July 2, 2020

Jom esok ke Karnival Upin dan Ipin 2015.

Upin dan Ipin menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran lain seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. Tanya sahaja pada anak kecil, ‘Pin pin’ tu apa, pasti dalam kepala diorang, dok terbayang dua karakter animasi Malaysia – Upin dan Ipin.

Tahun lepas, aku tahu kewujudan Karnival Upin dan Ipin 2014 yang diadakan di Putrajaya menjadi fenomena luar biasa tetapi tidak berpeluang untuk membawa peminat no 1 Upin dan Ipin ke sana. Lagi pun, dia masih terlalu kecil ketika itu.

Tahun ini, sekali lagi Karnival Upin dan Ipin 2015 – Keajaiban Bermula akan diadakan di lokasi yang lebih strategik dan dengan perancangan yang lebih power! Semalam dah janji dengan abang long Ayyan untuk bersua muka dengan Upin dan Ipin hujung minggu ni, sangat teruja reaksinya. Semoga dia dan anak-anak yang lain terhibur hendaknya.

Karnival Upin dan ipin ni bukan calang-calang event. Sedikit sebanyak aku perlukan info supaya perjalanan aku di sana lebih mudah. Aku dah boleh imagine, betapa meriah dan ramainya pengunjung kat sana nanti.

INFO lanjut mengenai Karnival Upin dan Ipin boleh didapati di entri orang kuat Les’Copaque ProductionKeajaiban Bermula di Karnival Upin dan Ipin 2015.

Tiket masuk Karnival Upin & Ipin 2015 dijual secara ‘online’ di www.upinipinstore.com untuk masa terhad sehingga beberapa hari sebelum Karnival tersebut berlangsung. Tiket-tiket juga akan dijual di pintu masuk Karnival.

Main Hall
– Persembahan Silap Mata Upin & Ipin Pin Pin Pom
– Mencari “Raja Rimba” bersama Ara & Aris
– Kisah Puteri Limau
– Persembahan Ultraman Ribut
– Boria Suka-Suka
– Perarakan Maskot
– Cabutan Bertuah untuk tiket Magic Hall

Magic Hall

– Replika Rumah Opah
– Tarian Robot
– Kak Ros “Saya Tak Garang”
– Pentas Hologram “Pencarian Karakter Animasi Terhebat”
– Upin Ipin 3D Mural
– Studio Rakaman Suara

Harga Tiket

Main Hall

Kanak-Kanak (7 hingga 12 tahun) = RM3
Dewasa = RM5
Warga Emas (60 tahun ke atas) = RM3

*OKU masuk percuma

Magic Hall

Kanak-Kanak (7 hingga 12 tahun) = RM10
Dewasa = RM35
Warga Emas (60 tahun ke atas) = RM10

*OKU masuk percuma

..aku pun dah mula teruja nak ke Karnival Upin dan Ipin 2015 ni. Tak sabar nak jumpa Ultraman Ribut juga!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Jom esok ke Karnival Upin dan Ipin 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *