

Cara Elak Anak Bergaduh.
  • anak bergaduh berebutkan satu barang, ambil barang tersebut. Jangan bagi kepada sesiapa pun. Untuk mengelakkan sesiapa rasa tidak adil.
  • apabila anak bergaduh, asingkan mereka. Suruh duduk selama 4 minit. Duduk diam-diam, bermeditasi :-p..sambil tu, ibu/ayah bolehla tiupkan lafaz zikit Ya Latif di ubun-ubun anak.
  • petua orang tua. Letak tali pusat dalam satu bekas. insyaAllah hubungan adik-beradik lebih mesra.
  • sentiasa rancangan aktiviti mereka bersama.
  • tanya apa masalah atau punca pergaduhan. Tapi jangan hanya bertanya pada satu pihak sahaja. Tanyalah bagi kedua-dua belah pihak.
  • Ibu/ayah tidak sepatutnya meninggikan suara/menjerit untuk menghalang mereka daripada bergaduh. Bertenang. Kala anak-anak menjerit, ibu pun menjerit, bila masa nak selesai?
  • Jangan berhenti meNASIHATi. Terutama semasa mereka dalam keadaan tenang. Sambil berborak santai, selitkan nasihat supaya mereka menjadi adik-beradik yang baik. Puji mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang baik. Aura positif penting untuk perkembangan sihat mereka.
  • Doa untuk mengelak anak-anak bergaduh. Doa ini boleh dibaca selepas bacaan al-fatihah, selawat, surah Al-Insyirah dan ayat 200 dari surah Ali Imran.

Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Danish suka provok!

  1. betul.. sama macam anak2 saya.. tinggal dekat rumah pengasuh ok jer.. bila nampak kami masa balik kerja, mula buat perangai.. ada yang merengeklah.. ada yang minta itu dan inilah.. hahaha.. sampai dah lali dah dengan perangai budak2 ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *