March 29, 2024

Dah tak lapar lagi di Hungry Bunch @ Sunway Pyramid

Memandangkan tempat kerja aku dengan Sunway Pyramid hanya dua tiga langkah, jadi tidak hairanlah selalu aku up tempat makan menarik di Sunway Pyramid di blog ni kan? Siapa cakap di pusat membeli-belah Sunway Pyramid susah nak ketemu tempat-tempat makan menarik? Banyak jer, in fact silih berganti..

Kali ni kami terjah Restoran Hungry Bunch @ Sunway Pyramid yang menawarkan pelbagai menu masakan barat, tempatan, desserts dan variasi minuman.

Terletak di F Floor (bersebelah dengan Maybank AEON), Restoran Hungy Bunch berupaya memuatkan lebih kurang 100 orang pelanggan dalam satu masa.

Hungry Bunch menawarkan beberapa set menu menarik sepanjang minggu dan juga menu ala carte. Tepuk dada, tanya selera.

Untuk kali ni, aku pilih Weekend Set WS03, terdiri daripada Grilled Salmon Steak, Mushroom Soup, Zesty Lemon dan Banana Split dengan harga RM38.00/set. Sedap dan berbaloi ke idok?..jom kita tengok…

Mushroom Soup dihidangkan bersama Garlic Bread. Cawan pertama, agak terlebih masin. Direct complaint kepada supervisor bertugas. Selepas dia cuba sendiri di kitchen, memang dia akui mushroom soup ni agak masin. Tak sampai 10 minit, dapat ganti mushroom soup baru yang dah di’adjudt’ tahap kemasinannya. Nice!

Grilled Salmon Steak. Sebenarnya set ini untuk Ayyan. Teruja dia dapat set salmon steak ni. Walaupun kaler Grilled Salmon tu agak terlebih masak, tapi isi salmon kat dalam tu masih sedap dan juicy. Seronok tengok anak berselera makan dengan menu sedap ni.

Dalam Weekend Set WS03, paling menarik adalah dessertnya, Banana Split! Awal-awal mommy Nunu dah chop. Ada 2 skop aiskrim cokelat dan sebiji pisang dipotong dua di tengah-tengahnya. Yang ni memang rasa sangat berbaloi!

 

Untuk aku dan wifey, kitorang order Iced Chocolate Blended. Dengan harga RM10.00 , series sangat berbaloi dengan kekayaan cokelat kat dalam tu, manis dan sejuk je anak tekak ni.

 

Sambil menunggu menu ala carte untuk aku dan wifey, syok gak layan dekorasi dalaman yang bertemakan Halloween ni. Kreatif giler sapa yang menghias kat sini walaupun seakan-akan Restoran Hungy Bunch ni dipenuhi dengan spider web..hehehe

Menu untuk wifey – Blackpepper Chicken Chop (RM15.00)..ayam yang rangup dengan sos blackpepper yang sedap. Tapi semangkuk kecil sos tu memang tak cukup. Jangan segan silu, mintak je tambah dengan krew yang memang mesra tanpa dikenakan extra charge..hehe..

 

 

Menu aku paling last sampai, tapi paling cepat aku habiskan sepinggan ni. Spaghetti Aglio Olio with Seafood dengan harga RM18.00 dan dipenuhi dengan sotong, udang, scallop, mussel. Not bad rasanya, tapi aku lebih prefer Aglio Olio yang lebih pedas dengan limpahan chili flake kaw-kaw..hehehe..

 

Datang ke Hungry Bunch ni, tak sah kalau tak pekena dessert kat sini. Ada macam-macam jenis kek yang korang boleh pilih. Kali ni, kitorang pilih kek Oreo Cheese dan kek Chocolate Salted Caramel. Dua-dua sedap ok. Tapi yang masuk mimpi aku adalah kek Chocolate Salted Caramel..memang unik rasa dia. Memang aku rekemen bila korang ke sini nanti.

 

Amacam? Meleleh air liur kan..aku pun sama ni..series, aku akan repeat lagi ke Restoran Hungry Bunch ni. Banyak lagi menu sedap lain yang aku masih belum cuba&rasa. Hungry Bunch akan menjadi port lepak bersama member/famili apabila ke Sunway Pyramid.

Alamat Hungry Bunch:

F Floor, Lot F1.75, Sunway Pyramid,
No. 3, Jalan PJU 11/15, Bandar Sunway, Petaling Jaya
Tel 03-5612 5974

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Dah tak lapar lagi di Hungry Bunch @ Sunway Pyramid

  1. hurmm..kan dah kata..ni yang malas masuk sini nie..harus lah kene buat list to do try to do eat have to eat have to go here…heh bnyk tuh..kekekee…

Leave a Reply to Nizam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *