March 28, 2024

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H

1 Ramadhan 1437H.

Alhamdulillah, sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh mulia, bulan Ramadhan.

Sejak 2 tahun lepas, masuk je bulan Ramadhan, perasaan aku sedikit berlainan daripada Ramadhan Ramadhan sebelumnya. Peristiwa 14 Ramadhan 1435h/12 Julai 2014 masih segar dalam ingatan. Getaran rasa terkejut menerima panggilan kecemasan masih kuat aku rasai hingga ke hari ini.

Ikhlas kata, sampai hari ini rasa terkejut itu masih dirasai sekiranya aku menerima panggilan pada waktu yang tak sepatutnya, daripada orang yang tak sepatutnya.:-( ..Al-fatihah buat arwah ayahanda..

Setiap ujian daripada-Nya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tepat setahun pemergian ayahanda, dengan izin-Nya, lahir anakanda kedua aku, tepat pada tarikh pemergian setahun sebelumnya, juga pada bulan Ramadhan 1436h. Manis.

Ok. Ringkas kata, kepada sahabat-sahabat muslim aku (JMR), Selamat Berpuasa dan semoga kita semua berjaya menahan segala macam dugaan dan cabaran di bulan yang penuh keberkatan ini.

Nota: Lagi 9 jam setengah nak masuk berbuka ni……… :-p

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *