March 28, 2024

Terima kasih MARA! Jasamu kukenang.

Terima kasih MARA! Jasamu kukenang.

Antara rutin bulanan yang aku tak perlu lakukan lagi – buka portal MARA, tengok baki pinjaman pendidikan yang berjumlah RM90k++ & buat transaksi pembayaran (kadang-kadang terskipppp haha).

Oh ye, RM90k++ tu bukan untuk satu sijil je tetapi dari awal pengajian hingga tamat beberapa peringkat pengajian.

Mula membayar balik secara bulanan pada tahun 2011. Pernah mendapat  pengecualian bayaran balik (diskaun 100%) untuk satu peringkat pengajian. Satu peringkat lagi mendapat pengecualian 80% bayaran balik.

Sempena 50% Tahun MARA, tahun ini aku berjaya lagi mendapat insentif potongan 20% daripada baki semasa. Alhamdulillah, pada 4 Jun 2016, aku dah pun membuat bayaran secara lump sum untuk baki pinjaman dan sekaligus satu lagi KOMITMEN BULANAN AKU SETEL!

Daripada pinjaman pendidikan sebanyak RM90k++, jumlah keseluruhan yang aku bayar hanyalah RM7k++ je..

Terima Kasih MARA

Terima kasih MARA.

Terima kasih kepada penjamin-penjamin aku.

Dan..

Terima kepada blogger Kak MARA yang banyak bagi informasi. Takyah aku nak susah-susah call ofis MARA..PM je..kihkih…lepas ni senang nak mohon pinjaman pendidikan MARA untuk anak-anak pula. Semoga terus dimurahkan rezeki..aminnn..

LEGA..itu yang aku rasa sekarang ini.

Tip Bayar Hutang: Setiap bulan kena ada rasa tanggungjawab dalam diri untuk membayar balik apa yang dipinjam. InsyaAllah akan dipermudahkan jalannya. Kena tahu Rahsia Rezeki sebagai panduan.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Terima kasih MARA! Jasamu kukenang.

Leave a Reply to Afif Rayyan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *