February 25, 2020

Pengalaman ke Karnival Upin Ipin 2015 di MAEPS Serdang

Karnival Upin&Ipin pernah menjadi fenomena pada tahun lepas. Ada yang berpuas hati dan ada yang kurang senang dengan lokasi dan suasana semasa karnival berlangsung. Itu tahun lepas dan aku tak pergi pun..hehe..sebabnya, Dayyan Harith masih kecil dan tak reti pun sebut ‘Upin Ipin’ lagi pada tahun lepas.

Tahun 2015, bila aku tahu pasal Karnival Upin Ipin-Keajaiban Bermula, memang ada niat nak bawa Ayyan ke sana, peminat no.1 Upin&Ipin. Nak nak bila dapat tahu, kemuncalan lagi sekali Ultraman Ribut di Karnival Upin&Ipin.

“Terima kasih kepada Uncle Zarin sebab bagi pass VIPKUI , so that, Ayyan boleh jumpa Upin&Ipin dan Ultraman dengan lebih dekat lagi!” ucapan ikhlas daripada Ayyan ni.

…Kitorang sampai MAEPS Serdang dalam pukul 9.30 pagi. Dapat parking depan entrance sebab banyak lagi parking kosong. Dari parking, ada disediakan bus untuk ke Dewan A, free jer. Nak jalan kaki pun boleh, tapi kena sedikit mendaki. Selang tak sampai 5 minit, bus akan datang ambil di bus stop yang disediakan. Mula-mula aku nak bawa stroller sekali, tapi aku tukar fikiran. Better bawa baby Danish guna baby carrier memandangkan keadaan dalam Dewan A mesti sesak dan agak leceh nak ride stroller ni. Abang Ayyan dah janji nak jalan sendiri dan tak nak berdukung..ddy pegang pada janji Ayyan tu..hahaha

 Sampai je depan Dewan, ada kaunter pembelian tiket dan kaunter redeem. Tak sampai jam 10 pagi, dah panjang gilerrrr barisan nak beli tiket. Untunglah siapa yang beli tiket online, takyah beratur panjang. Aku lagi untung sebab terus ke kaunter untuk redeem pass VIPKUI. Setahu aku, pass VIPKUI ni untuk pemenang kontes Upin&Ipin. So lepas ni, kena rajin-rajin la join kontes Upin&Ipin untuk menang hadiah best-best kan. Banyak keistimewaan pass VIPKUI ni tau.

Dah dapat pass, aku decide untuk ke Magic Hall dulu sebelum ke Main Hall..sebenarnya ada ‘timing’ untuk masuk ke Magic Hall ni. Kitorang terlambat 10minit daripada timing asal, mujur ada pass VIPKUI..bila-bila masa dan berapa banyak kali boleh masuk..hehe..

Apa ada di Magic Hall? Mula-mula ada show Hologram dengan kisah-kisah dari watak Puteri, Pada Zaman Dahulu dan Upin Ipin. Selesai sesi ni, sesi Tarian Robotik yang menarik perhatian aku. Robot-robot kecil di’program’kan mengikur irama lagu..dulu masa projek degree pun, aku nak siapkan maze robot, bukan main berpeluh lagi..kemudian ada sesi borak santai dengan Kak Ros Saya Tak Garang..selesai ni semua, barulah boleh melawat ke rumah Opah, rakaman suara dan bergambar 3D.

..Hologram..ala, wayang kulit la kalau zaman-zaman atok aku dulu.

Tarian Robot.

Video Tarian Robot boleh menjadi sumber inspirasi untuk anak-anak menceburi bidang kejuruteraan.

Bergambar bersama Kak Ros..belakang tu rumah Opah.

Ayyan cari ayam goreng Upin Ipin kat dapur rumah Opah..ada jumpa tak tu?

3D bersama geng Upin&Ipin.

Keluar je dari Magic Hall, terus ke Main Hall yang terletak bersebelahan aje. Besar hall ni, ada pentas utama dan gerai-gerai jualan oleh pelbagai jenama. Shopping tu hujung-hujung je, terus ke area VIPKUI yang terletak betul-betul depan pentas utama.

Masa ni, geng-geng VIPKUI tak ramai..ada 2,3 famili je. Jadi, ruang depan pentas utama ni memang selesa gila..haha..Ayyan paling teruja dapat tengok persembahan depan-depan. Show paling best, semestinya Upin Ipin Pin Pin Pom.meriah giler ok..nak nak masa keluar maskot Upin&Ipin ramai-ramai…bukan sahaja anak, mak pak pun turut enjoy ok!

“Mana Ultraman Ribut!!!”

Baby Danish tak sabar menanti kemunculan Ultraman Ribut.

Masa ni, suasana kat hall ni memang meriah giler. Ayyan dah melompat-lompat kat tepi pentas..teruja bila Upin&Ipin dok gosok-gosok kepala rambut curly dia, lagi teruja bila Upin peluk dia..no wonder malam tu siap ngigau ‘Pin pin pin’…

Norman, Edry & Yusry KRU..part time diorang jadi Ultraman ni..

Muka-muka teruja dapat melihat pertarungan Ultraman dan raksaksa gorgon..ingatkan anak-anak je sukakan Ultraman, mak anak pun suka gak rupanya.

Overall, Karnival Upin&Ipin 2015 ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. Parking yang lebih banyak, tempat yang lagi luas dengan show-show yang lebih gempak..yang penting, nilai senyum kepuasan daripada yang tersayang tu yang paling best kan!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Pengalaman ke Karnival Upin Ipin 2015 di MAEPS Serdang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *