March 28, 2024

Pool Side Suite, Hotel The Pines Melaka. Berbaloi atau tidak?

Pool Side Suite, Hotel The Pines Melaka. Berbaloi atau tidak?

Sempena hari jadi wife yang ke-XX yang kebetulan jatuh pada hari minggu, aku ambil keputusan untuk ‘over night’ di luar kawasan. Ke mana dan di mana tu aku bagi peluang kepada ‘birthday girl’ untuk pilih.

Pilihan beliau adalah ke Melaka. Aku kurang pasti sebab wife aku ni suka ke Melaka. Rasanya sebab utama ialah MAKANAN SEDAP yang ada di sana dan juga tak dekat&tak terlalu jauh dari rumah kami.

Kali ini, wife aku memilih untuk bermalam di Hotel The Pines yang terletak di Jalan Tun Sri Lanang, Melaka. Ok, aku suka dengan lokasi hotel ni yang tidak terletak di tengah bandaraya yang sibuk. Lokasi strategik untuk ke bandaraya, Melakaraya, Ayer Keroh, Klebang etc.

Hari istimewa untuk tersayang, bilik mestilah lebih istimewa kan. Pool Side Suite menjadi tempat ‘overnight’ kami sekeluarga. Di The Pines, Pool Side Suite hanya terletak di Tingkat 7. Hanya pengunjung yang menginap di Pool Side Suite saja ada ‘acees card’ ke level ini.

Selain Queen Bed, sofa bed juga disediakan kot kot nak suh anak-anak tidur kat situ kan. Beza Pool Side Suite dengan bilik biasa adalah ada satu ruang balkoni selain daripada ada private pool untuk 8 bilik di Level 7 ni.

Satu keunikan di Hotel The Pines Melaka ni. Setiap simbol direka dengan imej orang lidi. Kalau perasan, nombor bilik atau nombor untuk setiap tingkat di lif juga direka secara kucar-kacir.

Tengah mengelamun apalah tu anak lelaki aku ni. Dah jadi macam tabiat lak, pantang ada masa terluang, mesti termenung seakan-akan memikirkan sesuatu.

Underwater Photo of Baby Danish.

Pemandangan dari Tingkat 7, Hotel The Pines Melaka.

Ingat nak frame gambar ni..Abang ayyan cakap, ‘jom masuk umah itte..’..masin mulut ko nak..ddy buat rumah ada parit tepi bilik Ayyan ye nanti.

Breakfast dengan selesa sebab ruang makan kat sini sangat luas ok. Takyah nak Q tunggu meja. Cuma makanan tu, kadang-kadang yang diorang lambat menu, nak-nak masa peak hours, 8 pagi ke 9 pagi..

BERBALOI ATAU TIDAK?

Semestinya bagi aku, sangat berbaloi dengan nilai yang aku keluarkan.  Nak lebih berbaloi, rajin-rajin kan diri buat perbandingan harga di Trivago, Agoda, Groupon atau The Pines  Melaka Official Website.

Setidaknya aku dapat meluangkan masa bersama anak-anak & isteri di bilik/pool. Sampai hari ni takleh nak #moveon lagi..senyum sendiri aku dok terkenangkan kenangan kami di sini tempoh hari.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Pool Side Suite, Hotel The Pines Melaka. Berbaloi atau tidak?

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *