July 12, 2020

“Toothpick” Lamb sedap di Mee Tarik Warisan Asli Kota Damansara.

Sebelum ni pernah terbaca pasal Restoran Mee Tarik Warisan Asli yang terkenal dengan mee tarik ‘handmade’ di blog HazmanFadzil.Com. Kali ni aku berpeluang mencuba sendiri keenakan yang diperkatakan di cawangan ke-9 Mee Tarik Warisan Asli Kota Damansara.

Mee Tarik Yang Paling Best Di Malaysia.

 

Lokasi strategik Mee Tarik Warisan Asli Kota Damansara di The Strand, berhadapan dengan Giant Kota Damansara, senang je nak cari. Hampir setiap malam, penuh je aku tengok.

 

Antara keunikan Restoran Mee Tarik Warisan Asli ini ialah mee tarik akan dibuat secara LIVE di ruang bercermin, jadi pengunjung bebas melihat cara mee tarik ni disediakan. Sambil teman Dayyan mengadap ruang ni, aku pun jadi tertarik sekali, cam syok je tarik mee tu kan.

Pelbagai menu sedap di Mee Tarik Warisan Asli. Pelbagai menu berasaskan mee tarik disediakan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli. Ada banyak menu yang ada daging dengan beberapa menu mee tarik dengan ayam selain daripada nasi goreng dan beberapa menu lagi. Memandangan wifey tak suka sangat daging, agak sukar bagi dia untuk pilih mana satu menu yang sesuai. Aku? Semestinya aku dah tahu nak mencuba menu apa sebelum melangkah masuk ke sini lagi.

 

Target menu utama, “ToothPick” Lamb yang rare bagi aku sebab tak pernah jumpa kat tempat lain. RM26 sepinggan. Banyak batang ok untuk aku sorang. Pedas-pedas sket, daging sangat lembut. Rajin diorang cucuk cucuk kat pencungkil gigi ni..hehehe

 

Pilihan wifey. Mee tarik sup dengan telur kot. Aku lupa menu dia. Simple. Tapi agak pedas, dan agak tak kena dengan selera dia, jadi terpaksa aku habiskan. Mee tarik memang fresh, tapi bila lama-lama dah kembang, rasa cam maggi pun ada..hahaha..tapi berjaya gak aku habiskan. Tak baik membazirkan..hehehe..

 

Tarik dik jangan tak tarik. Panjang ok mee tarik ni.

Bagi yang tak makan mee tarik ni, boleh order nasi goreng cina ni. Tak silap aku, ada banyak lagi menu nasi bersama lauk lain yang boleh dijadikan pilihan. Dayyan lak suka dengan nasi goreng cina ni. Portion yang boleh tahan banyak gak. Separuh Dayyan makan, separuh lagi aku gak yang kena habiskan..hahaha

 

Pilihan aku, Dry Mee (RM.7.80). Ingatkan yang betul-betul kering ala-ala mee kolok tapi tidak, masih berkuah gak. Sekali tengok, macam spaghetti pun ada kan. Yang ni aku suka. Berpeluh-peluh gak aku makan, nak sedap lagi makan bersama “toothpick” lamb tu, pergh…

Burpp alhamdulillah, next trip nak cuba menu mee tarik lain plak..

Alamat Mee Tarik Warisan Asli Kota Damansara:

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on ““Toothpick” Lamb sedap di Mee Tarik Warisan Asli Kota Damansara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *