September 21, 2020

LEGO Classic & Dayyan – asah kreativiti dan innovasi.

L-E-G-O , bunyi dia LEGO.

Tapi, dapat kat Abang Dayyan, L-E-G-O bunyinya GO-LE..terbalik..sekali-sekala je betul sebutannya. Setiap kali tengok logo LEGO, mulut Ayyan mesti bising. Apatah lagi bila lalu depan LEGO Certified Store di Setia City Mall. Terbeliak mata dengan ekspresi ‘Woww!‘ lalu ditarik mak paknya masuk. Store kesukaan ramai kanak-kanak kat Setia City Mall ini boleh tahan luas, dengan pelbagai pilihan koleksi terbaru yang mampu merabakkan poket mak pak..hahaha

Harga LEGO Classic
Harga LEGO Classic

Dalam usia 2 tahun 7 bulan ni, aku rasa, LEGO Classic yang paling sesuai untuk Ayyan. Versi Duplo sesuai untuk anak berusia 1.5 tahun hinga 5 tahun, rasa cam Ayyan dah terlebih umur. Versi Ninjago atau Technic pula, macam ‘advance’ sangat untuk usia seusia Ayyan. Lagi pun, pak dia dah rindu sangat nak main versi Classic..dah lama pendam nak beli tapi takut bini cakap ‘buang tabia’t lak. Inilah masanya.

SETIA CITY MALL LEGO

Untuk pengenalan ini, aku belikan Ayyan yang 580 pcs dengan harga RM119.90. Normal price rasanya. Kiranya ini hadiah ulangbulanan usia dia yang ke 2tahun 8 bulan, 23 hb ni nanti. huhu..Belikan juga ‘base plate‘, takde lak berterabur bila main nanti.

Kan best kalau Certified Store ni buat satu loyalty card, boleh collect point and redeem.

LEGO CLSSIC

Dalam kotak LEGO Classic 580 pcs disertakan juga booklet IDEAS. Takdelah pening-pening kepala nak bina kereta ke, helikopter ke, rumah ke kan.

MAIN LEGO

Memandangkan Ayyan ni masih di bawah 3 tahun, masih perlukan bantuan untuk bina sesuatu. Jadi, akulah ‘master mind’ untuk membina apa yang dia minta. Slow-slow Ayyan akan cantum-cantum blok berwarna-warni ini mengikut kreativiti dia.

LEGO
LEGO Car

Bagi aku, dengan bermain blok pelbagai warna sebegini, selain mengasah kreativiti, Ayyan juga boleh mengasah lagi tahap inovasi diri. Contohnya, daripada LEGO car yang aku bina, Ayyan dah innovatekan kereta tersebut dengan menambah beberapa blok lagi untuk kereta itu nampak lebih menarik.

Semoga abang Dayyan lebih bijak dan cerdas pemikiran melalui LEGO ini.

Nampaknya, tahun depan dah boleh rancang untuk bawa Ayyan ke LEGOLAND. Harap-harap boleh dapat pakej menarik ke Legoland.

Website LEGO Malaysia: Lego Malaysia

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “LEGO Classic & Dayyan – asah kreativiti dan innovasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *