September 20, 2020

Risau atau Rindu?

Loving can hurt..Loving can hurt sometimes..But it’s the only thing that I know..When it gets hard..You know it can get hard sometimes..It is the only thing that makes us feel alive..

Hari ni hari Khamis. Esok dah hari Jumaat. Pantas. Rasa seperti semalam baru ber’Monday Blues’…

Masa bergerak pantas atau aku yang terlalu sibuk sampai masa terlalu rapat mengekori. Tup tup, esok lusa baby Danish Hayyan dah nak masuk 5 bulan. Maknanya lebih kurang 3 bulan dia dah stay kat rumah pengasuh semasa mak paknya keluar mencari sesuap rezeki.

Jam 7.40 pagi dah tinggalkan dia dengan pengasuh sehingga jam 6 petang. Lepas baby Danish akan dok dengan Mama Wan dia. Jam 7 malam baru mak paknya sampai. Hampir 12 jam terpaksa berjauhan. Pastinya, dilema sebegini bukan saja dihadapi oleh kami, tapi ramai lagi mak pak yang bekerja makan gaji di luar sana.

Berbanding dengan abang Dayyan yang diasuh oleh Mama Wannya sendiri, hati tak serisau dok fikirkan baby Danish yang diasuh oleh orang lain. Lagi-lagi mmy, yang aku tahu memang setiap saat dok fikirkan tentang Danish semasa di ofis. Aku pun risau tapi kena ‘cool’ sebab kalau aku tunjukkan risau lebih, risau wifey aku mesti jadi berganda.

Risau weh..sebabnya, aku selalu dok fikir, orang lain jaga anak takkan sama dengan makpak/keluarga yang jaga anak sendiri. Tapi ada gak isu-isu anak kecil didera atau diabaikan oleh keluarga sendiri kan. InsyaAllah aku percaya, kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita juga.

Semoga anak-anak dan keluarga aku sentiasa di bawah lindungan-Nya.

Adakah kami je yang berperasaan sebegini atau majoriti ibu bapa yang hantar anak mereka ke nursery/pengasuh mengalami perasaan yang sama?

Selain risau, mungkin rindukan anak-anak selepas tonton video Photograph ni menjadi sebab terbitnya blogpost kali ni. Terima kasih sebab membaca ya!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Risau atau Rindu?

  1. sebab risau benda2 macam ni la saya memilih jadi surirumah je. sampai jadi tak percaya pulak kat sesapa untuk jaga anak saya sekarang ni sebab dah biasa jaga anak sendiri kan

  2. Saya pun ada perasaan yang sama macam ni masa mula2 hantar anak kepada pengasuh… tapi lama2 perasaan tu akan hilang dengan sendirinya apabila kita tahu hati budi pengasuh kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *